Dah Seminggu Hari Raya

in , by dorsett pink, May 31, 2020
Dah seminggu kita menyambut Syawal 1441H. Tahun ni kita beraya dalam norma baru, masa PKP. 

Jujurnya bagi aku, aku rasa tak best raya kali ni. Totally lain dari kebiasaan kita sambut raya. 

Tapi nak buat macam mana, ini yang terbaik untuk kita semua sekarang. Bukan kita nak pun, semua orang pun tak nak beraya macam ni. Tapi nak tak nak, semua terpaksa terima. Demi kebaikan semua pihak especially keluarga sendiri. 

Allah tak kan bagi apa yang kita nak, tapi Dia bagi apa yang kita perlukan. Apa yang kita nak, belum tentu tu yang terbaik untuk kita. Dan apa yang kita dapat/rasai, itulah yang terbaik untuk kita ketika itu. Sebab Allah itu Maha Mengetahui.

Aku harap tahun depan kita semua Umat Islam dapat kembali beraya macam biasa, seperti tahun-tahun sebelum ni. Harap sangat. Jangan berhenti berdoa ya gais. 




Kenapa aku kata raya tahun ni tak best ? :

1. Sebab dapat beraya hari pertama jer. Tak puas nak ziarah saudara-mara. Raya pertama jer tak cukup. Biasanya masa hari raya lah kita akan jumpa sanak-saudara yang dah lama kita tak jumpa.

2. Sebab tahun ni tak dapat ziarah kubur. KKm tak benarkan. So, raya tahun ni aku tak ziarah kubur my late MIL kat Kota Damansara.

3.  Raya kedua dah kena duduk rumah sendiri buat kerja-kerja rumah atau layan TV 😢.

4. Tak boleh gathering dengan family members yang lain 😢.

5. Anak-anak pun tak boleh keluar beraya. Bosan duduk rumah jer sejak 2 bulan lalu. 

6. Tak dapat main bunga api. 

7. Bila beraya tak dapat bersalaman macam biasa, tak dapat peluk cium macam biasa, kena jaga social distancing - sangat susah tu.

8. Raya tahun ni tak dapat ambik gambar keluarga beramai-ramai. 


Tapi, aku still bersyukur sebab masih dapat jumpa family members (belah en.hubby) masa raya pertama hari tu. Nasib baik duduk dekat Klang Valley jer, so dapatlah jumpa. Cuma aku tak dapat jumpa family aku kat  Kemaman , Terengganu.

So, aku faham macam mana rasanya tak dapat balik kampung bagi yang ada mak ayah kat kampung. Dah lah dah lama tak balik kampung, tetiba kena PKP pulak, pastu extend ke hari raya. huhu. Tabahkan hati.. Bersabar jer lah. Sama-sama kita berdoa agar virus Covid19 akan segera terhapus dari muka bumi ini. 

Dan aku bersyukur jugak sebab aku tak beraya di hospital dan tak menjadi pesakit Covid19. Alhamdulillah. Thanks Allah! Sebab bagi kami sekeluarga kesihatan yang baik.

Semoga kita semua dapat kembali menjalani kehidupan normal kelak.

SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Nanti kita akan kenang Raya 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kenangan terindah yang tak lupa sampai bila-bila

      Delete
  2. Betul kejap je rasa Raya kali ni.. semoga kita kemua dlindungi aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Pejam celik pejam celik dah seminggu rupanya hari raya 😁

      Delete
  3. new norm tapi insyallah x lama lagi ok la.. kita doa banyak2..
    sekejapp je da sminggu kan.. tapi masih dalam syawal.. Salam Aidilfitri =)

    ReplyDelete
  4. Ya raya tahun ni sangat berbeza
    Tapi demi keselamatan bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul demi deselamat semua,terpaksalah kita berkorban

      Delete
  5. Betul.. Memng tak best.. Tapi tu la kene hadap juga.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. nak buat macam mana,terpaksa hadap je lah. Tapi lebih baik dari kena beraya kat wad.

      Delete
  6. Aamiin. Kita teruskan berdoa.. moga ada sinar yang menanti. Take care !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu. Semoga covid19 cepatlah pergi. Kita dah hampir menang

      Delete
  7. Takpe tahun ni kita jadikan satu kenangan untuk kita. InsyaAllah lepas ni baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya DP. Saya pun setuju. Raya tahun ni tak best sebab tak dapat beraya rumah Saudara mara. Mujur rumah dan mil dekat je. Syukur alhamdulillah dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari hari kak ana. Maaf zahir dan batin

      Delete
  9. sy pon rs raya tahun ni xbest sgt.. huhu.. xdpt raya ngn adk bongsu.. krng meriah skit..

    lepas tu xde open house..
    kat tmpt keje pon xde buat majlis sambut hari raya..

    apa pon bersyukur dgn apa yg ada.. =')
    arap raya haji boleh meriah skit tahun ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan tak best kan. Huhu. Tapi terpaksalah hadap. Demi kebaikan semua orang

      Delete
  10. Oke jugak DP boleh jumpa FIL, kita ngn husband ngn anak2 je.. takpe yg penting bersyukur apa yg ada.. Selamat Hari Raya DP.. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIL saya oun dah tak ada. Selamaht hari hari fiza.maaf zahir batin

      Delete
  11. Norma baharu yang sangat mendidik diri kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mendidik kita kita smeua untuk lebih berdisplin

      Delete
  12. MOGA MASALAH INI SEGERA BERAKHIR N DAPAT BERAYA MCM DULU2 HUJAN RIBUT PUN ADA RENTINYA

    ReplyDelete
  13. Tahun ni hari raya duduk rumah diam-diam je. Tak berani nak ke mana-mana sangat.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE