Orang kata, bila anak-anak masuk tadika, berhati-hati dan bersedia dengan "kutu". Peratusan untuk anak-anak dijangkiti kutu masa kat tadika atau kat sekolah rendah adalah tinggi.
Dan itulah yang terjadi kat Kakak FL masa dia umur 4 tahun (tahun 2018). Kakak FL masuk tadika masa umur 4 tahun. 2-3 bulan lepas masuk tadika, kat kepala dia ada kutu..Sebab Kakak FL stay sampai petang kat tadika tu (sekali ngan day-care).. Huhuhu.. Geram jer mommy, tapi nak buat macam mana, terpaksalah terima. Sabar jer lah.
Mommy perasan tu hari Jumaat, hari yang sama terus pergi ke Farmasi cari ubat kutu. Sampai jer farmasi, terus tanya kat salesperson tu dan dia pun tunjuklah rak yang letak ubat kutu tu. Perrghh! macam-macam jenis ada, rambang mata nak pilih yang mana. Last-last aku pun beli yang ini ↓.
Jenama NitClear. Ubat ni dia macam minyak rambut. Hanya sapu jer kat rambut dan biarkan seketika, then lepas tu baru sikat rambut dengan sikat besi. Yang bestnya, ubat kutu NitClear ni diberi sekali dengan sikat besi.
Sikat besi tu sangat penting - sebab nak buang keluar kutu-kutu tu. Kalau nak beli sikat asing pun boleh, tapi make sure beli sikat besi, sebab kalau kayu, takut kutu tak melekat kat sikat tu.
Sabtu-Ahad aku pulun buang kutu tu. Tak buat kerja lain dah, hanya buat 'Projek-Buang-Kutu' jer. hehe. Nasib baik masa tu Leeya tak keluar lagi. 2 hari jer ambik masa buang kutu, Alhamdulillah, hari Ahad tu kepala dia dah clear dengan kutu. Tapi hari-hari seterusnya aku masih sapu juga minyak NitClear tu, dan sikatkan rambut dia takut-takut ada kutu yang masih tertinggal. Tapi Alhamdulillah tak de.
Aku ada bagitau kat Cikgu Tadika dia bagitau yang Kakak FL berjangkit kutu dengan salah seorang kawan dia kat day-care tu. Tapi aku tak tahu apa tindakan pihak sekolah lepas tu.
So, kesimpulannya, Ubat Kutu NitClear ni sangat-sangat berkesan nak buang kutu-kutu kat kepala kanak-kanak. Yang dewasa? Entahlah tak pernah cuba pulak.. hehe.. So, kalau anak-anak korang ada kutu kat kepala, aku recommend belilah ubat ni, beli yang sekali dengan sikat besi - snagat-sangat mujarab!
betul.. sy pun guna ubat kutu ni.. dpt free sikat besi tu.. memang budak duduk taska senang sangat berjangkit..
ReplyDeleteboleh la cuba nanti
ReplyDeleteok baik, boleh simpan post ni untuk masa depan. hehe. anak pun akan masuk pasti tahun depan ^_^
ReplyDeletebaca pasal kutu terus macam terasa gatal lak kepala... huhu nasibla sepanjang aiyan kat tadika, dan sekolah tak pernah lagi kene kutu... masih lagi selamat
ReplyDeleteBab2 kutu ni mmg geli geleman bila tgk ada kat kepala kan .. sakit hti pon ada klau ank berjangkit kutu .. ank kakya yg skolah men pon kena sbb duk asrama .. masa tu ting 1.. gatal2 habis siap ptg rambut lagi. Bli ubat kutu kat farmasi buang semua kutu dlk 2 hr gk ilang semua.. mmg sakit ati betul bila org yg bwk kutu ni duk asrama huhuhu ..
ReplyDelete