Ini cerita dulu-dulu. Aku nak throwback balik. Aku tak pernah cerita pengalaman aku pergi Krabi sorang-sorang dulu.
Aku ke Krabi tahun 2012. Tahun 2012 tu kiranya tahun mengembara aku secara backpacking. Start dari awal tahun, sampai ke hujung tahun, aku gigih travel ke sana-sini. Aku nak rasa travel backpacking ni sepuas-puasnya sebelum aku kahwin. Sebab lepas kahwin, en.suami tak minat travel kaedah backpacking ni. Sebab penat katanya. Aku akur.
Aku ke Hatyai Krabi masa Disember 2012. Pergi sekejap je masa weekend.
Aku naik flight Air Asia ke Hatyai. Aku stay kat Hatyai semalaman. Mula-mula sampai Hatyai, macam biasa aku beli simkad dulu, sebab nanti senang nak call Malaysia. Masa tu tak de Whatsapp lagi.
Hatyai - Syurga makanan untuk kaki makan
Lepas tu, aku mencari pakej pengangkutan untuk ke Krabi keesokkan harinya. Terjumpalah pakej yang berkenan di hati. Harga berpatutan. Kena naik van 10 orang kot kalau tak silap, dan van tu terus ke Krabi. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi 4 jam.
Bandar Hatyai
Kat Hatyai ni ramai pelancong Malaysia.Sampai orang Thailand kat sana pun pandai cakap Melayu.
Ini hotel yang aku duduk kat Hatyai
Ini kat depan hotel
Kat sini boleh beli tiket untuk balik Malaysia dan ke Singapore
Inilah van yang aku naik dari Hatyai ke Krabi
Dalam van aku naik tu, mostly adalah traveler mat saleh.
Selepas 4 jam perjalanan, aku pun sampailah di Bandar Krabi. Aku stay kat guesthouse kat Bandar Krabi tu.
Ini 'stesen bas' Krabi
Bandar Krabi
Aku naik 'tuk-tuk' pergi Pantai Aonang. Perjalanan dari Bandar Krabi Ke Aonang ialah 30 minit.
Ni kat Aonang
Ni Pantai Aonang
Aku stay Krabi 2 hari 1 malam. Sebab aku tak cuti. So, pergi sana masa weekend. Lepas Krabi, aku ke Phuket naik van. Dari Phuket , aku balik KL naik flight Air Asia.
Bagi aku, itu adalah pengalaman yang sangat best. InshaAllah satu hari nanti aku akan ke sana lagi dengan anak-anak, tapi tak tahu lah bila 😂.
Terima kasih kerna baca sampai habis.
syoknyaaa dpt g krabi..
ReplyDeleteseronok travel ms bujang..
seronok sangat.. best dapat tengok pantai krabi yang sangat cantik. travel masa bujang best sebab kita bebas =))
DeleteBestnya, berani jalan sorang2 ek, teringin nak buat tapi masih belum ada kesempatan
ReplyDeleteudang dia besau2 sangat nampak sedap tu
ReplyDeleteseronok baca pengalaman orang pergi travel ni..
ReplyDeleteTak pernh lagi ke krabi semua.. Kita pun kalau travel nak kene ade member yang biasa travel
ReplyDeleteBEST , cuma lepas ni tak sure bila kita dapat p lagi isini. un kalau balik kg memang masuk sana.. sedih dah tak boleh nak jejak masuk,...takuttt la dengan Covid ini..apappun harap covid akan hapus dr Dunia ini selamanya. AMIN
ReplyDeleteSeronok nya dapat merasa backpaking zaman bujang. Akak tak tau la kenapa tak buat macam ni dulu. Mungkin faktor kejahilan tentang kewujudan backpaking ini. Juga persediaan bab ekonomi ( menabung ) untuk jalan-jalan tu tak ada. Now dah nak masuk 40 an. Terasa penat pulak anak backpacking. HAHAHAH~~~~
ReplyDeleteSeronok nya gi Krabi. Dulu sampai songkhla je
ReplyDelete