Monday, May 04, 2020

Lovely Message From Braun Buffel

Sep..sepp.. sapu habuk skit..... Banyak betul habuk..

Sejak PKP ni, malas betul nak blogging.. Terus langsung ke laut masin mood blogging. huhu..

Ni gagagkan diri jugaklah update blog jap.. takut nanti terus jadi arwah pulak blog ni 😡. Taknak lah gitew, kita sayang blog ni....

**************************************

Sejak PKP ni, banyak business yang rugi.. Rugi tu pulak bukan sikit-sikit punya rugi, banyak wooo..

So, ramai business owner yang berfikiran kreatif mula shifting business diaorang buat benda lain. Kalau dulu PRADA terkenal dengan handbag cantik, skrang kilang PRADA pun dah tukar buat face mask. Kalau dulu ada usahawan buat business fashion, sekarang dah tukar buat business makanan.

Nak survived kan, terpaksalah. Percaya jer pada rezeki Allah, nanti Allah akan buka semula rezeki untuk kita. Janji badan sihat-walafiat, dah bersyukur dah tu. Kalau sakit, apapun tak boleh buat. huhu.

Baru-baru ni, aku dapat mesej whatsapp dari Braun Buffel. Tak pernah-pernah dapat whatsapp dari Braun Buffel, ni first time diaorang bagi text through whatsapp.



Aku dulu member Braun Buffel. Jadi member sebab boleh dapat diskaun kalau beli handbag dia. Banyak jugak diskaun yang diberi. 

Tapi sekarang, aku dah lama tak beli handbag BraunBuffel. memang dah lama giler lah tak jenguk butik tu. Dulu-dulu suka pergi Butik dia kat Pavillion. Teman Umie aku sebenarnya, dia suka shopping kat Pavillion. Sampai staff Braun Buffel Pavillion tu pun dah kenal aku. Agaknya sekarang staff situ dah berhenti kot. 

Sekarang aku dah tak pakai Braun Buffel. Dah beralih arah ke jenama lain. Saja tukar angin =)).

Handbag Braun Buffel best sebab original leather. Diaorang guna kulit kerbau (buffalo).


Ni antara handbag Braun Buffel yang terkini. Aku ambik gambar ni dari website diaorang, bukan aku punya handbag. hihi.


Lovely Message From Braun Buffel tu suruh aku pergi ke website diaorang untuk beli barang. hihi. Semua sekarang tegah struggle nak buat sale. Aku tengok jer lah, tapi takde nya la nak beli. 

Untuk smeua business owner, bersabarlah dengan Ujian yang kecil ini. Kecik jer ujian Allah bagi ni. Allah nak uji iman kita. Nak tengok kita boleh bersabar ke tak di saat-saat genting macam ni.

Bersabar, berdoa, tawakal dan serahkan segalanya pada Allah. InshaAllah akan ada pelangi nanti selepas hujan. Percaya jer dengan Rezeki Dia.. =))

#stayathome  #stopcovid19

6 comments:

  1. braun buffel? mahai brandnyaaaa

    ReplyDelete
  2. WOW CANTIKNYA HANDBAG BRAUM BUFEL

    ReplyDelete
  3. wow pengguna Braun Buffel ni dasyat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tak guna dah. Tukar ke jenama lain yang murah sikit. dah tak kerja ni, tak de bajet dah nak beli handbeg =((

      Delete