Saturday, February 15, 2020

Mommy Risau Anak Tak Nak Makan

Mommy Risau Leeya Tak Nak Makan | Sorry gais lama tak update kat sini.. Kekangan masa lately sebab sebenarnya aku tengah 'bersilat' dengan Leeya. Lately, sejak cuti CNY hari tu dia buat drama - tak nak makan. Next month dia genap 2 tahun. 

Sebelum ni OK jer dia makan. Tapi sejak cuti panjang hari tu, langsung tak nak makan. Kalau nak makan pun, dia cuma nak makan biskut atau snek jer. Makan nasi, pasta, mee atau makanan berat langsung tak nak sentuh. huhu. Risau mommy. Dah la, susu formula pun tak nak minum. Asyik-asyik dia duk minum air jer atau susu mommy. 

Berat dia pun agaknya makin susut. huhu..

Dek kerana 'drama' tu aku pun jadi tak de mood nak update blog. huhu.. IG pun jarang update. Sebab duk beperang dengan Leeya.

Then, last-last aku suruh en.suami belikan 'Appeton Lysine'.


Sebab dulu Kakak Fl pernah ada masalah macam ni jugak - tak nak makan. Bila bagi 'Lysine' ni, elok jer dia makan. 

So, bila adik nya ada masalah yang sama- aku try la juga bagi Lysine ni.

Alhamdulillah! It works!.. Sejak bagi Leeya minum Lysine ni, selera makan dia jadi OK dan nak selalu nak makan. Lega mommyy... 

Kalau tak, memang mommy risau la. Alhamdulillah!..

So, kalau anak-anak korang yang umur toddler atau kids tak nak makan, cuba try bagi Lysine ni.. Sekali sehari jer minum. Dan bagi masa waktu pagi, supaya selera makan diaorang sentiasa ONZ sepanjang hari. =))

So, sekarang baru mommt ada mood nak update blog =))..

1 comment:

  1. Humaira start msuk 3 tahun mcm ni la tak mau makan,dah bg lysine pun sama,ibu ni dah puas nangis huhuuu

    ReplyDelete