Friday, March 27, 2020

Jangan Main-Main Dengan Hukum Allah

Awal tahun 2020, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang Lelaki Bertelekung ketika mengerjakan UMRAH di Tanah Suci, hari ini 1 dunia dah tak boleh buat Umrah 😪😪. Itulah,jangan main-main dengan Hukum Allah. 


 Kita dikejutkan lagi dengan isu bukan mahram bersentuhan, bercium pipi Hari ini semua dah tak boleh bersalaman dan #socialdistancing hatta yang bergelar MAHRAM sekalipun 😪😪. Itulah,jangan main-main dengan Hukum Allah. Allah kata jangan makan binatang liar, hari ini 1 dunia kena berhati-hati bab pemakanan termasuk yang bukan Islam. Hari ini hatta nak makan udang ketam sotong pun kena berhati-hati takut duit habis 😆. Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah

 Allah kata jangan ambik RIBA atau adakan RIBA dalam urusan seharian,hari ni ramai yang terpaksa menanggung beban hutang dan kehilangan sumber pendapatan 😪😪😪. Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah. 

Dan banyak lagi kesalahan yang kita lakukan samada kita sedar atau tidak. Allah Maha Penyayang,Allah Maha Mengasihi, banyak mana pun salah kita pada Allah hatta ada yang berani mempertikaikan hukum Allah,Allah masih bagi makan, minum, oksigen dan kenikmatan hidup untuk kita teruskan hidup seperti biasa. 

Hari ini Allah datangkan peringatan untuk kita semua ,melalui bala tentera Nya yang sangat halus yang tak ternampak dek mata mata kasar kita - VIRUS - yang dinamakan sebagai Virus COVID 19.


Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah. Allah boleh buat apa sahaja yang dikehendakiNya. 

 Moga apa yang kita sedang lalui sekarang ini menjadi pengajaran untuk kita semua - untuk golongan rakyat marhaen, untuk rakyat jelata, untuk golongan artis,untuk golongan instafamous, untuk golongan bangsawan, untuk golongan usahawan, hatta untuk pemimpin dan kerajaan. 

Musibah yg berlaku boleh jadi azab kpd yg kafir & ahli maksiat , dan rahmat kpd yg beriman 😥.. 

Sama-sama kita muhasabah diri dan teruskan berdoa tanpa henti. Doa adalah senjata orang Mukmin..

Ini negara-negara yang telah dijangkiti Wabak Covid19 di tahun 2020.


 #covid19  #PKP

Thursday, March 19, 2020

Aktiviti Kakak FL Di Rumah Masa Cuti Covid19

Aku rasa amazing sangat bila Kakak FL faham akan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana kita langsung tak boleh keluar rumah sebba wabak Covid19. Dia pun tahu virus Covid19 apa sebab kat TV3 selalu duk tunjuk pasal Covid19 ni. 

Semua kelas dia cancel masa waktu ni. Sebenarnya kitaorang dah plan nak keluar pergi indoor playground dan nak pergi bird ark masa cuti sekolah ni. Tapi terpaksa cancel semua plan tu. So, lastly duduk kat rumah jer. 

Tapi alhamdulillah, Kakak FL tak merungut bosan dan yang seangkatan dengan nya. Aku risau jugak sebenarnya. Risau takut dia bosan. Sebab kat rumah ni tak dibenarkan tengok handphone. Nak tengok TV pun, tak de cerita kartun sangat sebab kat rumah aku ni tak de Astro. Memang tak pernah pasang Astro sejak dari zaman bujang sampailah dah berkahwin  dah beranak-pinak ni. Dan kami pun dah biasa hidup tengok TV1, TV2, TV3 jer 😊. 

Aku tak kisah kalau orang kata kami ni orang susah, tak de duit atau kedekut sebab tak nak pasang Astro. Aku tak peduli kata-kata orang. Janji hidup kami anak-beranak tak de hutang langsung, hatta hutang kereta dan hutang rumah pun tak de. Duit bayar Astro tu kami boleh berjimat untuk simpan duit beli kereta dan rumah dengan cash. Rumah tak besar pun janji selesa untuk kami anak-beranak tinggal. 

Tak takut dengan LHDN? Kenapa nak takut kalau tak pernah lari dari bayar tax. Setiap tahun memang en.suami akan tetap bayar tax. 

So, masa musim cuti ni inilah antara aktiviti Kakak FL di rumah ↓ :

Main puzzle. Puzzle ni beli last week. Memang khas untuk dia main masa waktu cuti sekolah ni. Main puzzle ni boleh tingkatkan motor skill dan kreativiti dia. 




Melukis. Melukis dan mewarna ni dah sebahagian dari hidup dia. Setiap hari dia wajib melukis dan colouring even bukan hari cuti pun, dia tetap akan buat hobi ni setiap hari. So Kakak FL memang ada sketch book dia sendiri. Pergi mana-mana dia akan bawak sketch book tu dengan pensil sebatang =)). Lukisan yang dia paling suka lukis ialah - My Family. So sweet Kakak 😊

Mewarna. Ni homework kelas art dia, teacher bagi through whatsapp. Kena lukis dan colour.


 Ini pun homework dari art class dia last week. Kena siapkan kat rumah. 



Isnin hari tu dia mintak kotak banyak-banyak. Dia kata dia nak buat projek kraft dengan kotak-kotak ni, sebab katanya 2 minggu duk rumah jer takut bosan. Tu yang dia mintak kotak. Entahlah dia nak buat apa dengan kotak ni. Nanti kita tengok. 

Masa Isnin tu, orang semua duk beratur kat pasaraya panic buying, aku duk gagahkan diri pi cari kotak-kotak ni. hahahhhaa. Orang pun pelik - tak beli makanan, tapi ambik kotak jer. hahahahhaa.. Relaks, tak yah panik. Tak yah beratur panjang-panjang Makanan tak cukup, nanti kta beli online =))

Perintah Kawalan Pergerakan - Duduk Jer Di Rumah!

Start semalam berkuat kuasalah Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Wabak Virus Covid19. Bagus gak ada arahan sebegini rupa. Sepatutnya dah lama Perdana Menteri kuat kuasakan Arahan ni.

 Tapi almaklumlah, masa mua-mula Covid19 datang Malaysia, semua politician duk sibuk dengan agenda politik sendiri, duk sibuk nak kuasa, nak jadi menteri. Tak fikir soal kebajikan rakyat ni. Masa tu aku duk follow Press Conference Bekas Menteri Kesihatan duk buat hari-hari. Memang nampaklah yang YB Dr Dzulkefly Ahmad ni buat kerja dengan ikhlas, tanpa pedulikan kemelut politik ketika itu. Pastu pulak, masa dunia duk kisahkan pasal Wabak Covid19 ni, sesenang jer bekas PM letak jawatan.. huhuhu. Bengang jugaklah masa tu. 



Ni sekarang bila angka kes positif Covid19 dah naik mendadak baru nak bertindak. Tapi OK lah, at least adalah jugak tindakan sebelum beratus-ratus atau beribu-ribu nyawa yang mati. Tapi jujur aku cakap, akutak kenal Menteri Kesihatan yang baru ni. Selalu duk tengok TV, tengok Muka Ketua Pengarah Kesihatan jer yang keluar TV. Menterinya tak nampak =((. Mungkin ada keluar TV, tapi tak perasan sebab tak kerap sangat keluar. 

Perintah Kawalan Pergerakan 2 minggu jer, tak lama pun. Tapi ada pulak yang jenis DEGIL duk balik Kampung, pergi cuti-cuti Malaysia. Nasib baik hotel pun kena tutup, kalau tak ada yang bawak suami,isteri anak-anak pergi bercuti. Mentang-mentanglah kerajaan bagi cuti bergaji 2 minggu, joli katak pulak!. Langsung tak kisah akan sebaran virus ni. Selagi ahli keluarga sendiri TAK MATI, selagi tulah diaorang ni tak beringat.

Bengang pulak aku tengok orang duk berpusu-pusu balik kampung. Stress pun ada jugak. 

Aku kesiankan kat paramedik yang bertugas kat hospital tu. Kita semua cuti, tapi diaorang tak boleh cuti. Katil kat hospital pun dah tak cukup, staff hospital pun tak cukup, ini Rakyat Malaysia sesuka hati pulak pergi berjalan kesana-kemari. huhu.. 

Kalau kat Itali tu, sampai diaorang dah tak cukup hospital nak cater pesakit Covid19 ni. So, diaorang terpaksa pilih pesakit untuk dirawat dengan harapan pesakit tu akan sembuh. Kalau warga emas yang kena, diaorang biarkan mati jer, sebab staff hospital tak cukup, katil pun tak cukup =((. So, korang nak ke tengok mak ayah korang mati macam tu jer sebab Covid19 ni? Tentunya TAK Kan? 

So, kalau tak nak tengok ahli keluarga sendiri mati, jomlah sama-sama bantu kerajaan untuk redakan wabak Covid19 ni. Sure boleh punya kalau semua Rakyat Malaysia walau dimana sahaja bersatu. Tengok kat China tu, dah langsung tak de kes baru Covid19 dah. Even sekarang Rakyat China dah boleh jalani rutin asal diaorang. 

