Jangan Main-Main Dengan Hukum Allah

in , by dorsett pink, March 27, 2020
Awal tahun 2020, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang Lelaki Bertelekung ketika mengerjakan UMRAH di Tanah Suci, hari ini 1 dunia dah tak boleh buat Umrah 😪😪. Itulah,jangan main-main dengan Hukum Allah. 


 Kita dikejutkan lagi dengan isu bukan mahram bersentuhan, bercium pipi Hari ini semua dah tak boleh bersalaman dan #socialdistancing hatta yang bergelar MAHRAM sekalipun 😪😪. Itulah,jangan main-main dengan Hukum Allah. Allah kata jangan makan binatang liar, hari ini 1 dunia kena berhati-hati bab pemakanan termasuk yang bukan Islam. Hari ini hatta nak makan udang ketam sotong pun kena berhati-hati takut duit habis 😆. Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah

 Allah kata jangan ambik RIBA atau adakan RIBA dalam urusan seharian,hari ni ramai yang terpaksa menanggung beban hutang dan kehilangan sumber pendapatan 😪😪😪. Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah. 

Dan banyak lagi kesalahan yang kita lakukan samada kita sedar atau tidak. Allah Maha Penyayang,Allah Maha Mengasihi, banyak mana pun salah kita pada Allah hatta ada yang berani mempertikaikan hukum Allah,Allah masih bagi makan, minum, oksigen dan kenikmatan hidup untuk kita teruskan hidup seperti biasa. 

Hari ini Allah datangkan peringatan untuk kita semua ,melalui bala tentera Nya yang sangat halus yang tak ternampak dek mata mata kasar kita - VIRUS - yang dinamakan sebagai Virus COVID 19.


Itulah jangan main-main dengan Hukum Allah. Allah boleh buat apa sahaja yang dikehendakiNya. 

 Moga apa yang kita sedang lalui sekarang ini menjadi pengajaran untuk kita semua - untuk golongan rakyat marhaen, untuk rakyat jelata, untuk golongan artis,untuk golongan instafamous, untuk golongan bangsawan, untuk golongan usahawan, hatta untuk pemimpin dan kerajaan. 

Musibah yg berlaku boleh jadi azab kpd yg kafir & ahli maksiat , dan rahmat kpd yg beriman 😥.. 

Sama-sama kita muhasabah diri dan teruskan berdoa tanpa henti. Doa adalah senjata orang Mukmin..

Ini negara-negara yang telah dijangkiti Wabak Covid19 di tahun 2020.


 #covid19  #PKP
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. terlalu banyak kemurkaan Allah swt dalam teguranNya kali ini.

    ReplyDelete
  2. Bila manusia mula mencabar apa yang telah DIA gariskan...kak PC lebih suka ambil pendekatan..bila lakukan sesuatu jangan berasa itu hak aku atau kubur masing-masing kerana...baik atau buruk kesannya pasti tempiaskan kena pada orang lain juga.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE