Homeschooling - Jadual Belajar Kakak FL

in , by dorsett pink, June 16, 2020
Homeschooling - Jadual Belajar Kakak FL | Since MCO, everyone has to stay at home. Sekolah, tadika, taska semua tutup. Semuanya belajar kat rumah , via online dan offline.

It is not hard for us. Sebab sebelum PKP lagi, memang Kakak FL kena belajar setiap hari di rumah. Sekolah pun pergi, kat rumah pun kena belajar juga. Walaupun masih di bangku tadika, tapi kami suami isteri dah terapkan budaya belajar tu since anak-anak kecik lagi regardless their age. Because we believe learning is a lifetime process. 

Banyak benda yang Kakak FL belajar kat rumah masa sebelum PKP. Mommy dan abah dia yang ajar sendiri. Contoh macam belajar bahasa inggeris, dari langsung tak tahu membaca english, sekarang dah boleh baca buku cerita Peter and Jane dah. 

Baca kat sini, macam mana aku ajar kakak FL belajar english from scracth - 'HOMESCHOOLING - MENGAJAR KAKAK FL MEMBACA (BAHASA INGGERIS)' .


Bukan bahasa inggeris jer, matematik pun turut sama belajar dari rumah. Kat tadika , dia akan fokus pada subjek-subjek agama macam Jawi, Bahasa Arab, Fardu Ain dan Hafazan.

So, bile terjadinya PKP, tak ada masalah bagi kitaorang, just follow rutin sebelum ni. 

Kalau sebelum PKP, Kakak FL wajib buat latihan 1 subjek jer sehari. Dan latihan tu tak banyak pun kena buat, dalam 1 - 3 mukasurat jer, ikut pada mood dan kerajinan dia. Tapi, hari-hari memang wajib kena buat latihan. No excuses accepted. 

Bila dah menjadi rutin, dia OK jer, tak banyak alasan dan tak 'malas-malas', sampaikan dia sendiri yang akan ambik buku dan buat atihan sendiri tanpa disuruh. Sebab dah terbiasa dengan rutin macam tu. 

Kalau sebelum PKP cuma kena belajar 1 subjek sehari, tapi bila PKP ni, banyak subjek yang nak kena cover sehari. Sebab dah langsung tak pergi sekolah, dari pagi sampai malam duduk rumah jer, mestilah kena belajar banyak sikit dari kebiasaan. Kalau tak, duk asyik main + melukis + tengok TV jer. 

So, sehari Kakak FL kena buat latihan 3 subjek. Tapi tak sistematik. Hari ni buat math, esok pun buat math, lusa pun buat math, hari-hari buat math. Sebab dia suka math. Subjek lain? Ditinggalkan jer. Tak seimbang la jawabnya. 

Jadinya, sejak PKPB hari tu, en.suami suruh dia buat jadual belajar. Dan inilah hasilnya ↓.

 Of course with mommy's help 😊.


Sehari dia kena buat latihan untuk 3 subjek - pagi satu, petang satu, malam satu. Setiap satu tu, tak banyak pun dalam 1-3 mukasurat jer. Tapi selalunya, dia akan kumpulkan semua dan buat tiga-tiga serentak. 

So far, Alhamdulillah! dia ikut jadual ni. Kalau dia malas nak buat, dia akan didenda. Dendanya ialah tak boleh tengok TV langsung keesokkan harinya dan homework yang dia kena buat akan jadi double. Setakat ni tak pernah lagi dia kena denda. Susah dan penat macam mana pun dia tetap akan buat jugak, sebab tak sanggup nak hadap denda tu 😀.

Buku-buku yang dia guna untuk buat latihan ialah buku-buku dari Tadika (banyak ooo) dan jugak buku latihan yang kitaorang beli sendiri kat kedai.


Ini ialah sebahagian dari buku-buku tadika dia. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar, tak muat sebab banyak sangat bukunya. 

Andaikata, kalau tadika tak dibuka sampai hujung tahun, kitaorang OK jer. Kakak FL boleh belajar kat rumah. Dan dia sekarang dah OK duduk rumha hari-hari . Cuma, kadang-kadang dia kata rindu nak pergi sekolah sebab rindu nak jumpa kawan-kawan 😃 .

Parenting TIPS | Macam mana nak suruh anak-anak minat belajar?

Jawapan : 
- Biasakan anak-anak dengan buku-buku sejak diaornag kecik lagi, kalau boleh sejak dalam pantang atau habis pantang. (Masa anak fasa baby lagi, biasakan diaorang tengok 'flash card'. 

Boleh baca entri pasal Leeya kat sini - 'STIMULATING BABY'S COGNITIVE SKILL'.

- Biarkan buku-buku tu berada dalam 'kawasan jajahan' anak-anak - senang diambil dan senang dicapai. 

- Biarkan anak-anak bermain dengan buku-buku, macam jadikan buku tu 'keretapi' ker, atau apa-apa jer. 

- Dan mak ayah kena selalu bacakan buku-buku untuk anak-anak sebab anak-anak tak pandai baca lagi. 

- Bila anak-anak dah sukakan buku, automatik nanti diaorang akan minat nak belajar atau minat pada ilmu =)). 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.Pembelajaran tetap diteruskan walau di rumah.Tiada alasan kan .

    ReplyDelete
  2. Assalam, sis DP! Kite ziarah sini setelah sekian lama menghilang dari dunia blogging. Hahahahaha... Seronok tengok adik-adik yang rajin dan suka belajar ni. Bukan senang tau kalau tak disiplinkan dari awal, sebab budak-budak kan usia macamtu ingat nak seronok maaaaiinnnnnn aje. Hehe.. Boleh saya refer sini untuk ilmu parenting walaupun belum kahwin. Selalunya ambil tahu dari segi pemerhatian sekeliling aje. :)

    ReplyDelete
  3. memang mencabar juga buat ibu bapa kan sebab masa PKP nih nak kena bantu anak-anak belajar dekat rumah

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE