Hari Jumaat hari tu, pertama kali surau dan masjid di buka pada untuk kegunaan awam kat Negeri Selangor.
En.suami memang excited sangat nak pergi Solat Jumaat, setelah sekian lama tak solat Jumaat. Hampir 4 bulan kot kan? Sejak PKP 18 Mac hari tu.
Hari Jumaat hari tu lepas balik kerja dia cerita kat aku cabaran dia nak solat Jumaat hari tu.
Mula-mula, dia pergi ke Masjid As-Sobirin, kat Lembah Keramat. Person Incharge (PIC) yang jaga masjid tu tanya :
PIC : 'Encik dah daftar ke nak solat Jumaat hari ni?'.
En.Suami : 'Nak daftar kat mana?'
PIC : 'Daftar kat Apps encik'.
En.suami : 'Ohh! Tak daftar lagi. Saya daftar sekarang la'.
PIC : 'Maaf encik. Dah tak boleh encik. Kena daftar sehari sebelum. Kalau nak walk-in tak boleh encik. Dah penuh'.
Lalu en.suami pun drive kereta pergi cari masjid lain. ('Canggih sangat kena booking dulu guna apps', kata en.suami dalam hati).
Masjid As-Sobirin
Pastu dia sampai kat salah sebuah Surau kat Wangsa Maju. Lembah Keramat dengan Wangsa Maju tak jauh pun.
Sesampai jer surau tu, kat pagar surau terus PIC kata tak boleh masuk sebab dah penuh. Surau ni tak de pulak suruh buat booking, boleh terus walk-in katanya.
Pastu terpaksalah en.suami drive kereta lagi mencari masjid lain. Lalu sampailah dia kat Masjid Usamah Bin Zaid kat Wangsa Maju.
Kat Masjid Usamah Bin Zaid tu kereta semua kena parking kat luar perkarangan masjid. So memang berderet-deret la kereta kat tepi jalan besar. Sebab en.suami sampai last minute, jawabnya terpaksalah kena park kereta jauh-jauh dan menapak ke masjid. Jauh tu jauh sangat tau.
Sesampai jer kat depan pintu masuk masjid, PIC tanya - "ada bawak sejadah tak?". Jawapannya mestilah TAK. So tak dapat masuk. Actually dia ada kain pelikat, tapi ada kat dalam kereta.
Aku dah bagitau awal-awal kena bawak sejadah. Tapi en.suami kata dia tak nak guna sejadah sebab mostly kat surau dan masjid kat Malaysia ada karpet. Karpet masjid tebal pulak tu, confirm selesa kalau sujud atas karpet jer.
Tapi dah SOP Masjid Usamah tetapkan macam tu, jadi kita kena AKUR jer lah.
Masjid Usamah Bin Zaid
Pastu, terpaksalah en.suami menapak lagi pergi ke kereta.
Drive lagi cari masjid lain. Pastu terjumpa dengan Masjid Abu Ubaidah, kat Taman Sri Rampai. Nasib baiklah area sini masjid dekat-dekat jer, so senang nak drive. Lucky, dapat park dekat-dekat dengan gate Masjid ni.
Masuk jer dalam kawasan Masjid Abu Ubaidah ni, kena tulis nama dulu, pastu ambik temperature, PIC tanya ada bawak sejadah tak? Jawapan en.suami - 'saya tak bawak sejadah, tapi saya ada kain pelikat. PIC suruh pergi ambik kain pelikat. Dapat jer kain pelikat tu, terus en.suami dapat masuk dalam masjid dan bersolat.
Fuhh! mencabar betul nak bersolat Jumaat masa PKPP ni.
Takpe, lesson learnt. So, lepas ni sejadah memang tersedia dah dalam kereta dan dah install apps-apss yang masjid / surau guna 😊.
Kesimpulannya, setiap masjid berbeza SOP yang dipraktikkan 😊.
(P/S : Semua gambar dari Google Image)
Masa suami pergi semayang jumaat kita siap tanya " hensem2 ni dengan berkurta bagai nak pergi mana" dia jawab sembahyang jumaat lah. Hahaha lama tak nampak dia pergi sembahyang jumaat.kita pun jadi lupa. Salam kenal. done follow sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedapat juga bersembahyang jumaat akhirnya.
Alhamdulillah berjaya jugak. Masjid kat kat kampung saya macam tak ramai orang sangat. Pergi tak awal sangat pun masih sempat.
ReplyDeleteBgus pergi masjid ke masjid.. Akhirnya dapat juga solat
ReplyDeleteniat tersemat kuat di hati akhirnya berjaya tunaikan ibadahwajib Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul SOP masjid lain2.semua kena standby sendiri
ReplyDeleteFIL ai haritu beratur dari pukul 11.30.
ReplyDeleteProsedur sekarang memang ketat, demi keselamatan semua
ReplyDeletesetiap masjid mmg berbeza SOP, buat masa ini mmg kena akur lah kan.
ReplyDeleteSyukur.Akhirnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya dapat laksanakan solat Jumaat. Kaum lelaki dah resah benar lama tak bersolat Jumaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah bersungguh betul ..tahniah
ReplyDelete