Sekarang ni kena duduk rumah jer - #stayathome sebab PKP - Perintah Kawalan Pergerakan sempena wabak Covid19.
Bosan kan?
Mana tak bosannya, sebab langsung tak boleh keluar rumah.
Biarpun dah lama aku menyandang jawatan sebagai Surirumah Sepenuh Masa, at least housewife pun keluar jugak - keluar beli barnag, keluar hantar dan ambik anak dari sekolah, keluar bawak anak-anak beriadah , etc. Tapi sekarang langsung tak boleh keluar rumah. huhu.
Kakak FL pun kata bosan duduk rumah. Walaupun dia dah ada rutin harian tetap bila duk rumah, tapi hati dia tetap ada rasa nak keluar jugak. Almaklumlah, selama ni boleh jer keluar rumah pergi playground, tak pun boleh main basikal kat luar rumah. Tapi bila waktu PKP ni, langsung tak boleh keluar. Kesian dia, tapi nasib baik dia faham. Syukur sangat. Dia pun tahu apa itu Covid19. Hari-hari dia duk sebut Covid19.
Sabar jer lah sayang. Kita doakan semoga wabak ni cepat pergi, dan kita pun boleh keluar rumah macam biasa. (I tak sabar nak pergi IKEA..hehe)..
Kakak FL duduk rumah tak boleh tengok handphone dan gajet, so dia kena cari idea dan create something untuk dia main atau habiskan waktu dia.
Dan hari tu, masa awal-awal PKP, dia request dengan mommy suruh buat facial kat dia 😃. Mommy layankan ajer.
Ini pakai mask jer - guna telur putih jer.
Ini muka bila dah cuci dan buang mask 😆😇.
Dia seronok sangat. First time ever in her life pakai mask 😊. Tapi tak boleh selalu sebab nak kena jimat telur. Zaman gawat-gawat ni semua benda kena berjimat. Dah lah kita tak dapat bantuan BSH, so kenalah pandai menggunakan duit yang yang ada ni sebaik-baiknya untuk survive at least 6 bulan lagi.
Akhir kata, terima kasih kerna sudi baca entri ni walaupun di Musim PKP =)). Semoga semua reader-reader blog dorsettpink.com sihat-sihat dan dijauhkan dari Virus Covid19. Stay home , stay safe and don't eat a lot 😆.
Betul sangat.Kena berjimat..
ReplyDeletekita tak tahu macam mana keadaan ekonomi kita 3-6 bulan lagi. huhu
ReplyDelete