Senang Jer Nak Bayar Zakat Fitrah - Online Jer

in , by dorsett pink, May 13, 2020
Norma kehidupan kita dah berubah 360 darjah. Dah tak macam dulu lagi lah. Kalau dulu, jumpa orang mesti nak salam-salam, tapi sekarang, usah kata nak bersalam, nak dekat pun takut. 

Hebat sungguh kan penangan Covid19 ni. Walau hanya sekecil virus yang tak nampak di mata, tapi ia mampu mengoncangkan ekonomi dunia. Itulah Kuasa Allah swt yang tiada tandingan. 

Bazar Ramadan tak de tahun ni, Hari Raya pun duduk rumah jer, tak boleh pergi beraya. Habis tu nak bayar Zakat Fitrah macam mana pulak? ONLINE JERRR..


Sejak PKP ni, norma kehidupan kita dah bertukar ke dunia digital. Beli juadah hari raya - online, nak beli baju raya - online, nak beli lemang - online, nak beli kuih raya - online, pergi tuisyen pun online, buat homework pun online, meeting? pun sama online jer guna macam-macam apps. Hebat kita sekarang kan? Dunia telah berubah sekelip mata. 

Ada yang dari langsung tak tahu guna apps food delivery, sekarang hari-hari beli makanan guna apps jer 😁. Dari yang langsung tak tahu boleh pergi ke kelas dalam talian jer, sekarang hari-hari duk menghadap 'Google Classroom'. Dari yang langsung tak tahu nak guna printer, sekarang hari-hari guna printer. 

So, pembayaran zakat pun sama - dah berubah ke dunia digital jugak. Senang dah sekarang. Duduk rumah jer dan semuanya SETEL di hujung jari (smiling face).

Tak de Akad, SAH ke bayar Zakat? Jawapannya ialah - SAH. Boleh rujuk artikel dari Sinar Harian ni - 'TIADA AKAD, SAH KE BAYAR ZAKAT?'

OK, sennag jer CARA NAK BAYAR ZAKAT ONLINE ni. Korang pergi je kat website LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) (Untuk Warga Selangor), atau klik jer link ni - https://fpx.zakatselangor.com.my/ . 

Ataupun , korang download jer apps 'ezakatPAY' kat AppStore atau GooglePlay. 



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE ni senang jer. Cuma buat 4 step jer. 





1. Isi maklumat pribadi (Maklumat pembayar zakat). 
Kat column 'Jenis Zakat' tu, korang pilih 'Zakatt Fitrah'. Kalau nak bayar zakat-zakat lain pun boleh macam zakat pendapatan, zakat harta, zakat emas, zakat ternakan, semua pun boleh - cuma set kat Column 'Jenis Zakat' ni jer. 

Lepas tu, pilih jenis beras apa yang korang makan kat rumah hari-hari. Kalau akan beras murah, pilihlah yang harga RM 7. Kalau makan Quinoa macam DS Najib , pilihlah beras yang paling mahal - RM 21. Atau hari-hari makan beras Basmathi, pun sama klik kat RM 21. Tapi kalau hari-hari makan beras wangi atau beras pulut, pilihlah beras yang harga RM 14. 

Ingat, JANGAN MENIPU! Allah TAHU =)). Kalau tipu, hidup tak berkat. 


2. Pilih Kaedah Bayaran
Kaedah bayar ni ada 3 - a) Bayar guna FPX  - samaada Maybank2u ker, CIMBclicks ker, atau apa-apa bank pilihan korang, b) Bayar guna JOMPAY, c) Bayar guna Touch&Go e-Wallet. 


3. Pilih Bank
Lepas tu, pilih Bank pilihan korang. Bank yang ada duit lah. jangan pilih bank yang tak ada duit pula.


4. Ambil Resit
Last sekali, ambik resit pembayaran tu. Resit tu nanti boleh buat claim income tax (kalau bayar zakat-zakat lain). 

SENANG JER KAN?? Sambil layan Drama Korban Kasih pun boleh bayar zakat 😊. 


Lagi menarik, korang boleh menang hadiah giveaway dari LZS kalau korang bayar zakat online ni.



Lembaga Zakat Selangor

Settle! Lagi cepat bayar, lagi cepat tanggungjawab selesai . Soal ibadah ni jangan dilengah-lengahkan. Benda boleh buat cepat, eloklah dipercepatkan. 

Akhir kata, selamat berpuasa =)). 
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Senang bayar zakat skrg nie.. online jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. senan sungguh.fidyah pun online juga

      Delete
  2. LA NI SEMUA ONLINE JA SBB PENJARAKAN SOSIAL PENTING

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. betul. kalau tak berjumpa dengan orang lagi bagus

      Delete
  3. ya sangat senang.. selamat berpuasa untuk 9 hari berbaki terakhir ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerna sudi baca... selamat berpuasa juga

      Delete
  4. Assalamualaikum.. Done follow #303. Saya setuju tu. Sekelip mana dunia seakan berdepan permodenanisasi. (betulke eja ni). SS tengok ramai pakcik makcik dah belajar cara-cara online. seronok tengok. Apa pun, terima kasih atas perkongsian ini. Happy blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerna sudi follow saya wahai en.semut. happy blogging juga untuk en.semut

      Delete
  5. Wahh alhamdulillah senang sikit. Lagipun musim musim covid ni memang seeloknya duduk rumah. Bagus ada online ni :D

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE