Hari ni 1 Julai 2020. Sekejap jer dah Bulan 7. Tak lama lagi habislah tahun 2020 ni. Dan hari ni juga 1st day tadika beroperasi semula, termasuklah tadika Kakak FL - Tadika PASTI.
Tapi aku memilih untuk tak hantar Kakak FL pergi tadika lagi. Aku masih tak bersedia nak hantar dia lagi. Dia pun tak bersedia nak pergi sekolah lagi, sebab dah terbiasa duduk kat rumah 3 bulan kan.
So, take times jugak untuk kami start new routine semula. Buat masa sekarang ni, kitaorang start bit by bit. Start sikit-sikit dulu, contohnya start pergi art class dulu.
Aku mintak tangguh pada pihak Tadika untuk Kakak FL datang 1 Ogos nanti, dan diaorang benarkan. In fact, ramai parents lain jugak yang tangguh kemasukkan anak sehingga 1 Ogos nanti. Dan bayaran yuran cuma kena bayar separuh jer, macam masa PKP hari tu.
Sejak dari last week lagi, Pihak PASTI dah bagitau kat parents (dalam group whatsapp) tentang SOP PASTI. So, parents tak perlu risau akan kehadiran anak-anak ke tadika.
INI SOP nya.
Salah satu SOPnya ialah :
- Tak boleh bawak beg sekolah unless kalau student tu ambik day-care, sebab nak kena bawak pakaian dan kelengkapan diri setiap hari. Cuma kena bawak pensil box jer.
- Pastu setiap murid kena bawak gelas/botol air sendiri. Gelas minuman tak disediakan di tadika.
- Dan jugak sesi persekolahan dibuat 2 sesi. Tadika buat 2 sesi sebab nak hadkan bilangan murid dalam 1 kelas. Sesi 1 - start jam 7.30 pagi - 11.30 pagi. Sesi 2 - start jam 12.00 - 3.30 petang. Sesi pagi dikhaskan untuk student yang ambik day-care, sebab parents nak pergi kerja. Kakak FL masuk Sesi 2 sebab dia tak ambik day care.
InshaAllah semuanya OK. Kita bagi kepercayaan penuh pada cikgu-cikgu dan anak-anak kita. Anak-anak kita OK sebenarnya, cumanya kena selalu bagi pesanan khidmat masyarakat.
Macam Kakak FL, dia tahu pasal penjarakkan sosial. So far, dia patuh la pada SOP kalau pergi mana-mana. Dia pun takut nak duduk/berdiri dekat-dekat dengan orang lain. Takut virus Covid19 katanya.
Pada anak-anak yang dah kembali ke tadika, Good Luck, jaga diri, stay safe dan jarak jarak sosial k. #kitajagakita .
semoga dipermudahkan urusan guru2 tadika.
ReplyDeleteJemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.
Giveaway by ejulz & mamapie
Ana pun masih tak hantar anak ke tadika. Masih belum bersedia sebenarnya. Tp belajar tetap wajib dekat rumah. Hehe
ReplyDeleteYG XDE MASALAH NK JAGA ANAK SENDIRI XPAYAHLAH HANTAR ANAK KE TASKA MASA NI..RISAU JUGA NK BIARKAN ANAK KECIL HADAP VIRUS HALUS YG BAHAYA NI..SBB XNAMPAK ADANYA
ReplyDeleteMoga semuanya baik-baik sahaja dan lancar juga.
ReplyDeleteSekolah pun mula beroperasi bulan ini.
ReplyDeleteHarap2 berjalan dengan baik.
Semoga anak-anak kita selamat hendaknya. Kita doakan yang Baik2 sahaja
ReplyDeleteInsyallah, cikgu mesti tau sop. Harap2 anak2 pun kene patuh arahan cikgu.. Mana yang suka belari sana sini baik tkayah hantr dulu, sebb kene duduk je dekat meja.. Harini fariza sekolah, nad hantr sebb nak baisakan dia dna percaya cikgu dengan sop yng diberi
ReplyDeleteSaya pun dah hantar anak saya, semoga semua baik2 aja
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan
ReplyDelete