Rumah DP Banjir

in , , by dorsett pink, July 27, 2020
Dah lama aku tak update blog. Sebab kabel laptop aku rosak. Semalam baru pergi ke Low-Yat beli kabel laptop baru. So, hari ni baru dapat update blog. Sebenarnya 18 Julai 2020 yang lalu, rumah aku kena banjir, ditenggalami air bah paras pinggang. huhu. Sedih sangat!. Dan kabel laptop aku rosak sebab tenggelam dalam air banjir 😞.

Aku pun tak sangka banjir tu. Sebab menurut kata jiran-jiran, sejak rumah di taman tu terbina dah lebih dari 20 tahun yang lalu, itulah pertama kali dalam sejarah, taman tu kena banjir. Taman ni terletak betul-betul sebelah Sungai Langat. So, kiranya limpahan air Sungai Langat tu lah yang tenggelamkan rumah kitaorang. Tapi rumah ni bukan atas rezab sungai. 

Takpelah, nak buat macam mana. Ini ialah dugaan kecil dari Allah. Aku yakin dan pasti lepas ni Allah nak bagi rezeki yang lebih baik. 


Ini gambar-gambar masa banjir hari tu. 

 Air naik paras pinggang.

 Banyak kereta yang tak sempat diselamatkan. So, jawabnya kereta-kereta tu semua mandi air banjir 😞


 Ini gambar-gambar selepas banjir, yang sebelum dicuci.


Aku update kat IG Story aku - @dorsett.pink. Kalau yang follow aku kat IG Story memang tahulah cerita pasal banjir ni. 

OK, ceritanya macam ni. Hari Sabtu 18 Julai 2020 tu aku plan nak ke Taman Botani Putrajaya jam 6 petang, nak bawak anak-anak beriadah kat situ. 

Tapi start jam 4 petang, hujan lebat sangat. Pastu pulak en.suami keluar tak balik-balik lagi.  So, aku cakap kat anak-anak, tak dapatlah kita pergi Putrajaya sebab hujan. 

Aku tak rasa apa-apa masa hujan tu, risau tak, takut pun tak, sebab sebelum ni kalau hujan lebat macam mana pun, rumah kami tak naik air. 

Pastu Jam 7.00 malam, start lah cerita Boboboi kat TV9. Kusyuk la anak-anak ni tengok TV sambil makan malam. Aku pulak duk best layan ais krim vanilla. Pastu, tetiba aku bukak langsir nak tengok kat luar, sambil duk tunggu en.suami balik. 

Masa tu aku tengok longkang dah penuh air. Ada 2 buah kereta kancil parking depan rumah aku. Aku tengok air dah macam nak tutup tayar kereta kancil tu. Masa tu Jam 7.30 malam. Tapi aku tak risau pape, sebab yakin tak banjir. Yakin nau kau!.

Pastu aku pergi ke dapur nak basuh cawan ais krim dan pinggan yang diaorang makan tadi. Masuk jer dapur, tengok air dah mula masuk ikut pintu belakang. Lepas dah basuh pinggan. Aku tutup TV, pastu bawak anak-anak naik ke atas, sambil bawak 2 biji beg laptop. Rumah aku rumah teres 2 tingkat. 

Elok jer aku sampai kat atas, letak anak-anak, terus rumah black-out. Aku pun bukak touch light. Naisb baik ada tourch-light kat atas. Aku bagi anak-anak aku pegang handphone (sebab ON flash light kat handphone). 

Pastu aku turun bawah sambil pegang tourch light. Aku nak angkat TV, tapi tak larat. So, aku biarkan jer. En.suami dah sampai rumah, dia terus pergi alihkan kereta aku. Aku pun tak jumpa dia lagi. 

Then, aku bawaklah barang-barang yang aku boleh bawak dengan tangan naik ke atas. Benda pertama yang aku bawak naik ialah dokumen-dokumen penting, photo album dan purse aku. Masa tu air kat paras lutut.

Lepas je letak semua tu kat atas, aku turun semula. Anak-anak tak menangis, diaorang cuma ketakutan. Masa aku turun tu air dah kat pinggang. Fuhh! Cepat giler. En.suami tak sampai-sampai lagi. TV aku biarkan jer atas kabinet TV. Memang tak larat. Aku nampak strollet dan set golf (en.suami punya), dah terapung. 

Aku solat Magrib dulu dan packing barang. Aku call BOMBA. Sebab aku takut air naik makin tinggi.  Lepas tu aku nampak en.suami angkat TV bawak naik atas. TV selamat, tak kena air. Alhamdulillah! Cuma decoder TV (ala-ala macam Myfreeview) dalam banjir. Tak dapat nak mencari sebab air warna kuning - warna teh-ais. 

 Ini barang-barang yang aku packing incase kalau kena pergi ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir.

 Kakak FL duk sibuk nak selamatkan toys dia ni. Sebab baru jer beli sehari sebelum tu.

 Gambar-gambar ni semua tenggelam dalam air. So, lepas tu, kitaorang jemur dan keringkan. Nasib baik OK dah semua gambar-gambar ni. Kalau tak, mahunya menangis, sebab kenangan ni semua. huhu. Soft copy banyak yang dah tak ada.  

Tapi inilah kenangan. First time seumur hidup aku kena macam ni, Dulu kat Kemaman pun pernah kena banjir, tapi air tak masuk dalam rumah. Masa aku kecik-kecik dulu, dibesarkan kat Rumah Arwah Tok Wan, pun sama jugak setiap tahun banjir, tapi air tak masuk rumah sebab rumah tradisional Terengganu tinggi-tinggi, sememangnya orang dulu-dulu design rumah tinggi-timggi macam tu sebab nak selamatkan dari banjir. 

Tapi apa nak buat, inilah dugaan. 

Kerugian tak banyak. Barang-barang elektrik semua selamat (kecuali hand mixer blender dan kabel laptop jer). Cuma barang makanan habis hancur. Kebetulan hari sebelum tu baru restock barang-barang basah kat rumah RM 100. huhu. Kereta kami OK. Alhamdulillah! Cuma masuk air lah. Tapi enjin semua OK boleh jalan macam biasa. BUKU-BUKU banyak yang rosak sebab rak buku kat aras bawah. Buku sekolah Kakak FL semua hancuss. 

Pastu kan, bulan lepas en.suami baru restock beli buku-buku baru sekotak. Buku-buku tu semua belum packing kat atas book shelves lagi. Al-maklumlah kitaorang kan book lover, so memang sejenis yang suka membeli buku. Disebabkan banyak sangat buku yang baru tu, aku biarkan je dulu dalam kotak. Take time kononnya nak kemas. Dan, the end, buku-buku tu semua habis hancur tenggelam dalam banjir. Errmr. Tak de rezeki. Takpelah, jawabnya lepas ni kena beli lagi buku baru. 

Air surut sepenuhnya Jam 3 pagi.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. musim hujan sekrg ni..semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Tak snagka kan air naik. Laras pinggang pula k tu

    ReplyDelete
  3. Allah.. Bila dah mula balckout tu mesti takut.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE