Monday, April 20, 2020

Homemade Pizza Untuk Anak-Anak, Guna Roti Jer, Confirm Anak Suka!

Homemade Pizza Untuk Anak-Anak, Confirm Anak Suka! | Hari ni aku buat Pizza untuk breakfast. Bukan jer buat untuk anak-anak, tapi mommy dan daddy sekali tumpang sekaki =)). 

Pizza ni senang sangat nak buat. 10 - 15 minit dah siap =)).

Tak yah guna tepung, nak uli-uli bagai. Guna roti jer. Senang sangat. Mudah dan simple!

  

Resipi Homemade Pizza Guna Roti :

1. Ambik roti.
2. Salut / sapu Sos spaghetti. Aku guna Sos Prego perisa tradisional.
3. Letak peperoni / sausage yang dipotong kecik-kecik.
4. Letak mushroom atau apa-apa sayur. *Aku tak letak sayur sebab dah habis =)).
5. Tabur shredded cheese. Guna jer apa-apa cheese yang ada di rumah.
6. Masukkan dalam Oven. Suhu 180 degree, 5-7 minit. 
7. Siap! Boleh Makan!



Mak ayah pun boleh makan jugak. Letak chilli flakes jer. Sedap 😊

8 comments:

  1. Ya Allah sangat menggoda nya 😍

    ReplyDelete
  2. wow meriah dan menggoda sungguh pizza DP ni :)

    ReplyDelete
  3. akak dh buat baru2 ni...alaaa..x buat entry plak...budak2 mmg suka ni..simple kan..

    ReplyDelete
  4. mudahnya buat pizza hehehe nak kena cuba ni kita pun duduk sorang jer boleh lah buat untuk sahur wakakakka..

    ReplyDelete
  5. memang yang simple2 cemni layan sangat nak makan..
    cheese banyak2 sedappnya..

    ReplyDelete