Sunday, June 21, 2020

Aktiviti Wajib DP Bila Bercuti Di Hotel

PKPP ni dah boleh pergi bercuti. 3 bulan tak travel kemana-mana. 3 bulan jugak tak melawat mana-mana hotel. Kesian kat business penghotelan. Ada yang dah tutup pun. So sad =((.

Aku bersimpati dengan pengusaha hotel. So, since PKPP , inilah masanya untuk aku bantu pengusaha -pengusaha hotel untuk kembali berniaga.

Jawabnya, weekend ni kami sekeluarga bercuti kat Janda Baik, Bentong, Pahang. Kali ni pilih percutian dalam hutan. Nak dekat dengan alam. Sebab 3 bulan asyik duk tengok bangunan-bangunan tinggi jer, dah lah berkurung jer dalam rumah , so rasa nak release tension (tension duk rumah), dengan nak dengar suara alam. 

Best resort ni, sebab ada sungai, sebab dalam hutan. Setiap masa dapat ddengar deruan air sungai, dapat tengok pokok-pokok durian dan macam-macam jenis pokok,dapat dengar kicauan burung dan seranga. Fuhh! Asyiknya. Nanti aku share pasal resort ni.

Bila setiap kali pergi hotel, antara salah satu aktiviti WAJIB yang aku wajib buat kat dalam bilik ialah - PAKAI MASK (Masker muka). 


Kalau kat rumah sendiri malas nak buat. Asyik terlupa jer nak pakai. Macam-macam alasan - duk sibuk buat itu ini,kejap-kejap anak nangis nak susu, kejap-kejap anak berak, kejap-kejap nak masaklah, nak lipat baju lah, macam-macam lah. Ini fask mask bawak sendiri dari rumah. Beli mur-mur je kat Watsons.

Tapi bila duduk kat hotel, badan pun nak relax-relax, fikiran pun tenang, so pastinya tak lupa nak manjakan diri =)). 

Sebab tu, business SPA kat hotel-hotel laku keras. Sebab mostly orang pergi hotel memang bertujuan nak rehatkan otak dan rehatkan badan.  

Selamat Bercuti! Hati-hati drive!

9 comments:

  1. selamat berholiday sis..
    bestnya dpt tenangkan fikiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. alhamdulillah dapat release tension sebab lama berkurung

      Delete
  2. seronoknya bercuti kat situ damai suasananya

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah damai suasana kat sana kak. best , dapat dekat dengan alam semulajadi

      Delete
  3. Rajinnya pakai mask waktu kat hotel

    ReplyDelete