Macam Mana Aku Boleh Mula Blogging

in , by dorsett pink, June 27, 2020

Pen dan kertas telah menjadi sahabat sejatiku sejak dari bangku sekolah lagi. Segala nukilan hati kubisikkan di atas secebis kertas putih sebagai wardah kenangan abadiku kelak. Kemana saja ku melangkah, mereka setia menemaniku disisi. Aku gembira, aku bahagia tatkala coretan isi hatiku terluah di kanvas nipis ini. Bilamana aku bosan, aku menatap helaian demi helaian putih yang terpahat indah dengan tulisanku seolah-olah ia mampu berkata-bercerita dan mengimbau kenangan hari semalamku. Lantas, senyuman terukir dibibir ini tatkala menatapi coretan masa lalu.

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti tahun, masa berlalu semakin pantas. Tanpa kusedar, dunia telah berubah. Manusia manjadi semakin sibuk, berkejar-kejaran kesana-kemari. Manusia semakin hilang masa. Setiap saat yang berlalu bagaikan seperti hanya satu kerlipan mata. Siang berganti malam, malam berganti hari tanpa disedari. Waktu bergerak terlampau laju, lantas teknologi zaman moden telah mengambil tempat dihati manusia. Tiada lagi pen dan kertas sebagai peneman setia, segalanya diganti dengan papan kekunci. Lantas, nukilan hatiku kucoretkan di atas papan kekunci dan akhirnya terpapar di layar putih. Dengan kuasa internet, aku mengenali dunia blog. Melalui dunia maya, coretan hati ini kupahatkan di atas layar putih tersebut sekaligus ia mampu ditatapi oleh masyarakat dunia.

(Gambar sekadar hiasan 😊)

Aku mula menulis di blog sejak menyambung pengajian peringkat Sarjana 7 tahun yang lalu. Kerna minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan akademik, aku membuat keputusan untuk menyambung pengajianku ke peringkat PhD 3 tahun kemudian. Minatku dalam dunia blogging disuntik atas dasar ingin berkongsi.

Imam As-Syafie pernah meriwayatkan “Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat”. Lantas, keinginan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pengalamanku dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar, seorang isteri dan seorang ibu telah membakar semangatku untuk terus menulis dan menulis di alam maya. Lalu, laman www.dorsettpink.com telah kuciptakan untuk mengumpul cerita peribadi yang seterusnya akan menjadi tatapan buat diri ini dan pembaca yang lain. Aku menjadi semakin bersemangat untuk terus menulis dan menulis tatkala coretanku di dunia maya turut dibaca oleh penduduk dunia. Aku mendapat banyak maklumbalas positif yang dihantar melalui emel mahupun komen yang ditinggalkan di setiap artikel blog.


Sebelum laman www.dorsettpink.com diciptakan, aku terlebih dahulu wujudkan www.lavenderbackpacker.blogspot.com atas dasar ingin berkongsi pengalaman kembaraku. Pengalaman kali pertama mengembara secara solo merentasi 3 buah negara – Vietnam, Hongkong, China yang merentasi jalan darat dari Bandar Ho Chi Minh sehingga ke Hong Kong dan Beijing telah menyuntik semangatku untuk terus berkongsi dan aktif dalam dunia maya. Namun, dengan wujudnya Blog Dorsett Pink, perkongsianku tidak terbatas tentang kisah kembara sahaja, namun ku turut mencoretkan kisah kehidupan peribadiku sebagai seorang ibu, seorang pengembara dan sebagai seorang pelajar. Blog ini juga turut menjadi saksi pahit-manisku dalam perjalananku mengharungi kembara PhD.

*Bersambung.............

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Tahniah dapat menamatkan pengajian sehingga ke peringkat PHD.
    Wak SPM pun sangkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dengan bantuan Allah saya dapat habiskan.

      Delete
  2. moga terus berkarya sebagai blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALlah kak PI . Kat blog ni jugalah saya kenal Kak PI =))

      Delete
  3. Nanti-nanti blog ini boleh menjadi tatapan dan bacaan anak-anak juga.

    ReplyDelete
  4. terima kasih diana baca entri ni. inshaAllah akan diteruskan menulis blog ni selagi ada semangat.hihi

    ReplyDelete
  5. gudluck..teruskan bersemangat untuk menulis dlm blog

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE