Inilah rupa rumah aku lepas banjir Hari Sabtu 18 Julai 2020 hari tu. Boleh baca entri sebelum ni - 'RUMAH DP BANJIR'.
Air start masuk rumah Jam 7.30 malam, dan surut sepenuhnya jam 3 pagi.
Ini ialah banjir kilat, akibat limpahan air Sungai Langat. Rumah aku betul-betul sebelah Sungai Langat, tapi bukan atas Rezab Sungai ok.
Kakak FL tolong cuci rumah lepas tu. Good Job Kakak.
Ini rak buku Kakak FL dan Leeya. Semua buku-buku belajar Kakak FL letak kat rak ni dan kahirnya hancur dibadai banjir. Tak de rezeki. So, terpaksa beli baru lepas ni.
Ini antara homework yang disiapkan masa PKP hari tu.
Homework Kakak FL yang selama ni duk pulun siapkan masa PKP, habis semuanya..
Ada yang tanya - 'tak sedar ke air naik?'.
Jawapan : Aku sedar air naik. Tapi air naik cepat sangat. Sangat-sangat cepat sampaikan aku tak sempat nak selamatkan semua barang. Mujur dapat selamatkan 2 biji kereta. Jiran-jiran aku ramai yang kereta terbengkalai dalam banjir. Kesian sangat.
Kalau korang kat tempat aku pun, korang pun tak sempat nak selamatkan barang-barang. OK lah, cuma buku-buku jer yang hancur. Barang elektrik semua OK.
Bab lumpur tu memang tak boleh buat apa-apa lah. Bila banjir, memang berlumpurlah rumah.
Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari kerana bagi sokongan sumbangan atas musibah banjir hari tu. Terharu sangat. Walaupun aku hanya blogger picisan, tapi blogger-blogger otai dalam KBBA tak lupakan aku. Terima kasih you all.
MASYAA ALLAH UJIAN ALLAH MMG PENAT NK BERSIHKAN TU..BANJIR KILAT NI MMG CEPAT XSEMPAT NK BUAT KAK MMG SELALU KENA TIAP KALI HUJAN BIMBANG JA NI CPT2 PINDAH BBRANG KE TEMPAT TINGGI SIKIT
ReplyDeleteAllahu tengok pun dah letih nak kemas.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan
Sedihnya bika terkena musibah macam ni.
ReplyDeleteHarap2 takkan berulang lagi
Hujan hari itu mmg lama sangat. Boleh kata semua sekysen bandar baru bangi dan kajang banjir kilat. Hope semua dalam okey ya kak.
ReplyDeleteAllah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. DP, semoga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah selepas bersabar di atas musibah banjir besar yang melanda.
ReplyDelete**pernah hadap banjir dekat rumah mak ayah sendiri dulu2 masa sekolah du akali banjir aras lengan naiknya. Kena pelan2 cuci semua barang...take care DP.
Kesiannya buku tu.. Sedih tengok.. Takpe. Ada hikmah semua ni. Pernh dulu rumah banjir.. Memang selamatkan apa yg patut
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan pembersihan ni. Letih nak bersihkan ni
ReplyDeleteYa Allah..berat mata memandang, berat lagi yang menghadapinya.
ReplyDeletePenat nak bersihkan sisa banjir ni. Moga ada rezeki lain lebih lagi lepas ni.
ReplyDelete