Friday, February 28, 2020

Pakai Spek ke Tak Pakai Spek?

Ramai yang tanya aku soalan ni, 'Sebenarnya Awak ni Pakai Spek ke Tak Pakai Spek?'. 


Aku senyum bila dapat soalan ni. Ye lah, dioarang tengok aku kejap pakai, kejap tak pakai. So, confius, dia ni pakai spek ke idak. hehe. Jadi, aku jawablah dengan jujur. Tak perlu selindung.

Sebenarnya, aku ni rabun jauh. So, memang aku pakai spek dan memang wajib pakai spek. Tapi aku tak suka pakai selalu. Sebab aku kan rabun jauh, so bila tengok benda dekat-dekat, aku OK , dan boleh nampak jelas. 

So, aku hanya pakai spek bila drive atau bila belajar dalam kelas atau bila nak tengok benda-benda jauh. Tapi bila drive tu memang wajib pakai. Kalau tak de spek, aku tak bawak kereta, sebab tak nampak. 

Aku pakai spek ni sejak dari sekolah lagi. Tapi On-OFF. Masa tu power tak banyak lagi. Tapi sejak masuk universiti, mata aku makin teruk menyebabkan aku dah kena serious pakai spek especially masa time belajar dan drive. Agaknya sebab bila masuk universiti tu hari-hari duk tengok laptop, sebab tu la buatkan mata jadi rosak. Masa sekolah tak bergelumang dengan komputer lagi. 

Power aku sekarang 200 ++ , campur pakej dengan silau sekali. huhu.

Last week, spek mata aku tercabut kanta. Masa tengah drive, tetiba cermin jatuh , cari-cari tak jumpa, tak tahu ke mana. Spek tu dah 3 tahun guna. So, jawabnya kena beli spek mata baru la. 




Lepas spek tu rosak, esokkannya terus aku gi buat spek mata baru. So, inilah dia spek baru. Ada 2 spek aku buat. Tapi spek 1 lagi tu tak sempat nak ambik gambar. hehe. Senang beli 2 - 1 letak dalam kereta, 1 lagi pakai kat rumah. Yang spek mata ni , kanta dia anti silau dan multi-coated. Kalau duduk depan komputer guna spek ni, mata tak terasa penat. 


Pernah gak ada orang tanya - ' kenapa tak pakai contact lens'. Aku tak pakai sebab aku ni penakut - takut sangat bila ada benda masuk dalam mata. Sebab sis fobia bila habuk masuk mata, pedih!. Jadi, bila nak pakai contact lens pun aku takut. Lagipun pakai contact lens ni leceh. huhu..

Thursday, February 27, 2020

Padah Nak KURUS Sangat - Mendapat Sakit GERD!

Aku perasan aku sekarang dah makin gemuk. Badan aku makin naik. Kawan-kawan pun ada tegur katanya aku dah gemuk. huhu...

Aku tak kecik hati pun kata-kata diaorang, sebab memang hakikatnya aku dah gemuk.

Dulu lepas bersalinkan Kakak FL, berat aku turun mendadak , hanya 46 kg je masa tu. Tapi bila lepas bersalin Leeya , berat aku turun sikit jer. Masa preggy berat naik jadi 60 kg, lepas bersalin turun jadi 55 kg. Tapi dari 55 kg tu berat naik sikit-sikit jadi 57 kg, 58 kg dan pernah cecah 60 kg. Whatt???? sama macam berat masa preggy.. Huhuhu..

Apa pun. Aku tak stress pun. Aku happy jer, aku bahagia sebab ada jaga anak-anak dengan tangan sendiri. Cumanya, aku rasa tak selesa bila peha asyik 'berlaga' jer bila berjalan. huhu.

So, aku ambik keputusan nak kurus. 

Kurus dengan cara macam mana? Of course dengan exercise dan jaga makan. Aku kena diet, tak boleh makan sesuka hati.

Exercise/bersukan OK. Cumanya Bulan Februari ni aku banyak ponteng sebab en.suami selalu outstaion - tak de orang jaga anak.

So, aku DIET. DIET tu aku makan sikit jer. Aku cuba makan nasi sekali sehari macam diet harian aku sebelum pregnant Leeya. 

Dan, akibatnya, aku dapat gastrik. Aku memang ada sejarah ada Gastrik, tapi sejak bersalin Kakak FL dah tak de gastrik.


Tapi gastrik kali ni aku rasa lain macam. Tetiba aku rasa sakit jantung. Kena pegang jantung, baru rasa lega. Cuak aku! Yer lah, lately ramai yang meninggal mengejut terkena serangan jantung  samaada heart attack atau cardiac arrest. Aku takut la.

Then, aku pergi klinik jumpa doktor. Doktor check jantung guna ECG. Alhamdulillah, result ECG menunjukkan jantung aku sihat. Fuhh! Selamat!

Then, doktor cakap, sakit tu ialah GERD atau nama penuhnya - Gastroesophageal reflux disease (GERD) . 

GERD tu ialah sakit akibat refluks di bahagian esofogus. Dan saluran esofogus kita terletak dengan jantung. Tu sebab ada rasa macam sakit jantung. 


Masa preggy leeya pernah kena macam ni juga, dan pernah buat ECG jugak tapi masa tu Doktor tak kata yang itu GERD. Doktor kata ianya ialah 'heartburn'.

Hari tu doktor bagi 2 ubat. Kalau tak OK lagi, aku akan rujuk pada pakar gastro. So far, makin bertambah baik, tapi still ada rasa sakit-sakit lagi. Dan doktor kata aku kena sentiasa makan. Bila ada rasa lapar jer, kena cepat-cepat makan.

So, aku tak boleh puasa lagi. Tunggu bila dah sihat sepenuhnya baru boleh puasa =((.

Aku ada update kat FB. Dan Kak Suria Amanda pun ada share yang dia pun ada sakit yang sama sampai kena warded. huhu. Thanks Kak SA sebab sudi share story dan bagi TIPS.

KURUS??? Errrmmm.. ketepikan dulu niat nak kurus tu. Sekarang ni aku kena makan. Bila dah sihat sepenuhnya nanti, baru boleh fikir pasal kurus =)).



Rindu waktu kurus ni dulu-dulu =((. Throwback gambar kat Vienna masa tahun 2014.

Monday, February 24, 2020

Bermesra dengan Gajah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang

Masa cuti Tahun Baru Cina hari tu, en.suami bawak aku dan anak-anak pergi ke Pusat Konservasi Gajah yang terletak kat Kuala Gandah, Pahang. 

Ni kira kali kedua kami datang sana. Leeya je tak pernah datang lagi. Masa datang kali pertama dulu, Kakak FL masih kecik so dia dah lupa. Sekarang dia dah besar, makin seronok lah sebab dia dah pandai bercakap.















Ni Elli, kaki dia patah sebab terkena jerat. Masa terkena jerat tu, Jabatan Perhilitan selamatkan dia dan tempatkan dia kat Pusat Konservasi ni. So dia pakai kaki palsu. Setiap bulan dia kena tukar kaki dia. Kos nak tukar kaki tu ialah Rm 11,000. huhu. Kesian dia, nak duduk pun sakit. Sakit tu kita boleh nampak melalui mata dia. huhu.. 





Nak masuk sana FREE jer =)). Cuma kena bagi seddekah kat pusat ni untuk menampung kos konservasi gajah. Sedekah tu ikut kemampuan kita. 

Kat dalam ni ada surau dan tempat makan. Tapi tempat makan tu tak besar. So, better makan siap-siap sebelum sampai sini.

Monday, February 17, 2020

Dinner at Main Road, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Lepas cuti Chinese New Year hari tu, aku dan keluarga makan malam kat Restoren Main Road yang terletak di Jalan Ampang, KL. Kat sebelah Hospital Gleneagles. 

Dah lama dah restoren ni bukak, tapi kitaorang baru nak try makan sini. 

Konsep restoren ni macam Food Court AEON - semuanya layan diri. Order makanan , dan pergi bayar kat cashier, pastu pergi ambik sendiri makanan tu.













 Makanan kat sini agak pricey. Tapi sedap. Kat sini pun ada shell-out. Restoren ni dibuka dari waktu lunch sampai ke makan malam.

 Budak-budak suka makan kat sini, sebab bebas. 


  Leeya enjoy lah datang sini sebab bebas bermain.


P/S : BAB Parking - parking kat sini free. Konsep parking kat sini macam Valet Parking, bagi kunci kereta kita kat orang jaga parking tu, nanti diaorang akan tolong carikan parking untuk kita. Tapi FREE OF CHARGE, tak perlu bayar sesen pun pada penjaga parking tu.

