Ini kisah pengambaraan aku dulu-dulu, masa tahun 2012. Aku ke China seorang diri (solo traveler) secara backpacking. Aku pernah share cerita ni kat Blog lama dan aku pasti ramai readers aku kat blog sekarang yang masih tak baca lagi kisah travelog aku kat China ni.
So, inilah cerita kembara aku dari Nanning ke Guangzhou sorang-sorang.
So, inilah cerita kembara aku dari Nanning ke Guangzhou sorang-sorang.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Hari pertama di negara China, buatkan aku rasa sangat teruja.. Dah lama aku pasang impian nak menjejakkan kaki ke China, hari ni baru dapat. Alhamdulillah. Aku memang sangat teruja dengan negara ni sebab masa kecik2 dulu, cikgu skolah rendah aku selalu cakap yang Dinosur tak de di malaysia sebab malaysia kecik jer, Dinosur ade kat China sebab China besar, so thats why aku nak sangat tengok negara China.
Keluar je dari gate train station Nanning aku terkejut sangat sebab tengok lautan manusia di sana sini. Wow! Dlm hati berbisik, ”memang betul la China ni overpopulated”. Perkara pertama yang aku rasa sangat sukar adalah ”MASALAH BAHASA”. Orang kat sini semua tak pandai berbhasa Inggeris, mereka hanya cakap Mandarin. Nasib baik la ade Diao Li (Chinese solo traveller yang aku jumpa kat Hanoi train station). Die la yang jadi juru bahasa aku. Firstly, die tolong aku carikan tiket train untuk ke Guangzhou malam tu gak.
inilah pintu utama stesen keretapi ni |
So sad, sebab CNY, tiket train ke Guangzhou habis. Ye lah, last minute kan. Baru kat sini aku tahu, yang rupanya kalau nak book tiket online pun boleh, pergi ke laman web www.12306.cn . Laman web ni bahasa cina, so org yang tahu baca tulisan cina je la boleh book tiket.
ini information counter kat stesen keretapi ni. Dieorang kat sini tak tahu bahasa Inggeris tau, so cakap bahasa isyarat je la |
bahagian luar stesen keretapi ni |
Ok, back to original story, kalau nak beli tiket train kat stesen keretapi Nanning ni, pergi je ke sebelah kanan stesen, kat situ ade kaunter tiket, so leh la beli kat situ. Perjalanan naik keretapi dari Nannning ke Guangzhou ambik masa paling cepat pun 23 jam.. Harge tiket train untuk hard sleeper dalam lingkungan RMB 395 (low berth) / RMB 409 (middle berth) / RMB 423 (upper berth).
p/s : kalau tak tahu berbahasa mandarin, tulis atas kertas, destinasi kita (dlm tulisan mandarin siap2 & tuliskan kod train yang dikehendaki – kod train depends pada masa perjalanan train tu, leh check kat laman web ni www.mybeijingchina.com).
Memandangkan tiket train ke Guangzhou dah habis, aku pun guna Plan B iaitu ambik bus express. Bus express dari Nanning ke Guangzhou makan masa 10 jam & tiket bas kene beli kat Stesen bas Nanning, dalam 10 minit naik kerete dari stesen keretapi ni. So, kami pun bergerak menuju ke stesen bas Nanning, kene naik bus Bandar la nak ke stesen bas tu. Diao Li tak biasa ngan Nanning, die pun first time datang sini, so die tanya orang kat situ la mcm mana nak naik bas ke Stesen Bas Nanning atau dikenali sebagai Langdong Bus Station.
So, kami naik bas No.701 dengan harga 2 yuan seorang, tunggu bas ni kat depan stesen keretapi ni (cross road, then ade tempat tunggu bas. Kat sini tak ade bus stop, bus stop nya hanyalah sign board kat tepi jalan tu jer, so penumpang yang nak naik bas, akan beratur kat sign board tu. Tengok orang beratur panjang, ye la tu bus stop.
inilah rupa bus stop depan Stesen Bas Langdong |
bas No.701. Bayar dulu sebelum naik. RMB 2/pax |
dalam bas |
Semua bas kat sini, last stop ialah Stesen Bas ni.. So senang la nak naik bas kat sini. Dari atas bas, aku terkejut giler tengok stesen bas Nanning ni. Ya Allah! Besar gilerr, lebih besar dari KL Sentral.. Lebih besar dari airport Subang.. huh! & dalam besar-besar gitu pun, punya la penuh ngan lautan manusia. Bayangkan, aku nak berjalan pun tak boleh, kiri kanan bersentuh bahu orang lain.. Jalan tengok depan hanya nampak kepala orang, so kene jalan tengok bawah jer la.. Aku & Diao Li berpegang tangan takut kami terputus, nanti susah lak nak cari sebab dah ramai sangat orang macam masuk stadium tengok Final Bolasepak Liga Malaysia.
