Sunday, March 08, 2020

Usrah Suri Rumah

Tahun 2020 ni aku dah banyak masa free. Almaklumlah dah habis belajar kan. Kalau dulu langsung tak de masa nak bersosial, tapi sekarang dah ada. Dan dah ada masa nak tidur nyenyak.. hehe.. And u know what, sekrang kan aku masak hari-hari.. =))..

Kalau sebelum ni banyak tapau atau makan kat luar tapi bila sejak dah konvo November lepas, dah boleh nak main masak-masak, siap boleh baking lagi.. Alhamdulillah..

Tapi selain dari aktiviti rumah tangga, aku rasa aku perlukan pengisian rohani. At lest jiwa aku tak lah kosong, ada jugak lah makanan untuk jiwa dan untuk tambah pengetahun agama. Jadinya, aku join USRAH. 

USRAH yang aku join ni nama kumpulannnya ialah USRAH SURI RUMAH RAHMAH (SRR). Group Usrah ni hanya dianggotai oleh para suri rumah jer.Dan suri rumah ni pun yang muda-muda jer, yang umur bawah 45 tahun. Kebanyakkannya ada anak kecik. Best! Sebab dapat bergaul dan bersosial dengan orang yang sekepala dengan kita, yang punya sama stiqma pemahaman.


GROUP USRAH SURI RUMAH RAHMAH ni ialah dibawah NGO SURI RUMAH RAHMAH (SRR). NGO ni under IKRAM. Kiranya salah satu cabang dakwah IKRAM yang khas untuk golongan suri rumah yang berumur 25 tahun - 45 tahun.

Kebanyakan ahli-ahli dalam SRR ialah mereka yang punya pendidikan tinggi sampai ke universiti dan ramai yang dah bekerja (sama macam aku) , tapi memilih untuk behenti kerja dan jadi housewife sepenuh masa atas sebab tersendiri. Ada jugak yang ada PhD dan Master. 

So, kiranya, housewife zaman sekarang ni ialah golongan-golongan terpelajar. Boleh cakap english dan bahasa-bahasa lain jugak, dan juak tahu isu-isu semasa. Malah kami juga boleh bahaskan isu-isu tersebut dan fakta . hehe..

Macam-macam aktiviti yang SRR buat. Ada kelas yiga, ada kelas seni, ada parenting talk, ada playgroup, ada kelas swimming. Dan yang paling best semua aktiviti yang dijalankan tu termasuklah Usrah ialah Mesra Anak Kecik. So, kita boleh bawak anak-anak kita masa join semua aktiviti tu. Tu yang best tu. Tak yah risau kalau anak buat bising, sebab memang budak-budak akan buat bising la, dan tak de siapa yang marah. hehe..








Hari tu usrah buat kat indoor playground. So, anak-anak boleh bermain sambil mak-mak duk berusrah. 

Sesiapa yang bergelar suri rumah yang baca entri aku ni, korang jomlah join Group NGO SRR ni. Nak join senang jer. Pergi je kat Facebook, cari 'SURI RUMAH RAHMAH', pastu klik 'Like' dan 'SIGN UP'. https://www.facebook.com/surirumahrahmah/

8 comments:

  1. Bestnya.
    Nak join lah, thanks info DP
    Dah lama tak berusrah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Hazel boleh join SRR kat FB Page diaorang - Suri Rumah Rahmah. Pastu klik button 'Sign Up'

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah menarik. best dapat jumpa kawan-kawan baru

      Delete
  3. Subhanallah menarik sangat, bermanfaat 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. bermanfaat untuk golongan suri rumah

      Delete
  4. best tempat usrahnya, sambil emak-emak dengar usrah anak-anak boleh main dalam situ, selesa pun iya tempatnya

    ReplyDelete
  5. tempat usrah tu berubah-rubah setiap kali usrah. Tengok pada pilihan majoriti, kebetulan minggu tu ramai yang nak buat usrah kat indoor playground. So, dapatlah anak-anak merasamain mainan kat indoor playground situ

    ReplyDelete