So, kita pun boleh. Yang penting, semua orang kena mainkan tanggungjawab masing-masing.

Jadinya, duduk jer lah rumah diam-diam. Macam-macam boleh buat kat rumah tu. Kemas lah rumah tu, buang apa yang boleh dibuang - buat spring cleaning, lipat baju yang berlambak-lambak tak sempat nak lipat sebelum ni, cuci peti ais, dan macam-macam lagilah boleh buat. Just be creative and start thinking!.

Aku buat apa kat rumah? Aku kan housewife, so dah biasa duduk rumah. Dah ada jadual tetap pun kat rumah ni. Jadi bila dapat 'Perintah Kawalan Pergerakan' No Hal lah. Kacang jer. Tak sempat nak boring pun. Tengok-tengok tup-tup dah 11 malam - masa untuk tidur =))..


Masa cuti ni aku habiskan baca buku ni =)). Buku ni beli last week kat MPH. Memang beli untuk bacaan masa cuti sekolah ni. Ni sebenarnya Buku Kakak FL. Dia suka cerita-cerita Nabi, sebab cerita Nabi ni ialah dia punya 'bedtime story'. So belikan dia buku ni. Dia baca tau. Tapi bila dia penat, dia suruh mommy bacakan untuk dia 😃😃😃😁. Mommy baca, tak sampai seminggu dah habis 😁. Ni tangan rasa gatal nak beli buku lain pulak. Kena beli online kalau nak beli. 

Boleh baca ni - ' OUR BEDTIME STORY'.



 Cuti ni luangkan masa dengan anak-anak kat rumah =))


Thursday, March 12, 2020

Mood Blogging Ke Laut Masin Tahun 2020 ni =((

Aku tak tahu apa jadi dengan aku ni di tahun 2020. Ingatkan masuk tahun baru ni akan lebih serious blogging. Tapi rupanya.. ke laut masin.. huhu..

Entah kenapa mood blogging tahun ni hambar jer... 

Start dari kena GERD hari tu - ' PADAH NAK KURUS SANGAT - MENDAPAT SAKIT GERD!' . 

Terus mood blogging kelaut. Sebenarnya banyak benda nak tulis kat blog ni. Tapi tak de mood nak menulis, tu yang susah nak update blog tu. huhu..

Agaknya untuk dapat mood tu balik, aku kena banyak blogwalking ni. errrrmm..ok..
Ce korang tulis link korang kat ruangan komen ni kalau korang nak aku blogwalking ke blog korang =)).. Boleh kita kenal-kenal (kalau belum kenal lagi) =)).

Pergi Untuk Selama-lamanya - Basikal Kuning

Sebelum ni aku pernah cerita pasal kisah Basikal Kuning Kakak FL kat blog ni =))..

Banyak kenangan basikal tu. Basikal tu beli masa Kakak Fl umur 2 tahun. Masa tu stay kat rumah apartment, so dia cuma boleh main basikal kat playground jer. So, bila nak main, bawaklah basikal ni naik lift =)).

Tapi sejak tahun lepas basikal ni dah rosak. Boleh baca kat entri ni - 'SELAMAT TINGGAL BASIKAL KUNING'. 

Tapi dia dah dapat basikal baru dah. Boleh baca kat sini =)) - 'SELAMAT DATANG BASIKAL FROZEN'. 

Bila basikal kuning tu rosak, tersadai jer lah kat rumah. Tak sempat lagi nak pergi hantar ke Pusat Recycle. Last week, kebetulan, Uncle yang bawak lori ambik barang recycle ni lalu depan rumah, dan kebetulan masa tu aku ada kat luar rumah. So, aku tahan Uncle tu dan bagi basikal ni kat dia. Happy giler tengok muka uncle tu dapat basikal kuning ni =)). 



Alhamdulillah, dah selamat dah basikal kuning ni.

Sebenarnya ada hajat nak baiki basikal ni. Tapi bila duk godek-godek basikal ni, nampak macam tak jumpa jalan nak baiki. huhu.

So, the best way ialah let go jer. Jangan buat sampah kat rumah, hehe. 

Sunday, March 08, 2020

Usrah Suri Rumah

Tahun 2020 ni aku dah banyak masa free. Almaklumlah dah habis belajar kan. Kalau dulu langsung tak de masa nak bersosial, tapi sekarang dah ada. Dan dah ada masa nak tidur nyenyak.. hehe.. And u know what, sekrang kan aku masak hari-hari.. =))..