permandangan Stesen Bas Langdong dari luar |
boleh tak bayangkan apa jenis bau yang aku bau.hehe |
ini semua kaunter tiket bas ekspress. Setiap kaunter ade destinasi masing-masing. So, pastikan anda beratur di barisan yang betul. |
Nak beli tiket bas ekspress, kene jalan kaki naik escalator ke tingkat atas. Beli tiket bas ke Guangzhou, pergi ke kaunter No.9, terletak kat sebelah kanan stesen ni. Nasib baik la tiket ade. Alhamdulillah. Harga tiket adalah 300 yuan, sleeper bus, & perjalanan naik bas dari Nanning ke Guangzhou adalah 10 jam. Bas akan bergerak jam 8 malam kat gate 27. So, aku tinggalkan luggage aku kat tempat simpan luggage kat sini yang terletak di depan gate No.28.. Harga simpan luggage ni 8 yuan..
kaunter no.9 - no.11 adalah kaunter tiket ke Guangzhou.. |
tiket bas (sleeping bas ke Guangzhou) |
kaunter tempat simpan luggage, depan gate no.28 |
tempat simpan luggage |
ini die gate no.27 yang aku kene tunggu untuk naik bas ke Guangzhou |
Sementara nak tunggu bas jam 8 malam tu, ade lagi berbaki 5 jam. So, aku decide nak pi masjid kat Nanning. Masjid di Nanning terletak kat Xinhua Road. Masa ni perut kami lapar giler so Diao Li singgah makan jap kat KFC kat bawah stesen bas ni. Aku tak makan, just tengok die makan jer.. Aku nak makan kat masjid nanti.
Untuk ke Xinhua Road dari Stesen Bas Langdong, kami kene naik bas bandar bernombor 87. Nak tunggu bas No.87 ni, dari restoren KFC tadi, belok kanan, jalan lurus, then lintas jalan & kemudian tunggulah bas no.87 di situ.
Perjalanan menuju ke Xinhua Road ambik masa selama 50 minit. Lama kan sebab Xinhua Road ni jauh sikit dari stesen bas tadi. Macam mana nak tahu kita dah benti di Xinhua Road? Senang jer, last stop bas No.87 ni benti di Xinhua Road dan semua orang dalam bas akan turun. Xinhua Road dikenali sebagai tempat orang-orang Muslim dimana ramai penduduk China dari etnik Hui yang beragama Islam tinggal disekitar masjid ni. So, nampak la orang Cina Muslim yang pakai kopiah. Tetapi mereka yang memakai kopiah tidak seramai seperti yang dapat di lihat di Guangzhou, sekali sekala leh la terjumpa.. Masjid kat sini tak macam rupa masjid, macam bangunan biasa-biasa jer, so, masyarakat disini tak tahu sangat lah kat mana masjid. Kalau tanya ngan orang Cina yang beragama Islam disitu, dieorang tahu la..
ini dia bas No.87 |
dalam bas |
Xinhua Lu ~ Dalam bahasa Mandarin "Road" disebut sebagai "Lu" |
Sejurus turun dari bas No.87, terus berjalan ke arah kanan, kemudian belok kiri kat simpang, berjalan lagi dalam 100 meter. Kemudian, cross junction, then belok kanan. Just walk straight for about 1 km & u will pass Nanning Department Store. Carilah bangunan besar warna hijau No.25 disebelah kiri. Itulah masjid & juga Muslim Restaurant.
Masjid Nanning |
pintu utama bangunan masjid ni. Masuk je pintu ni, akan nampak restoren, ala-ala food court gitu |
gambar kenangan depan Masjid Nanning =)) |
Masjid Nanning. Gambar dari sumber ini |
Something about Majid Nannning :
- Masjid Nanning adalah satu-satunya masjid yang terdapat di Ibu Kota Nanning, iaitu Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dimana ia adalah antara daerah terawal yang menerima kedatangan Islam ke Negara China.
- Bangunan ini diuruskan oleh Nanning ISlamic Association
Tingkat 1 : Restoren Muslim yang menjual makanan berasaskan mee sahaja.
Tingkat 2 : Restoren Muslim yang menjual makanan berasaskan nasi. (sekali ngan lauk-lauknya lah, tak delah makan nasi jer, nanti tercekik lak)
Tingkat 3 : Tempat ambik wuduk
Tingkat 4 : Ruang solat atau dikenali sebagai masjid =)).. Masjid ni penuh tau bila solat Jumaat.
dewan solat utama |
orang pompuan sembahyang kat atas. kat sini tak de telekung, so, kene bawak telekung sendiri |
salah satu corner dalam masjid ni |
Sampai ajer disini, aku makan dulu sebab perut dah lapar giler, pas makan aku solat sementara Diao Li tunggu kat restoren. Masa nak order makanan tu, Ya Rabbi, punya lah payah sebab masalah komunikasi. Macam cakap bahasa ayam-itik, mujur ade Diao Li, tolong translate kan. And Diao Li pun ajar gak aku sikit bahasa Mandarin sebab katanya nanti susah untuk aku memandangkan die tak boleh teman aku untuk travel ke wilayah lain lagi..
restoren tingkat 1 yang jual makanan berasaskan noodle/mee |
restoren tingkat 2 yang menjual makanan berasaskan nasi |
ini dia makanan tengahari yang aku makan. nasi ngan ayam masak sos tiram & green tea. Harga makanan aku ni 40 yuan (RM20) |
Perkataan pertama yang aku belajar dari die ialah “Bi Fan” iaitu “nasi”.. hehehhe... seronok tau bila dah belajar ni..
