Hikmah PKP

in , by dorsett pink, April 09, 2020
Even though we've heard that the number of deaths and the number of people affected by the Corona Virus has risen each day, but honestly we are happy staying at home right =)).

Yer betul happy. Kadang-kadang jer rasa boring nak keluar. Tapi tak keluar-keluar pun, walaupun hanya di halaman rumah. Baik tak? baik tak? hihi.

Aku jenis tak suka keluar rumah kalau tak de keperluan. So, memang langsung tak keluar lah. Beli barang-barang keperluan pun, en.suami sorang jer yang keluar. Anak-anak semua duduk rumah diam-diam. Anak-anak ni kalau mommy diaorang tak keluar, diaorang OK. Tapi kalau mommy keluar, pasti semua nak ikut  (too bad for mommy 😞).

Sebenarnya banyak hikmah Allah datangkan Virus Corona ni pada penduduk dunia sampai kita semua pun kena duduk berkurung dalam rumah. Bosan duduk rumah, memang bosan untuk orang yang tak biasa duduk rumah. Tapi buat masa sekarang, lebih elok duduk di rumah dari kena duduk di hospital, betul tak?

So, ini antara Hikmah PKP pada aku, untuk aku - apa yang aku dan keluarga kecikku dapat buat sepanjang PKP :



1. Dapat Workout Sama-Sama
Aku ni jenis kaki sukan sejak dari kecik lagi. Aku dulu atlit. So, badan aku dah biasa berpeluh dan aktif. Kalau tak bersukan lama tu aku jadi rimas , rasa badan ni macam berat semacam jer. Tapi aku tak suka bersukan/exercise kat rumah. Tak de feel nak beriadah kat rumah.

Tapi bila dah kena PKP ni, by hook or by crook aku terpaksa juga bersukan kat rumah. 2 minggu pertama aku tak workout. Pastu badan rasa lemah semacam jer. Masuk PKP Fasa ke-2, aku kuatkan semangat untuk workout. Bukan mudah, but i have to. 

Aku download, video-video workout dari Youtube. Pastu ajak anak-anak workout sama-sama. And it works! En.suami pun join workout sekali. So sekarang selang sehari kami akan workout. Boleh pun rupanya.  So, lepas habis PKP ni, bolehlah aku terus workout kat rumah jer.

(Gambar kenangan - di Avillion Port Dickson)


2. Dapat Mengajar Kakak FL Mengaji
Sebelum PKP, Kakak FL pergi mengaji dengan Ustazah. Setiap petang Isnin- Khamis kelas mengaji dia. Aku tak ajar dia mengaji. Aku tak yakin. Tak yakin aku boleh ajar. Aku takut Kakak FL tak fokus, banyak main. 

Tapi sejak PKP ni, aku suruh Kakak FL mengaji kat rumah , mommy jadi Ustazah. Sebab takut dia terlupa bila dah lama stop mengaji. Eh! Boleh pulak. Setiap hari lepas solat Maghrib, Kakak FL dah ready nak mengaji Iqra. Alhamdulillah! Dari Iqra 3, sekarang dah naik Iqra 4. Alhamdulillah! Kakak FL pun boleh fokus dan dengar kata. So, lepas habis PKP ni, bolehlah diteruskan.


3. En.Suami Tolong Masak
Selama ni, aku sorang jer yang masak kat rumah ni. Aku tahu en.suami pandai masak tapi dia tak suka masak. So, memang aku pikul tanggungjawab tu sepenuhnya. Tugas en.suami di rumah ialah uruskan kain-baju termasuk urusan menggosok dan melipat. 

Tapi bila PKP ni, ada hari yang aku malas nak masak.  Sebab sebelum ni pun aku tak masak 7 hari seminggu pun. Aku cuma masak hari weekdays jer, hari minggu kitaorang makan luar. Tapi bila PKP ni, dah tak boleh keluar rumah, dan en.suami pun tak nak tapau makan dari luar. Takut! So, nak tak nak, terpaksalah dia tunjukkan skill memasak. hihi. Boleh pun. Dan not bad jugak tau rasa dia. Sedap! Bravo en.suami ku =))..


***************************************************************
Apa yang aku realise, sebenarnya ketika waktu terdesak macam ni, macam-macam benda kita boleh buat. Bakat terpendam masing-masing akan terserlah =)). Macam aku, tak sangka pulak yang sebenarnya aku boleh rasa happy workout kat rumah dan boleh ajar mengaji. Ingatkan aku boleh ajar Math dan English jer 😆😆. 

So, banyak hikmah PKP ni sebenarnya kalau kita bersyukur dan mensyukuri apa yang ada depan mata kita. 

Dari kita duk merungut dan menangis keadaan kita sekarang yang terpaksa berkurung 24/7, lebih baik kita belajar redho dan start happy dengan nikmat 'MASA' yang Allah bagi ni =)). 
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Betul. Rupanya saya boleh terkurung dalam rumah tanpa rasa bosan.
    Blog walking sini jalan-jalan baca blog orang isi masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi baca. inshallah nanti saya akan bw ke blog awak, thank you so much!

      Delete
  2. Byk perkara Kita boleh catch up.masa pkp.ni.kan

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE