Kalau baca kisah-kisah rumah tangga, baik kat Facebook, kat Google atau kat Harian Metro, rata-rata kes bercerai ialah sebab masalah kecik-kecik jer. Kadang-kadang kalau kita baca /tengok, macam tak logik pulak sampai boleh bercerai-berai laki-bini.
Contoh macam kes sebab kain baju tak berlipat. Atau sebab encik suami tak terjumpa cari spender nak pakai. Atau sebab pinggan-mangkuk kat dapur tak terbasuh. Alahai.. Benda-benda remeh macam tu pun nak bercerai.
Tapi sebab apa boleh bercerai?? Sebab sebenarnya diaorang dah lama pendam perasaan. Mula-mula, bila tengok rumah kelam-kabut dengan baju tak berlipat, pinggan tak terbasuh boleh jer berdiam diri. Tapi bila dah lama sangat berdiam, lama-lama dia jadi sakit dalam hati. Dan sakit dalam hati tu lama-lama bertukar meletup kebaboom. Bila dah meletup, akhirnya bercerai.
Ye lah, mana tak tension nya. Semua benda si isteri kena buat. Makanan isteri yang masakkan. Kain baju isteri yang basuhkan. Mandikan anak isteri yang mandikan. Makan-minum anak isteri yang siapkan. Kain baju anak-anak isteri yang uruskan.
Rumah bersepah, isteri yang kemaskan. Kain baju dan segala pakaian dalam suami pun isteri yang uruskan. Even spender suami isteri yang kena basuh dan lipat. Kalau isteri terlupa nak lipat, mengagaulah suami kelam-kabut duk cari spender pagi-pagi sebelum pergi kerja. Tak pasal-pasal terlambat pulak pergi kerja hari tu.
Pendek kata, serba serbilah urusan kerja rumah dalam rumah tu isteri yang buat.
Suami buat apa? Suami tak buat apa-apa. Sebab suami pemalas!.
Dari awal mula berkahwin, sampai dah beranak-pinak , suami tetap macam tu. Dah berbuih mulut isteri beribu kali duk pesan , duk suruh suami tolong buat kerja-kerja kat dalam rumah. Tapi tetap jugak tak dibuatnya.
Kerana malas dah nak berleter, nak bercakap, si isteri ambik keputusan mendiamkan diri. Diam jer lah buat semua kerja rumah sorang-sorang. Dah malas nak bercakap, malas dah nak menyuruh, dah malas dah nak berpesan.
Tapi bila mendiamkan diri, lama-lama isteri yang terasa sakit. Sakit dalam hati. Sakit dihati tiada siap yang tahu, tiada siapa yang dengar. Last-last meletup. Meletup sebab dah lama sangat pendam. Pastu berlakulah penceraian.
So, wahai para isteri-isteri sekalian. Daripada korang duk pendam rasa rumah bersepah, sebab penat, sebab tak ada masa nak kemas, lebih baik korang happy-happy, chill-chill jer.
Dah tak payah pendam perasaan lagi. Apa kata korang wujudkan SATU SISTEM. SISTEM. Ye, SISTEM!
Sistem yang memastikan segala proses membersihkan rumah, mensusun atur barang-barang di dalam rumah adalah berada pada tempat yang sepatutnya.
Contohnya, macam spender ada dalam bekasnya sendiri, mop dan penyapu sampah ada tersusun kemas kat tempat dia, tali leher suami dah siap tersusun dalam bekasnya, termasuklah spender suami. Dah tak payah lagi suami duk memekak pagi-pagi nak cari spender tak jumpa.
So, setiap isteri sebenarnya sangat memerlukan SISTEM menyusun atur barang-barang keperluan dalam rumah. Pendek kata ialah SISTEM YANG EFEKTIF. Efektif dari segi masa dan ruang. Idea untuk mewujudkan sistem menyusun atur rumah ni boleh tengok kat LuvSusun - https://www.facebook.com/luvsusun .
LuvSusun ada sediakan idea untuk setiap isi rumah mengatur rumah mereka, dan secara langsung LuvSusun membantu anda mengatur ruang anda, termasuk bahagian dapur, tandas, bilik tidur, bilik mainan anak-anak, bilik pakaian, bilik solat, bilik belajar, setor, dan banyak lagi ruang- ruang lain di dalam rumah.
(Sumber Imej - Pinterest)
(Sumber Imej - Pinterest)
Bila rumah kita kemas dan tersusun indah, semua orang dalam rumah tu akan rasa happy terutamanya IBU RUMAH TANGGA - iaitu Sang Isteri. Bila isteri gembira, bila isteri tenang, seisi rumah akan turut sama gembira kan?. Bila semua penghuni rumah gembira, InshaAllah rumahtangga tu akan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa dan akhirnya akan membentuk Keluarga Sakinah. Masyarakat yang sihat dan sejahtera bermula dari rumah.
Jom LIKE dan Follow FB Page LuvSusun - https://www.facebook.com/luvsusun .
Kongsi penat lelah.Kongsi perasaan.Kongsi tanggungjawab.Itulah suami isteri.
ReplyDeletePerkahwinan adalah teamwork kan. Dan yes, rumah yang bersih tak bersepah sangat, sangat menenangkan <3
ReplyDeleteKalau laki pemalas tapi duit juta2 takpe juga
ReplyDeleteBoleh pasang maid 10 orang
Sama-sama membantu barulah adil..pasti bahagia menyusul.
ReplyDeleteNampak menarik LuvSusun tu..nak pi usha FB la..
RUMAH BERSELERAK XTAU MANA NK LETAK MATA..KEPALA JADI SERABUT N STRES
ReplyDeletesebab tu kena bahagikan tugas siap2 heheheh...
ReplyDeleteKadang dah susun atur pon diselerakkan balik 🤣🤣 penat dah bebel. Pompuan kan complicated susunannya. Jgn salah alih hehe
ReplyDeleteAda satu hal dia letak tempat lain then tak jumpa then kita juga yang kene cari
ReplyDeleteDah kahwin semuanya dah kena berkongsi termasuklah kerja rumah.
ReplyDeleteKena sama sama tolak ansur. Sama sama cari rezeki
ReplyDelete