Kalau sebelum ni banyak tapau atau makan kat luar tapi bila sejak dah konvo November lepas, dah boleh nak main masak-masak, siap boleh baking lagi.. Alhamdulillah..

Tapi selain dari aktiviti rumah tangga, aku rasa aku perlukan pengisian rohani. At lest jiwa aku tak lah kosong, ada jugak lah makanan untuk jiwa dan untuk tambah pengetahun agama. Jadinya, aku join USRAH. 

USRAH yang aku join ni nama kumpulannnya ialah USRAH SURI RUMAH RAHMAH (SRR). Group Usrah ni hanya dianggotai oleh para suri rumah jer.Dan suri rumah ni pun yang muda-muda jer, yang umur bawah 45 tahun. Kebanyakkannya ada anak kecik. Best! Sebab dapat bergaul dan bersosial dengan orang yang sekepala dengan kita, yang punya sama stiqma pemahaman.


GROUP USRAH SURI RUMAH RAHMAH ni ialah dibawah NGO SURI RUMAH RAHMAH (SRR). NGO ni under IKRAM. Kiranya salah satu cabang dakwah IKRAM yang khas untuk golongan suri rumah yang berumur 25 tahun - 45 tahun.

Kebanyakan ahli-ahli dalam SRR ialah mereka yang punya pendidikan tinggi sampai ke universiti dan ramai yang dah bekerja (sama macam aku) , tapi memilih untuk behenti kerja dan jadi housewife sepenuh masa atas sebab tersendiri. Ada jugak yang ada PhD dan Master. 

So, kiranya, housewife zaman sekarang ni ialah golongan-golongan terpelajar. Boleh cakap english dan bahasa-bahasa lain jugak, dan juak tahu isu-isu semasa. Malah kami juga boleh bahaskan isu-isu tersebut dan fakta . hehe..

Macam-macam aktiviti yang SRR buat. Ada kelas yiga, ada kelas seni, ada parenting talk, ada playgroup, ada kelas swimming. Dan yang paling best semua aktiviti yang dijalankan tu termasuklah Usrah ialah Mesra Anak Kecik. So, kita boleh bawak anak-anak kita masa join semua aktiviti tu. Tu yang best tu. Tak yah risau kalau anak buat bising, sebab memang budak-budak akan buat bising la, dan tak de siapa yang marah. hehe..








Hari tu usrah buat kat indoor playground. So, anak-anak boleh bermain sambil mak-mak duk berusrah. 

Sesiapa yang bergelar suri rumah yang baca entri aku ni, korang jomlah join Group NGO SRR ni. Nak join senang jer. Pergi je kat Facebook, cari 'SURI RUMAH RAHMAH', pastu klik 'Like' dan 'SIGN UP'. https://www.facebook.com/surirumahrahmah/

Wednesday, March 04, 2020

Berjumpa dengan Pakar Perut - Gastroenterologist

Hari Sabtu hari tu, aku pergi jumpa Gastroenterologist, a.k.a Pakar Perut kat Hospital KPJ Tawakkal, KL. Sebelum ni aku dah ada rekod dengan Gastro Dr Melvin Raj 7-8 tahun lepas. Masa tu aku sakit gastrik. 





Sebenarnya rasa sakit pedih ulu hati dah makin OK, cuma aku takut. Takut untuk jangka panjang sebab sakit kat dalam ni kita tak tahu sebab tak nampak. Kalau luka kat tangan atau kat badan senang kita nampak. Tapi kalau organ dalaman yang sakit, tak tahu macam mana rupanya dan tahap mana sakitnya tu. 

Aku pun tak pasti samada sakit jantung atau GERD, tapi hari tu dah check ECG OK. Result - normal. 

So, Dr suruh buat sekali lagi ECG kat Hospital Tawakkal sebab Doktor nak tengok graf ECG tu sendiri. Dan jugak Doktor suruh check guna 'Endoscopy' . 

Aku dah pernah buat 'Scop' ni 7 tahun lepas dengan Doktor yang sama, dan result nya ialah perut aku ada gastrik. Alhamdulillah, lepas bersalin Kakak FL, gastrik dah tak ada lagi. Tapi sekarang ni, datang balik. huhu.. 

So, nanti aku akan datang balik ke hospital tu untuk buat 2 test tu. Atau mungkin ke KPJ Ampang Puteri sebab lagi senang nak ulang-alik ke rumah. 

Kos buat Endoscopy kat KPJ Tawakkal ialah RM 1200 tak termasuk ubat dan tax.


Apa rasa buat 'Endoscopy' .. hehe.. Nanti aku cerita kat next entry.