Pertama Kali Buat Biskut Semperit

in , by dorsett pink, May 08, 2020
Resipi Biskut Semperit Susu Yang Sangat-Sangat Senang dan Mudah |

Sebabkan Covid19, tahun ni kita beraya lain dari kebiasaan. Dah tak de ziarah-ziarah, kunjung-mengunjung, dah tak de angpau dan duit raya (kalau nak bagi pun, bagi kat anak sendiri jer lah). Jiran-jiran aku pun semua berbangsa Cina. So, confirm tahun ni raya duduk rumah jer, tak de solat raya, tak de main bunga api, tak de salam-salam (Salam keluarga sendiri jer). 

Sebabkan lain dari yang lain, so, raya tahun ni nak tak nak terpaksalah buat kuih raya sendiri. 

Siapa nak makan kalau buat pun?
Family sendiri jer lah makan =)). 

Aku try usha kuih raya online jugak. Ramai jugak yang jual. Tapi tak berani lah nak beli, tak berani sebab takut kuih hancur masa POS nanti =((. 

Kat mall atau supermarket for sure ada dijual. Tapi....... takpelah, kita cuba buat sendiri tahun ni. Kalau tak jadi, tahun depan kita kembali membeli  😆.

So, untuk julung-julung kalinya dalam sejarah hidup aku - inilah pertama kali aku buat Biskut Semperit Susu 😋😋😋😋😄. Resipi ni aku tiru kat Youtube.




Resipi Biskut Semperit Susu 

Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan butter
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu vanilla essence
- 3 cawan tepung jagung (Aku guna Cap Bintang).
- Sprinkle / Chocolate Rice -  for topping
- Option : Habatusauda


Cara Buat :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali tepung jagung. Pastu gaulkan sampai sebati guna spatula atau whisk (Takperlu guna mixer / blender). Jangan sampai berbuih sebab nanti takut biskut ni  terlajak kembang semasa bakar. 

P/S : Aku masukkan sedikit minyak habatusauda (setiap masakan aku, aku masukkan habatusauda - sebagai supplemen untuk anak-anak).

2. Lepas dah gaul semua bahan tu, masukkan tepung jagung.

3. Gaulkan tepung jagung dengan bahan-bahan awal tu guna Spatula. Jangan guna tangan dulu. 

4. Lepas dah jadi doh, then gaul doh tu guna tangan sampai doh tu kenyal.

5. Biarkan dalam 15 minit. Nak masuk dalam peti ais pun boleh.

6. Terapkan guna acuan semperit ke atas baking paper. Aku guna acuan dahlia pecah.

7. Panaskan oven sekejap. Bergantung pada oven masing-masing.

8. Bakar dalam oven - suhu 150 degree, 10 -13 minit. 

9. Siap!. Biarkan sejuk dulu, baru makan =)). 



OK la for first attempt. Rupa tak menjadi, sangat janji sedap. Kakak FL dan Leeya suka sangat. Sedap katanya. hihi. Cair kat mulut.

Ini pun sekejap jer habis ni. Hari ni dah habis. 

Bolehlah buat lagi lepas ni =)). 

Selamat mencuba =)). *kalau dah buat, share kat ruang komen k =)). Sahring is caring. 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Memang susah buat ni. Mudah pecah. Tapi ok la tu. Asalkan rasa sedap. Hehe

    Jemput join segmen ya..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. nampak sedap dan cair di mulut tu

    ReplyDelete
  3. Betul tu asalkan sedap dimakan hehe

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE