Thursday, March 19, 2020

Aktiviti Kakak FL Di Rumah Masa Cuti Covid19

Aku rasa amazing sangat bila Kakak FL faham akan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana kita langsung tak boleh keluar rumah sebba wabak Covid19. Dia pun tahu virus Covid19 apa sebab kat TV3 selalu duk tunjuk pasal Covid19 ni. 

Semua kelas dia cancel masa waktu ni. Sebenarnya kitaorang dah plan nak keluar pergi indoor playground dan nak pergi bird ark masa cuti sekolah ni. Tapi terpaksa cancel semua plan tu. So, lastly duduk kat rumah jer. 

Tapi alhamdulillah, Kakak FL tak merungut bosan dan yang seangkatan dengan nya. Aku risau jugak sebenarnya. Risau takut dia bosan. Sebab kat rumah ni tak dibenarkan tengok handphone. Nak tengok TV pun, tak de cerita kartun sangat sebab kat rumah aku ni tak de Astro. Memang tak pernah pasang Astro sejak dari zaman bujang sampailah dah berkahwin  dah beranak-pinak ni. Dan kami pun dah biasa hidup tengok TV1, TV2, TV3 jer 😊. 

Aku tak kisah kalau orang kata kami ni orang susah, tak de duit atau kedekut sebab tak nak pasang Astro. Aku tak peduli kata-kata orang. Janji hidup kami anak-beranak tak de hutang langsung, hatta hutang kereta dan hutang rumah pun tak de. Duit bayar Astro tu kami boleh berjimat untuk simpan duit beli kereta dan rumah dengan cash. Rumah tak besar pun janji selesa untuk kami anak-beranak tinggal. 

Tak takut dengan LHDN? Kenapa nak takut kalau tak pernah lari dari bayar tax. Setiap tahun memang en.suami akan tetap bayar tax. 

So, masa musim cuti ni inilah antara aktiviti Kakak FL di rumah ↓ :

Main puzzle. Puzzle ni beli last week. Memang khas untuk dia main masa waktu cuti sekolah ni. Main puzzle ni boleh tingkatkan motor skill dan kreativiti dia. 




Melukis. Melukis dan mewarna ni dah sebahagian dari hidup dia. Setiap hari dia wajib melukis dan colouring even bukan hari cuti pun, dia tetap akan buat hobi ni setiap hari. So Kakak FL memang ada sketch book dia sendiri. Pergi mana-mana dia akan bawak sketch book tu dengan pensil sebatang =)). Lukisan yang dia paling suka lukis ialah - My Family. So sweet Kakak 😊

Mewarna. Ni homework kelas art dia, teacher bagi through whatsapp. Kena lukis dan colour.


 Ini pun homework dari art class dia last week. Kena siapkan kat rumah. 



Isnin hari tu dia mintak kotak banyak-banyak. Dia kata dia nak buat projek kraft dengan kotak-kotak ni, sebab katanya 2 minggu duk rumah jer takut bosan. Tu yang dia mintak kotak. Entahlah dia nak buat apa dengan kotak ni. Nanti kita tengok. 

Masa Isnin tu, orang semua duk beratur kat pasaraya panic buying, aku duk gagahkan diri pi cari kotak-kotak ni. hahahhhaa. Orang pun pelik - tak beli makanan, tapi ambik kotak jer. hahahahhaa.. Relaks, tak yah panik. Tak yah beratur panjang-panjang Makanan tak cukup, nanti kta beli online =))

4 comments:

  1. bagusnya aktiviti kakak FL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah dia boleh perah otak dia apa nak dibuat bila duk kat rumah =))

      Delete
  2. bagus kakak FL.. duduk rumah baik2 yaa anak solehah ni buat banyak hands on activities. hehe acik nye rumah bukan kata channel TV 1 2 3 hehe tv pun xdak keke..

    ReplyDelete
  3. Wahh! lagi hebat acik Siti tak de TV. salute la. ada beberapa orang kawan saya pun tak de TV, diaorang sengaja tak nak beli TV sebab tak nak jaga mata dan elakkan anak-anak lalai. Saya memang salute la pada orang yang tak de TV ni. Saya try jugak buat macam tu, tapi tak boleh la, bosan. huhu. Bila tak de TV, duk asyik nak main hp pulak =((

    ReplyDelete