Monday, August 31, 2020

Baru Beli Tripod Untuk Letak Handphone

[TIPS Nak Buat Facebook LIVE dan Konsisten Update Blog]


Aku sekarang ni dah rajin buat LIVE. 

Mula-mula buat Live terketar-ketar mulut, tangan, lutut, urat sendi semua, tapi belasah jer lah , teruskan jer bercakap sorang-sorang dengan kamera. OK lah masa tu sebab langsung tak ada orang tengok 😂. Terketar-ketar pun ko sorang yang nampak diri ko sendiri, jadi lantak pi lah dengan segala "getaran" tu semua  😂😂.

Bila masuk hari ke-2 buat LIVE dah OK. Dah lancar dan dah kurang "getaran" tu, tapi masih ada berbaki sikit-sikit. Hari ke-3 makin OK. Masuk hari ke-4 dah rasa seronok buat LIVE. Pastu rasa hari-hari jer nak buat. Bila miss live 1 hari, rasa macam ada missing something 😂. Tapi bila stop buat live sekejap, nak start buat semula, fuhh! bercinta!. Susah giler nak dapatkan 'semangat' tu. 

Sama sebijik macam tulis BLOG. Bila dah lama kita tak tulis blog, kita akan rasa makin malas dan makin 'jauh' dengan blog kita. So, sebab tu, bila nak dapatkan mood update blog semula ialah dengan cara selalu blog-walking ke blog-blog orang lain. Bacalah sebanyak mungkin update blog orang lain, dan dari situ InshaAllah kita akan dapat balik mood nak update blog kita. 

So, sama dengan apa yang aku buat kat LIVE. Bila semangat nak Live tu dah hilang, aku akan tengok banyak-banyak live/video orang lain. Biasanya aku akan tengok video kat Youtube - channel youtube kegemaran aku. Antara Youtuber kegemaran aku ialah - Marina Mogilko. Chanel Youtube dia ialah Silicon Valley Girl.

Aku dah lama subscribe Silicon Valley Girl tu. Aku rasa sejak dia mula buat Chanel 'Silicon Valley Girl' ni 2 tahun lepas. First video dia ialah dia drive kereta Lamborghini Huracan. 



Aku suka tengok dia sebab dia entrepreneur muda yang berjaya dan punya cita-cita yang besar untuk menjadi usahawan berjaya. Dia muda lagi, mungkin umur dia baru masuk 30 tahun kot. Dia start business masa dia tengah belajar kat Universiti buat Degree. 

Aku banyak belajar tentang entreprenurship dari dia. Dan dia pada mulanya seorang yang tak pandai bebahasa Inggeris, sebab first language dia ialah Russian, dia orang Rusia dan sekrang dah migrate pindah ke U.S sebab sambung belajar buat Master. Aku pun banyak belajar english dari dia. Dia buat business yang berkaitan dengan English Language. So, aku selalu tengok dia dan lama-lama aku ter-inspired untuk bercakap dengan kamera macam dia. 

Mula aku nak start buat Live, en.suami lah orang yang sangat sokong dan bagi aku kata-kata semangat - 'InshaAllah you boleh buat'. 

Masa mula-mula tu, aku buat live guna kamera handphone letak atas meja study, pastu sandarkan handphone tu dengan buku atau bekas susu Leeya, sebab biasanya aku buat Live kat meja study. 

Bila nak buat Live kat tempat lain atau nak buat kat outdoor, tak boleh buat sebab tak ada tripod/stand. 

Pastu aku mintak dengan en.suami tolong belikan aku tripod untuk handphone. 


Alhamdulillah, en.suami belikan tripod ni kat Lazada. Tripod ni boleh guna 1 handphone jer. 

Aku suka sangat. Tapi lama-lama aku found out, kalau nak buat Live kat 2 platform - Instagram dan Facebook, kena guna 2 handphone. Aku tak pandai guna Apps, so terpaksalah guna 2 device. 


Pastu aku belikan yang ini kat Low Yat Plaza, masa beli charger laptop hari tu. Harga ni RM 30 jer. 

Bila cantum dua-dua , jadilah macam ni 😊.


Hari-hari aku buat live. En.suami pun happy tengok aku ada 'hobi baru'. Sebab itu menandakan aku dah makin rajin 😂😂. 


Bila ada orang tengok / view live aku dan bagi komen-komen positif, aku akan mesej en.suami dahn share kat dia. Pastu dia akan reply "TAHNIAH". hahahha. Walaupun hanya ucapan simple, tapi ia cukup buatkan aku happy dan bersemangat untuk buat lagi dan lagi 😊. Thank you so much my beloved husband for all your support!


Bila ditinggikan, tripod ni boleh jadi tinggi macam ni. Tripod ni boleh attach 'lampu' jugak. 



Dekat Low-Yat hari tu, en.suami belikan ini jugak untuk kereta. Dia beli 2 - 1 untuk dia sendiri dan 1 lagi untuk aku. Bila ada benda ni, senang sikit nak tengok video-video kat dalam phone masa tengah drive. 


Sebelum beli yang ini, kitaorang pakai yang ni ↓ dulu, untuk letak handphone dalam kereta.

Yang ini beli RM 3 jer. Beli ni tapi langsung tak pernah pakai dan tak boleh pakai. Rugi RM 3 😂.


Tripod tu aku bawak pergi mana-mana sekarang. Bila pergi hotel pun aku bawak tripod ni. Sangat - sangat berguna - boleh ambik gambar =)).

Saturday, August 29, 2020

Sambutan Hari Merdeka di Tadika

Hari Isnin nanti kita semua bakal sambut Hari Merdeka. 

So, semalam hari Jumaat , Tadika Kakak FL celebrate Hari Merdeka kat tadika dia. 


Baju tu en.suami yang belikan kat Aeob Big Wangsa Maju. Baju dan tudung kedai lain-lain 😊.

Masa tadika la nak merasa pakai baju 'tema-tema' ni, nanti bila dah masuk sekolah rendah dah susah nak merasa 'keseronokan' macam ni. 

Excited betul dia pergi sekolah semalam. Awal bangun, seawal jam 6 pagi 😊. 

Semoga semangat Patriotik ni kekal di jiwa Kakak FL untuk selamanya.

Mommy dulu-dulu (even sampai sekarang), suka celebrate Hari Merdeka ni. Last year awal pagi pergi Putrajaya nak tengok perbarisan Hari kebangsaan. 

Walau kemana pun kita pergi, Malaysiaku Tercinta tetap di hati. Sebab tu sampai sekarang menetap di Malaysia, tak migrate ke mana-mana 😊, sebab sayang sangat dengan Bumi Malaysia. 

So, selamat hari minggu you all. Weekend panjang ni, happy holiday everyone 😊.

Tuesday, August 25, 2020

Homestay Yang Sangat Selesa Di Tanah Rata, Cameron Highland

Homestay Yang Sangat Selesa Di Tanah Rata, Cameron Highland

Ini ialah salah satu homestay yang sangat selesa dan cantik di Cameron Highland. Terletak di Tanah Rata, apartmen 3 bilik dan 2 bilik air ni boleh muat 12 orang pada satu-satu masa. 

Kalau korang nak bercuti kat Cameron Highland, korang boleh lah stay kat homestay ni. Apartmen ni terletak kat Quintet Cameron Highland. Nama himestay ni ialah ZS Homestay.



Apartmen ni dalam guraded community. So, InshaAllah kereta korang selamat dalam kawasan ni. 

Homestay ni terletak kat Blok 3A



Ada kitchenette. Ada kettle, ada rice cooker , ada electric stove dan ada fridge. So, kalau nak masak nasi dan masak yang simple bolehlah.

Apartmen ni dekat dengan kedai makan. Banyak restoren kat area dekat-dekat situ. So, senang nak cari makan. Even laundry layan diri pun ada, senang untuk korang nak basuh baju.