Sementara aku gi solat zuhur & asar kat masjid, Diao Li duk call kawan die di Beijing, die mintak tolong kawan die teman aku di Beijing nanti & tolong belikan aku tiket train ke Harbin (tak sabar nak ke Harbin, nak tengok Kota Ais =)). Takut nanti, bile aku sampai di Beijing, tiket train ke Harbin dah habis..
Pas solat, kiteorang jalan-jalan kat Xinhua Road ni. Xinhua Road ni kiranya tempat happening gak la kat Bandar Nanning ni. Lebih kurang macam Bukit Bintang. Xinhua Road lebih dikenali sebagai pusat membeli belah kota Nanning. Besttt wooo... First time aku “bershopping” di China yang mana kiri kanan aku dipenuhi oleh lautan manusia. Sememangnya aku tak shopping la, just tengok2 jer. Kebetulan lak, hari tu ade pasar malam kat Xinhua Road ni, keseronokan yang berganda la lagi.. hehe..
inilah rupa Xinhua Road - syurga membeli-belah |
McD di Xinhua Road |
happening kan |
Too crowded with the people around. Aku banyak masuk butik kasut, saja jer menjamu mata. Aku ni macam alien kat situ, orang duk selalu tengok sebabnya mungkin sebab aku pakai skaf/tudung.. Lain dari yang lain la..Rata-rata penjual kat sini cakap, ramai orang Malaysia datang ke Nanning. Dan dieorang cakap Mandarin ngan aku sebab kata mereka biasanya orang Malaysia yang datang ke sini tahu berbahasa Mandarin.. hahahha, aku gelak jer la.. Mesti yang datang shopping tu, orang Cina dari Malaysia.. Aku senyum jer la, sebab aku memang tak pandai cakap cina.. Ketika ini, aku rasa untungla orang di Malaysia ni yang tahu berbahasa Mandarin. Great advantage belajar banyak bahasa ni =)
pasar malam kat sini ade jual macam-macam bende. Pasar malam kat sini dijual atas motor rupa gini jer |
Bila masuk magrib, aku ke masjid semula untuk solat magrib & Diao Li sekali lagi tunggu aku kat restoren. Alangkah sayunya hati aku bile terdengar suara azan diperdengarkan di rantau asing ini.. Dah lama aku tak dengar bunyik azan...Di Vietnam, langsung tak dengar la..
Pas solat, kami terus bergerak keluar. Aku kene naik bas untuk ke Stesen Bas Langdong & Diao Li kene naik bas untuk ke Airport Nanning memandangkan die dah beli flight balik ke Chengdu dari Nanning awal-awal lagi. Diao Li hantar aku ke bus stop. Aku naik bus NO.6 dengan harga 2 yuan. Sementara Diao Li pulak kene tunggu shuttle bus kat Chaoyang Road. Harga tiket bas untuk ke airport Nanning adalah 17 yuan seorang.
ini die aku sketch map untuk bergerak ke bus stop, nak tunggu bas untuk ke stesen bas Langdong |
ini pulak map untuk berjalan kaki ke Chaoyang Road, untuk naik shuttle bas ke airport |
bus stop untuk tunggu bas no.6 |
ini bas no.6 |
ini rupa stesen bas Langdong, ruang bagi perkhidmatan bas dalam bandar |
Naik jer bas, sayu sangat hati aku sebab aku berjumpa ngan seorang orang asing yang sangat baik hati & banyak tolong aku walhal kami baru je kenal semalaman. Macam dah lama giler aku kenal die.. Well, aku bersyukur sebab semua ini datang dari Allah swt Yang Maha Penyayang, Dia yang Menjumpakan kami berdua.
Itulah erti sebuah persahabatan =)) Thank you so much for her, Diao Li.. Moga aku akan jumpa dia lagi ketika lawatan seterusnya ke negara China nanti. May Allah permits it =)
me & Diao Li =)) |
ini die rupa dalam bas. sleeping bas di Vietnam sama je rupa macam gini gak.masuk je bas ni, kene bukak kasut & simpan dalam plastik yang dibekalkan, pastu naik tangga & cari katil |
tempat tidur bahagian bawah dalam Bas Ekspress ke Guangzhou. bantal & selimut telah disediakan |
tempat tidur bahagian atas. orang tidur bawah leh tengok orang atas & vice-versa. riupanya macam katil double-decker la |
Can't wait for the next episode. Please rajinkan diri DP :)
ReplyDeletehihi... InshaAllah, doakan DP rajin ye Hazel. hihi. btw, thank you so much for reading =))
Deletejauhnya berjalan
ReplyDeletejauh perjalanan, luas permandangan wak =))
DeleteSERONOK TRAVEL KE CHINA N BANYAK CBRANNYA
ReplyDelete