Tahun ni Kakak FL dah pandai baca buku cerita Bahasa Inggeris. Aku rasa kagum sangat. Kagum pada Kakak FL sebab dia dah boleh baca buku cerita sebelum masuk sekolah rendah. Dan rasa bangga pada diri aku sendiri, sebab aku yang ajar Kakak FL sendiri membaca bahasa inggeris start dari zero, dari dia tak pandai mengeja apa-apa dalam english.
Macam mana cara aku ajar Kakak FL membaca (english) , boleh baca kat entri ni - 'HOMESCHOOLING - MENGAJAR KAKAK FL MEMBACA (BAHASA INGGERIS)'.
Bila dah pandai membaca, kita kena teruskan latihan membaca tu agar bacaan dia menjadi makin lancar dan tak lupa.
So, awal tahun hari tu aku suruh en.suami belikan Buku Set Peter & Jane.
En.suami belikan complete set Peter & Jane ni kat Shopee. Harga yang dia beli RM 150. Kalau tengok kat Lazada, katanya mahal sikit dari Shopee. Hari ni beli, esok terus delivery. Ini link Shopee kalau korang nak beli Buku Peter & Jane ni - https://invol.co/cl847fz .
1 set lengkap ni ada 36 buku dan 12 siri. Setiap siri ada 3 buku - a,b dan c.
Aku suka buku ni sebab tulisan dia besar. Dan setiap siri ada kesinambungan. Dan setiap siri ada buku tulis - buku C. So, anak-anak akan lagi faham cerita setiap buku tu melalui latihan menulis. Paling senang Siri 1 dan paling susah Siri 12. Sekarang Kakak FL dah Siri 4 - buku 4a.
Target aku , setiap bulan di dapat complete 1 siri. So, bila hujung tahun 2020 nanti, Bulan Disember, tamatlah set Peter & Jane ni. So far, Alhamdulillah Kakak FL is on track. KPI dia: 1 bulan - 1 siri.
Kalau korang nak cari buku cerita bahasa inggeris untuk anak-anak, aku pun recommend korang untuk guna Set Peter & Jane ni. Harga dia mungkin agak pricey, tapi boleh buku 1 demi 1, tak lah rasa terbeban sangat. 1 buku tu rasanya harga dia RM 11 kot. Kalau ada yang jual 2nd hand, lagi bagus. Ce try cari kat mudah.
Ini link Shopee untuk beli buku Peter & Jane ni : https://invol.co/cl847fz .
aida x beli complete set p&j ni. certain books je. khas utk reading.
ReplyDeletetapi tu la, beli set gini lebih jimat.
memang bagus ni. utk bacaan anak di peringkat permulaan.
A'ah beli set lengkap lagi jimat. Saya beli set ni sebab memang nak guna buku ni jer untuk improve reading dia
Deletebagus sangat sebagai latihan di rumah kan DP, kak ana dulu pun rajin beli buku2 macam ni untuk anak2 dan alhamdulillah masih tersimpa elok sampai sekarang
ReplyDeletesekarang anak-anak akak dah besar =)). buku tu kak boleh sedekah kat anak-anak asnaf, akak dapat pahala juga, dari biarkan buku tu di rak, tiada yang baca
Delete