Makanan kat sini sedap. So, aku sangat recommend tempat ni untuk korang dinner =))

Having An Awesome 'Me Time' at Dal.Komm Coffee

Hai Sabtu hari tu, aku bawak anak-anak, Kakak FL dan Leeya pergi main-main kat Kidzooona. Dah lama sangat diaorang tak keluar main. Selalu hari-hari keluar rumah pergi-balik sekolah dan kelas-kelas jer. Pergi playground atau swimming tak.

Lately kat KL selalu hujan petang-petang, sebab tu tak dapat keluar. Pastu last week Kakak FL demam. So, ni bila dia dah baik demam, ajdi boleh lah keluar. Lepaskan gian diaorang nak main-main. Jadinya, hari Sabtu tu pergilah ke Kidzooona. Dapatlah main-main kat indoor playground.




 

Aku pun dah lama tak keluar sorang-sorang dan ada 'me time'. Selalu kalau duduk rumah pun, pasti tak boleh nak rehat, macam-macam benda nak buat rumah tu. Pastu tambah pulak dengan Leeya yang duk asyik nak berkepit dengan mommy jer. 

Jadinya, Hari Sabtu tu juga, aku ambik kesempatan untuk 'berseorangan'. Sementara anak-anak having fun kat Kidzooona, aku pun buatlah hal aku sendiri, having 'me time' kat mall tu - pergi shopping dan lepak minum kopi sorang-sorang kat cafe Dal.Komm Coffee. 



Masa aku 'bersendirian' hari tu , Kakak FL dan Leeya dijaga oleh Part Time Babysitter dari Kiddocare.my. Aku book babysitter tu sehari sebelum. Ini Babysitter Aina, dia selalu dah jaga anak-anak aku. So, Leeya dan Kakak FL dah kenal dan biasa dengan dia. Alhamdulillah! Sofar, Aina dan juga babysitter yang lain jaga anak-anak aku dengan elok. Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, boleh jer report kat company Kiddocare tu. Tapi Alhamdulillah, so far aku tak pernah report apa-apa. Diaorang semua bagus dan boleh dipercayai. 


 Yeaaayy! Dapat makan New York Cheese Cake tanpa gangguan anak-anak =)).. Korang yang jadi fulltime housewife pasti tahu macam mana rasa nikmatnya dapat 'me time' tanpa gangguan anak-anak. Kan? Kan? hehe..


Fuhh! Nikmatnya hidup walaupun sekejap =)). Hari tu en.suami kerja. So, aku keluar bertiga je lah bawak anak-anak. 


InshaAllah, nanti-nanti bolehlah lagi 'me time' macam gini. hehe. Thank you Kiddocare for helping me up in taking a good care of my children =)). 

Saturday, February 15, 2020

Seafood dari Sabah

Kalau aku atau en.suami pergi Sabah, confirm akan bawak balik seafood. Sebab kat sana seafood murah-murah dan fresh. Kalau nak compare dengan harga seafood kat KL ni jauh beza lah. 

Sebelum ni aku pernah update pasal - Seafood dari Sabah ni. Boleh baca kat entri ni - 'KALAU BERKUNJUNG KE SABAH JANGAN LUPA BELI SEAFOOD!'.

Biasanya kami akan beli sotong dan udang, sebab dua tu favourite aku. LOBSTER kat sana pun murah giler. Beli lah kalau korang rasa nak makan lobster. Kalau kat Semenanjung n, Lobster mahal giler. 

So, baru-baru ni en.suami aku outstation ke Kota Kinabalu, jadinya dia bawaklah balik seafood dari sana. 



Kalau nak beli seafood kat KK, pergi beli kat Pasar di awal pagi. Kalau jam 10 tu biasanya dah habis dah. So, kena pergi awal pagi, seawal jam 4-5 pagi. Jam 7-8 am pun OK lagi. 

Pastu suruh diaorang packing sekali, dan cakap nak bawak balik KL. (Charge packing lain harga). Nanti diaorang packing cantik-cantik dan selamat bawak balik naik flight. Tapi ingat, jangan sesekali check-in. Bawak naik atas flight tu skali. 

Mommy Risau Anak Tak Nak Makan

Mommy Risau Leeya Tak Nak Makan | Sorry gais lama tak update kat sini.. Kekangan masa lately sebab sebenarnya aku tengah 'bersilat' dengan Leeya. Lately, sejak cuti CNY hari tu dia buat drama - tak nak makan. Next month dia genap 2 tahun. 

Sebelum ni OK jer dia makan. Tapi sejak cuti panjang hari tu, langsung tak nak makan. Kalau nak makan pun, dia cuma nak makan biskut atau snek jer. Makan nasi, pasta, mee atau makanan berat langsung tak nak sentuh. huhu. Risau mommy. Dah la, susu formula pun tak nak minum. Asyik-asyik dia duk minum air jer atau susu mommy. 

Berat dia pun agaknya makin susut. huhu..

Dek kerana 'drama' tu aku pun jadi tak de mood nak update blog. huhu.. IG pun jarang update. Sebab duk beperang dengan Leeya.

Then, last-last aku suruh en.suami belikan 'Appeton Lysine'.


Sebab dulu Kakak Fl pernah ada masalah macam ni jugak - tak nak makan. Bila bagi 'Lysine' ni, elok jer dia makan. 

So, bila adik nya ada masalah yang sama- aku try la juga bagi Lysine ni.

Alhamdulillah! It works!.. Sejak bagi Leeya minum Lysine ni, selera makan dia jadi OK dan nak selalu nak makan. Lega mommyy... 

Kalau tak, memang mommy risau la. Alhamdulillah!..

So, kalau anak-anak korang yang umur toddler atau kids tak nak makan, cuba try bagi Lysine ni.. Sekali sehari jer minum. Dan bagi masa waktu pagi, supaya selera makan diaorang sentiasa ONZ sepanjang hari. =))

So, sekarang baru mommt ada mood nak update blog =))..

Wednesday, February 05, 2020

TIPS Nak Masak Spaghetti Yang Sangat Sedap Untuk Anak-Anak

TIPS Nak Masak Spaghetti Yang Sangat Sedap Untuk Anak-Anak | Anak-anak aku jenis picky eater. Kakak FL sangat-sangat-sangat-sangat picky eater, tapi adiknya tak seteruk kakak. Alhamdulillah.

Biasanya budak-budak picky eater ni diaorang tak suka makan nasi. Tapi Kakak FL sejak umur 5 tahun, dah mula berminat dengan nasi dan hari-hari mintak nasi. 

Selain nasi, dia masih lagi menjadi pengemar setia Italian Food especially Spaghetti dan Pizza. Kalau dulu, hari-hari mommy wajib kena masak  Spaghetti tapi sekarang dah tak perlu masak hari-hari lagi sebab Kakak FL dah boleh makan nasi. Adik pulak OK boleh makan nasi, tapi dia lagi suka mee. So, Spaghetti antara dalam list favourite makanan dia. 

Sebabkan hari-hari aku masak Spaghetti, jadi macam dah jadi PRO pulak masak Spaghetti untuk anak-anak..(baca sambil mata juling ke atas...... hahahha..) . Kakak FL dan Leeya suka sangat dengan spaghetti yang mommy masak tu. Sampaikn BFF aku pun pernah request suruh aku masak spaghetti tu untuk dia, sebab dia kata sedap... Errmmm.. aku rasa biasa jer.

So, ni aku nak share TIPS nak masak spaghetti yang sedap dan berlemak untuk anak-anak. 

TIPS nya ialah - guna fresh milk.


Masak spaghetti atau mac & cheese, apa kuah sekalipun, jangan lupa letak fresh milk. Even kuah yang korang masak tu pedas. Fresh milk tu boleh menghilangkan rasa pedas kuah tu , contoh macam kuah bolognese atau marinara. So, bila budak-budak makan, diaorang tak rasa pedas tu. 

Dan fresh milk juga  akan membuatkan kuah tu jadi berlemak. Lemak-lemak tu lah yang buatkan budak-budak suka. Lagi banyak susu yang diletak, lagi berlemak dan lagi sedap rasa dia. 

Masak kuah Spaghetti tu macam biasa - ikut resipi yang korang tahu. Tapi jangan lupa letak fresh milk. 


Ini contoh Spaghetti yang dah siap masak dengan fresh milk. Tak nampak sangat lemak berkrim dia, tapi rasanya dia sangat sedap. Kakak FL dan Leeya makan ni tak cukup 1 pinggan, confirm mintak tambah.


Mommies try la dulu =))