Ini bilik-bilik kat dalam homestay ni.

Ini permandangan dari balkoni homestay - nature view. 


Homestay ni cantik dan bersih. kat sini pun ada gymnasium - boleh guna sepanjang masa. Suasana kat sini aman tenteram jer, tak bising, best la, pastu dibuai dengan angin Cameron yang sangat sejuk. Fuhh! Rasa macam duduk kat New Zealand 😊.


Harga ZS Homestay ni ialah :

Weekdays - RM 200 semalam
Weekend  - RM 280 semalam
Cuti Sekolah / Cuti Umum - RM 350 semalam

Untuk booking, boleh contact nombor ni - ZS Homestay : 011-1089 5406


Sunday, August 23, 2020

Staycation At Avillion Cameron Highland

Hari tu masa pergi Cameron Highland, aku stay kat Avillion Hotel, Tanah Rata.










Best la duduk kat Avillion tu. Bilik dia luas. Ada 2 sofa, 2 meja ada 1 kitchenette. Tempat makan pun dekat, boleh jalan kaki jer. Dari stesen bas Cameron, boleh jalan kaki jer pergi hotel ni. 

Pastu pulak hotel ni terletak dalam shopping mall. So, senang la nak shopping. Dalam shopping mall tu ada Mr.DIY. Best kan? 😊

Kiranya Avillion Hotel ni bolehlah masuk dalam list hotel favourite aku incase kalau pergi Cameron Highland lagi.

Friday, August 21, 2020

Bercuti di Cameron Highland

Ahad hari tu (16 Ogos 2020), aku dan en.suami dan anak-anak pergi Cameron Highland. En.suami ada kerja kat Cameron pada Isnin dan Selasa, so, kitaorang ikut sekali. Boleh lah bercuti kat Cameron Highland. Lagipun dah lama giler aku tak ke Cameron. Apatah lagi anak-anak. Kakak Fl dan Leeya langsung tak pernah datang Cameron.

Kitaorang stay kat Avillion Cameron Highland. Book hotel untuk 2 malam. Tapi Hari Isnin tu en.suami dah kena balik KL sebab ada kerja kat KL hari Selasa. So, terpaksalah stay 1 malam jer. 1 malam lagi bagi sumbangan ikhlas kat Avillion. hahhahaha. 






Kakak FL teruja sangat dapat pergi Cameron Highland. Sebab sejuk. Macam kat New Zealand dulu-dulu. Fuhh! Rindunya New Zealand. Bilalah dapat ke sana lagi. 


Salah satu goal Kakak FL datang Cameron ialah nak pick up buah strawberi sendiri 😊. Tapi hari tu kitaorang pergi Strawberry Farm dah petang, so dah habis strawberry nak petik sendiri. Takpelah, janji dia dapat makan buah strawberry. 




P/S : Gambar Leeya tak banyak sebab dia sangat tak suka ambil gambar 😊.

Monday, August 17, 2020

Fall In Love With 'Familiar Wife'

Aku ni tak suka cerita Korea. Bukan K-Pop lover la senang cerita =)). Aku tak pernah tengok cerita Korea sekarang. Pernah tengok sekali jer dulu - Autumn In My Heart. Entah zaman bila tu kan. hahahha. Lpeas tu tak tengok-tengok dah mana-mana Drama Korea. Lagu K-POP pun aku tak layan. Kalau korang tanya aku pasal Blackpink, entahle apa dia tu -  aku tak ada jawapan 😂😂.

Kawan-kawan aku selalu share dengan aku pasal cerita Korea. Tapi entahler, tak de hati langsung nak tengok. Maksud aku Drama la. Tak suka sangat layan Drama ni. Sebab cerita dia lambat habis, slelau bersambung-sambung. So penat nak menunggu sambungan cerita tu. Cerita Jepun pun sama aku tak tengok. Kalau cerita dokumentari Jepun aku tengok, tapi drama aku tak layan. 

Tapi sejak TV3 tayangkan Drama Familiar Wife, en.suami aku terjebak tengok. Kalau korang nak tahu, en.suami aku lagi layan drama tau compare dengan aku. Haaaa, hebat gak la. hahahhaa. Dia suka tengok Drama Melayu. Walaupun dia kata drama Melayu bosan, tapi dia tengok jugak. So, dia lebih kenal artis-artis dari aku. hahahhaa.



Bila dia tengok Familiar Wife tu, dia ajak aku sekali layan Familiar Wife. Mula-mula aku tengok cerita tu, aku tengok sekejap-sekejap jer tak layan sangat mulanya. Tapi lama-lama cerita tu lagi suspen, lagi best pulak layan. Tak boleh nak agak jalan cerita dia.

Cerita Familiar Wife ni cerita pasal married couple yang tak sefahaman, asyik gaduh jer hari-hari. 

Jalan cerita dia menarik dan unpredictable. So, kena guna otak sikit nak kena berfikir. Cerita ni starring Ji SungHan Ji-minJang Seung-jo, and Kang Han-na.

Patutlah orang suka cerita Korea kan, baru tahu. Sebab dia punya best tu lain dari macm Drama Melayu. 



Aku , en.suami dan Kakak FL tak sabar-sabar tunggu cerita ni setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam kat TV3. Kakak FL pun layan tau 😊.

Wednesday, August 12, 2020

My New Pencil Box

Aku ni stationery addicts, sejak dari zaman sekolah lagi. Siapa yang dah lama follow blog aku tahulah. 

Kalau aku masuk dalam kedai stationery, aku boleh duduk berjam-jam dalam tu hanya untuk usha stationery jer, tapi tak beli pun, cuci mata jer 😂. Aku ni memang pelik sikit. hahahha. 

Tapi aku happy sebab few of my friends pun macam tu jugak. So, aku tak la rasa aku ni alien duduk kat Bumi Malaysia ni. 

Kalau dapat pergi Jepun, Fuhh! Heaven, best giler. Sebab kat Jepun macam-macam kedai stationery ada kat sana. Pastu, stationery tu pulak unik-unik. Macam-macam jenis pen kita boleh jumpa kat sana. So, memang best la buat pencinta stationery shopping kat Jepun. Tapi, make sure duit pun kena bawak banyak kalau pergi sana, sebab nanti tak puas nak membeli 😊.

Dalam keluarga kecik aku ni, en.suami dan Kakak FL pun share minat yang sama =)). So, senang sikitla kerja aku boleh pau en.suami. hahahha.

Masa banjir hari tu, pencil box aku dan Kakak FL masuk banjir. Entah hilang kemana, tak jumpa-jumpa. Kalau jumpa pun, kena let go jugak sebab tak sanggup nak menyental lumpur. Hanya pencil box en.suami jer yang selamat. Pencil box dia cute tau, nanti aku tunjuk 😂.

So, terpaksalah aku beli pencil box baru. 

Inilah dia pencil box baru aku ðŸ˜Š. Comel kan? hihi. Warna pink. 

😊.😊.😊. Thank you for reading =)). 

Sunday, August 09, 2020

Makan Malam di Restoren Yahala, Kuala Lumpur.

Seminggu sebelum rumah aku banjir pada 18 Julai 2020 yang lalu, aku sekeluarga dengan my big family pergi makan malam kat Restoren Yahala kat Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tujuan sebenar kami ke sini ialah untuk celebrate brthday en.suami aku. 

Restoren ni ialah Restoren Arab. So, makanan yang dihidang di sini semuanya makanan Arab. En.suami aku memang peminat No.1 makanan Arab. 




Baju tu terangkat sebab angin , bukan preggy OK 😂😂.

Ini harga makanan kat sini. Sejak PKP ni, ada harga promosi makan sini. Kalau tak, biasanya harga kat sini agak pricey. 










 Restoren ni betul-betul sebelah dengan Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. 




Best makan kat sini sebab tempat dia cozy, nyaman dan nampak eklusif. Parking pun free.