PKP Dalam Sejarah Malaysia

in , by dorsett pink, June 09, 2020
PKP - Perintah Kawalan Pergerakan - Stay At Home. 

Tahun ni buat pertama kali dalam hidup rakyat Malaysia terpaksa berkurung dalam rumah kerana Arahan PKP disebabkan wabak virus Covid19. 



Tak pernah kita rasa terkurung macam ni. Mula-mula masal awal PKP 18 Mac 2020 hari tu, semua orang resah gelisah, sebab tak biasa terkurung kat rumah. Sekolah semua tutup. Offuce semua tutup, semua orang kena berkerja dari rumah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Nak beli makanan pun kena beli Online. 

Nak makan pun, semua kena makan kat rumah, dah tak boleh makan kat luar. Tak boleh keluar jogging kat taman rekreasi atau kat mana-mana. Kanak-kanak pun tetiba langsung tak boleh pergi playground. 

Tapi lepas 2 bulan PKP, kita semua dah boleh adapt dengan norma kehidupan baru ni - kehidupan di rumah. Sekarang ni nak keluar rumah pun dah malas. Nak pergi mall pun tak nak, sebab malas nak beratur panjang. 

Hari Raya pun berkurung dalam rumah - tak pernah terjadi dalam sejarah Orang Melayu kan? 



Semestinya, PKP ni akan dikenang buat selama-lamanya, akan tercatat dalam buku Sejarah sekolah nanti (kalau ada). Hari ni kita dah boleh menarik nafas lega bila mana PKPP diumumkan - Arahan PKP Pemulihan. Jumlah kes dah turun mendadak. Dan kita bakal bebas dari Covid19 tak lama nanti. Kita akan menang. Dah tak lama dah, sekejap je lagi. Teruskan follow SOP - Jaga jarak sosial, kerap basuh tangan dan pakai mask. 


Ini antara aktiviti Rakyat Malaysia masa PKP Tahun 2020. Kita semua akan ingat ni :

- Surau dan masjid ditutup. Semua orang kena solat kat rumah. Tiada Solat jemaah kat masjid masa PKP.

- Masa PKPB, solat jemaah kat masjid dan surau dah dibenarkan tapi cuma boleh 30 jemaah jer, itupun cuma AJK surau masjid jer. Solat jemaah kena berjarak 1 meter. 



- Waktu PKP, macam-macam resipi masakan baru dicuba. Saban hari, ramai yang share kat FB atau IG resipi masakan yang dimasak.

- Tetiba ramai pulak nak jadi Youtube termasuk kaum Atok dan Nenek. 

- Youtube Masakan menjadi famous. Tetiba orang semua kenal Youtuber baru - Sugu Pavithra. Youtube Sugu Pavithra wujud masa Musim PKP.   

- Masa PKP, wujud Group FB baru yang viral - Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? . Pengikut ada 2 juta dalam waktu yang singkat jer. 

- Semua kedai makan ditutup. Makanan hanya boleh ditapau dan tak dibenarkan makan kat kedai. 

- Semua taman rekreasi ditutup.

- Orang semua belajar untuk exercise / workout kat rumah sebab taman dan gym tutup.

- Jalan kat KL dan Lembah Klang lenggang giler. Dah tak jem macam sebelum-sebelum ni. 

- Sekolah Taska Tadika semua tutup. Cikgu-cikgu semua belajar untuk buat kelas Online. Dari langsung yang tak tahu guna Google Classroom, Zoom , Skype atau apa-apa jer apps, semua jadi tahu dan pandai.

- Anak-anak tak main kat playground.

- Tak ada pertandingan sukan, pertandingan nasyid, pertandingan ratu cantik dan sebagainya. 

- Anak-anak belajar melalui Online. 

- Mak Ayah  terpaksa beli handphone / tab/ laptop baru untuk anak-anak belajar.

- Mak Ayah terpaksa beli printer untuk anak-anak print homework kat rumah. 

- Baju PPE untuk frontliners pakai tak cukup. Masa tu semua pakat duk bantu jahit baju PPE untuk disumbangkan kat frontliners.



- Artis bergaduh dengan netizen masa awal-awal PKP.

- Tetiba pulak Dato Rizalman famous masa PKP ni.

- Semua fasiliti di Kondo dan Aprtment tak boleh guna termasuk swimming pool dan gym.

- Semua orang duk sibuk membeli dalam talian sebab kedai semua tutup sampai barang-barang yang dibeli lambat sampai sebab kakitangan Courier tak  cukup orang.

- Solat terawih kat rumah.

- Berbuka puasa kat rumah. Dah tak ada buffet ramadhan kat mana-mana termasuk kat hotel.

- Tak ada Bazar Ramadhan.

- Beli juadah berbuka puasa dalam talian jer. 

- Solat Sunat Aidilfitri kat rumah. Pertama kali baca khutbah aidilfitri sambil pegang 'tongkat-tongkat ajaib'.


- Hari Raya boleh sambut masa hari pertama jer dan tu pun kena pakai mask dan jaga jarak sosial.
- Hari Raya semua orang tak boleh balik kampung.

- Hari Raya tak ada Open House. 


Dan aku rasa banyak lagi benda-benda baru yang terjadi masa PKP ni. Cer korang listkan apa dia. Kita akan ingat PKP ni sampai bila-bila. Nanti bila dah tua, boleh lah cerita balik kat anak cucu =)). Macam Arwah Tok Wan aku dulu selalu duk cerita masa Tentera Jepun datang serbu rumah dia dan dia dan anak dara yang lain terpaksa menyorok kat dalam bumbung rumah, pastu cerita macam mana peristiwa 13 Mei sebab dia Tok Wan duduk kat Perkaampungan Cina, jiran tetangga semua orang Cina. 

PKP Dalam Sejarah Malaysia. Tahun 2020 - tahun penuh bermakna =)).
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Hari raya masa PKP ni lain dari yang lain. Tapi apa pun alhamdulillah semakin okay and jom kita teruskan patuhi SOP!

    ReplyDelete
  2. Tahun 2020 tahun paling bersejarah dalam hidup. Huhu

    ReplyDelete
  3. kan...semuanya terpahat dalam sejarah dunia. 2020 akan diingati selamanya !

    ReplyDelete
  4. 2020 dalam sejarah,

    Bukan kereta terbang tapi Covid19 yang bertebaran.

    Sadis sket la.

    ReplyDelete
  5. Banyak amalan norma baharu yang terpaksa terus kita hadapi

    ReplyDelete
  6. 2020 yg.kita nanti sejak kecil..allah sebaik2 perancang.

    ReplyDelete
  7. Memmag takkan dilupakan.. Sejarah dlm malaysia.. Eh bestnya dpt dgr tokwan cerita lasl jepun psl 13 mei..

    ReplyDelete
  8. PKP buat kita dekat dengan anak2 24jam sehari menghadap mereka bersama-sama suami... pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  9. Harap-harap dunia semakin pulih dan pulih sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  10. Semoga vrus ni terus lenyap dari Malaysia bahkan dunia. Aamin

    ReplyDelete
  11. Hikmah PKP kan sis...banyak benda kita buat. Jadikan kenangan

    ReplyDelete
  12. Berul. 2020 ni tahun bersejarah.first time tangkap gambo raya kat studio

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE