Berusaha Untuk 'Wean-Off' (Bercerai Susu)

in , by dorsett pink, September 26, 2020

 

Leeya sekarang dah besar, dah masuk fasa  Toddler. Umur dia sekarang 2 tahun setengah. 

Dah pandai mengamuk sekarang (tantrums). Berbeza dengan Kakak Fl dulu. Kakak FL dulu tak mengamuk, hanya pandai mengamuk bila Mommy mengandungkan Leeya, sebelum tu dia sangat behave dan sangat-sangat baik - good and easy baby. 

Tapi takpe, setiap anak itu berbeza. So, we as mothers have to be patient and enjoy the beauty of being a mother 😊. 

Ni sekarang Leeya dah umur 2 tahun lebih, tapi sampai sekarang masih lagi breastfeeding. Dah beberapa kali aku cuba nak stop - nak wean-off, tapi sampai sekarang masih lagi tak berjaya.

Errmm. Kakak FL dulu umur 2 tahun dah stop dah. 

Ni Leeya extend lebih dari 2 tahun. Mommy tak cukup kuat. Mommy tak tahan dengar dia menangis. Tambah pulak, bila aku penat, bila anak tengah menangis waktu tengah penat tu, so bagi jer la. Sebab penat. Penat dengan diri sendiri dan dalam masa yang sama penat nak melayan ragam dia. huhu. 

Lepas ni, aku nak cuba berusaha untuk wean-off. Hopefully berjaya la. 

Beli Speaker Untuk Laptop

in , by dorsett pink, September 25, 2020

Hari tu tercari-car speaker baru untuk Laptop. Speaker yang sedia ada rosak - speaker percuma 'Free Gift' beli handphone Realme 5i. Rosak tu maybe sebab heavy used kot.

Mana tak heavy used nya, hari-hari aku guna speaker tu kat laptop ni sebab sekarang aku ada kelas Virtual - aku ikuti kelas Entrepreneurship, short course selama setahun. So, kiranya, speaker adalah benda yang sangat-sangat penting untuk aku. 

Kalau just guna built-in speaker kat laptop ni jer tak jelas, audio tak clear sangat. So, memang kena guna external speaker. 


Hari tu pergi Aeon, terjumpa yang ini. Murah pulak tu, terus beli. Sound dia pun gempak. Kiranya cukuplah untuk aku sorang je yang dengar. 

 

Harga RM 17.00 murah sangat tu. Hari-hari aku guna ni. Sebab kelas ada setiap hari. 

Sejak aku sambung belajar ni lagi, En.Suami masukkan internet kat rumah bulan lepas. Sebab En.Suami pun sambung belajar jugak. Kebetulan pulak tersama-sama masuk belajar. Dia buat short-course juga, belajar tentang Engineering (ada kaitan dengan business dia). Dia komplen kat rumah internet tak laju sebab nak kena buat assingment (sebab kitaorang pakai internet data dari Phone jer - guna Tethering). Sebab tu dia masukkan Internet. Supaya senang untuk dia dan aku guna internet ni untuk belajar dan buat assingment. 

Aku pulak belajar pasal Keusahawanan. Aku dah malas nak belajar ka Universiti nak buat MBA (walaupun MBA cuma 2 tahun jer), dah malas nak berulang-alik pergi kampus. So, sebab tu cuma buat short-course jer. 


Ini masa hari pertama pemasangan Internet di rumah. En.Suami masukkan Internet Maxis Home-Fibre, bayaran sebulan RM 89 - unlimited data. 

Short Vacation at Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

in , , by dorsett pink, September 24, 2020

Aku baru jer balik bercuti dari Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Hari ni balik. Bercuti kat sana Hari Isnin - Rabu. En.suami book hotel sampai Khamis, tapi malam semalam kami dah balik rumah sebab pagi tadi en.suami ada hal pagi ni.

Ini first time kami stay kat Hotel Seri Pacific. 

Bilik dia best. Makanan pun best. Cuma pool dia tak best sangat. Untuk kids pool agak dalam, kena ada supervision dari adults. Maksudnya adults pun kena masuk pool jga bersama anak-anak, tak boleh biarkan anak mandi sendirian dalam pool dan kita duduk berehat di tepi. Sebab kedalaman kids pool ialah 1 meter - dalam tu - paras dada aku.

Aspek lain semua OK, best! Nak makan dan shopping pun senang,  pergi je Sunway Putra Mall kat depan tu. 

Lobby


Ini favourite Kakak FL dan Leeya

My breakfast. Ini antara hidangan wajib aku bila breakfast kat hotel


Penat lepas swimming


Ini my favourite. Kalau breakfast kat hotel ada Dim Sum - aku wajib ambik.

Ada bathtub

Ada hidden iron space - ada disediakan iron board dan iron sekali. Coffee station pun tersorok (kat sebelah curtain tu). 


Overall, aku suka hotel ni. Sebab betul-betul dalam KL. Senang nak shopping kat KL. Semalam kitaorang pergi Jalan TAR dan Sogo - setelah sekian lama tak pergi (rasanya sejak lahirkan Kakak FL dah tak pernah jejak SOGO kalau tak silap). 

Bulan Julai hari tu aku dan keluarga kecilku ada pergi bercti kat Genting Highlands, beberapa hari sebelum rumah kitaorang Banjir.

Balik rumah jer, esokkannya kena menghadap banjir. So, tak sempat nak update entri pasal Gneting Highland ni. Ni baru nak update 😊. Kitaorang stay kat Awana Genting Highlands Golf & Country Resort -  ni masa bercuti Bulan Julai 2020. 

Yang baru-baru ni ke Genting Highlands, kitaorang stay kat Swiss Garden Genting. Nanti next entry baru akan share pasal pengalaman menginap kat Swiss Garden. Entri hari ni nak share pasal Awana Genting dulu 😊.



Ini bilik Deluxe. Besar sangat. Ada balkoni. 


View dari dalam bilik


Hotel ni betul-betul dekat dengan Genting Premium Outlet (GPO). Ada freeder bus dari hotel yang bawak guest pergi GPO. 

View dari dalam bilik. Duduk dalam bilik tak pasang aircond atau kipas, pun sejuk sangat.


Makanan Lunch - Nasi Ayam

Diaorang bangun lambat. So terlepas nak breakfast. Alamaknya - breakfast menjadi lunch 😊. Diaorang kan Omputeh Celup, so order makan PIZZA. Mommy lidah Melyu, so Mommy makan nasi ayam 😆.

Pizza kat sini sangat sedap. Diaorang makan tak habis, so kami tapau untuk makan petang, biasanya lepas swimming perut lapar.



 
Kid's pool ni ada slide. Cumanya agak dalam dan laju. So, untuk kanak-kanak yang belum TINGGI macam Kakak FL, kena naik slide ni beserta dengan orang dewasa. Jangan biarkan diaorang naik sendirian - BAHAYA!.


Air kolam dia sejuk sangat-sangat-sangat, sesejuk cuaca kat Genting Highland 😅. Jadinya tak boleh lah nak berendam lama-lama sebab tak tahan sejuk. 

Ni si dia tengah merajuk sebab air kolam sejuk sangat , tak boleh mandi! 😅😅😅



Ini kolam ikan. OK lah nak relax-relax kat sini tenangkan otak sambil tengok ikan-ikan berenang.


Hotel ni hotel GOLF . So, untuk pemain golf, sangat sesuai la stay sini macam en.suami ku. 
Hotel ni best. Makanan dia pun best. Bilik besar, swimming pool besar, parking banyak. Cumanya kena berjalan jauh sangat dari Reception / Lobby ke bilik tidur. Jauhnya tu macam kena tawaf shopping mall pulak 😅. Tapi OK tak penat, sebab tak kena naik tangga. Semuanya naik LIFT. 

Pemantuhan SOP kat hotel ni sangat-sangat bagus (Thumbs-up Genting Group!).

Kalau korang nak bercuti kat Genting Highlands, bolehlah stay sini. Dekat sangat dengan GPO. Sebabnya kereta kabel ke Genting Highlands terletak kat GPO. So, senanglah kalau nak naik nun ke atas. 

Nanti next entry aku cerita pulak pasal Swiss Garden Genting -  best jugak!

Hari Malaysia 2020 - Pergi Mana?

in , by dorsett pink, September 16, 2020


Selamat Hari  Malaysia buat semua pembaca dorsettpink.com . 

Hari ni hari cuti. Korang bercuti ke mana?

Aku tak cuti kemana-mana, duduk rumah jer. Nak settlekan baju-bajuan. Hari ni masa untuk laundry dan melipat pakaian. Baju-baju tak berlipat dah tinggi macam Gunung Everest. Biasanya bila balik bercuti memang macam tu lah. 

Bilalah nak ada maid ni.. Kan best kalau ada maid. Cewaaahhh!. Selalu duk berangan nak menjadi Puteri Raja yang boleh bersenang-lenang di rumah tanpa buat apa-apa kerja rumah. (Tapi hanya mampu berangan jer lah 😂). 

So, list to-do aku hari ni ialah :
- Masak
- Laundry - basuh baju, jemur, lipat
- Iron Baju
- Petang nanti bawak budak-budak keluar main kat playground 😊. 


**** En.suami ada kelas hari ni (En.suami sambung belajar ambik short-course, kelas dia hari-hari tanpa mengira public holiday, kecuali Sabtu-Ahad tak ada kelas). So, mommy sorang-sorang kat rumah dengan anak-anak. 


Selamat bercuti you all dan Selamat Menyambut Hari Malaysia. Bagi yang kena lock-down PKPD, luangkan masa ini dengan sebaik-baiknya dengan keluarga dan gunakan masa ni juga untuk banyakkan ibadah, mana tahu sepanjang PKPD ni boleh khatam al-Quran😊. 
Kembara dari KL ke Genting Highland Bersama Anak-Anak Dengan Pengangkutan Awam | Weekend baru-baru ni kitaorang bercuti kat Genting Highland - weekend getaway. 

Kitaorang gerak dari Kuala Lumpur hari Khamis. Hari Ahad kembali semula pulang ke rumah. 

Yang menariknya, kitaorang pergi Genting Highland naik pengangkutan awam, start bertolak dari rumah hingglah sampai di Stesen Bas Genting Highland 😊. Aku sorang-sorang dengan 2 orang anak masa tu - Kakak Fl dan Leeya. En.suami dah ada kat Genting awal-awal lagi. Bertabahlah mommy kembara dengan dua orang anak. 

I was survived. Penant giler you all, duk melayan 2 orang anak yang sangat cheeky. Hari Jumaat tu aku qado tidur kat hotel 😁. 




 Kenapa tak ikut en.suami pergi Genting sama-sama?
sebenarnya en.suami ada meeting di Genting Highland sejak hari Rabu. Sebelum tu dia outstation ke Johor Bharu. So, nak dekat seminggu kitaorang tak jumpa dia. Balik jer dari Johor, dia terus drive ke Genting Highland. Aku tak boleh ikut ke Genting hari Rabu sebab Kakak FL ada kelas English hari Khamis petang. 

Kelas English tu tak boleh replace hari lain. Kalau tak datang, burnt la duit  yuran hari tu. Kelas english tu Seminggu 2 kali - Selasa dan Khamis. Yuran sebulan RM 470. Kalau tak datang, rugi la bayar duit yuran. 

So, nak tak nak terpaksalah kitaorang pergi Genting lepas Kakak FL habis kelas English. Kelasnya habis Jam 6.30 petang. 

Tiket bas En.uami dah beli siap-siap kat Online dengan easybook.com . Kitaorang terpaksa ambik bas yang paling last sebab takut tak boleh sampai awal. Kitaorang naik bas GoGenting.

Dari KL ada 3 stesen bas yang sediakan perkhidmatan ba ke Genting Highland :
1. Kat TBS - Terminal Bandar Tasik Selatan
2. Kat One Utama
3. Kat KL Sentral

Antara tiga-tiga tu cuma KL Sentral jer yang ada bas malam. Kalau kat TBS, bas paling last Jam 5.30 petang. Harga tiket bas ialah RM 19.00 seorang. Harga tu termasuk sekali dengan harga tiket cable car ke Genting Highland. 

Bas ni berhenti di Stesen Bas GPO - Genting Premium Outlet. 

Lepas Kakak FL habis kelas english, aku terus pecut drive pulang ke rumah. Sampai je rumah, aku terus solat Maghrib dulu. Then, terus book Grab Car. Grab pulak cepat giler sampai. Tak sempat aku nak minum air sekejap 😂. Punyalah rush nak naik grab, sampai aku terlupa nak pakai kasut. Last-last pakai jer lah selipar naik Genting Highland 😂. Aku naik grab untuk ke Stesen MRT.

Beg semua aku dah siap-siap letak kat luar rumah. Dari rumah ke Stesen MRT dalam 10 minit. Kebetulan hari tu hujan lebat, so lambat sikitlah trafik. 

Sampai je di Stesen MRT, cepat-cepat beli tiket dan naik ke Platfrom tunggu train. 

Ni tengah tunggu Train MRT

Dari Stesen MRT ke KL Sentral ialah 1 jam. Kitaorang kena tukar train kat Stesen Pasar Seni untuk ke KL Sentral. Sampai je di KL Sentral, cepat-cepat pergi toilet tukar diapers Leeya dan sesi menyah toxic dalam badan 😂. Pastu cepat-cepat beli makanan kat McDonald - hanya mampu tapau jer. McDonald jer yang paling cepat dapat makanan ketika itu, so aku mampu beli itu je la.  Masa tu aku rasa macam tak boleh nak tunggu walaupun hanya 5 minit 😂.

Pastu kitaorang berlari turun ke Platform Bas sebab masa tu jam dah 9.25 malam. huhu. Ikutkan jadual Bas jam 9.30 malam. 

Masa tu aku rasa penat sangat sebab kena dukung Leeya. Kalau biarkan dia berjalan sendiri, lambat sangat. 

Sambil dukung anak dan berlari, korang rasa apa??? Hahahahha. Bertabahlah mommy dengan bawak begpack yang agak berat.

Nasib baik Kakak FL sangat-sangat membantu dan memahami. Walaupun umur dia baru 6 tahun, tapi dia sangat understanding  dan behave je all the way. Cuma Leeya la yang selalu melayan perasaan dia sendiri, sebab dia belum mengerti. 



Dia buat train tu macam dia punya rumah jer 😞

Kat KL Sentral tu, platform tunggu bas kat bawah. Kat tempat bas ke LCCT dulu-dulu. Hari tu aku ke situ, betul-betul menggamit kenangan lama dulu yang selalu berkejar ke LCCT naik RedBus dari KL Sentral. Sekarang tempat kat bawah tu dah tak macam dulu lagi -lengang dan sunyi, dah tak happening macam dulu-dulu. Aku rasa agak-agak ada kot lebih dari 10 tahun dah aku tak turun bawah tu. 

Nasib baik bas tak sampai lagi. Bas kebetulan sampai lambat sebab terlekat dalam jem. Jem sebab KL banjir kilat hari tu. 

Sementara nak tunggu bas, makanlah dulu. Tempat duduk langsung tak ada. So, terpaksalah duduk atas lantai jer. (Backapcking style memang macam ni ye anak-anak 😂)


Perjalanan naik bas ke Genting Highland 45 minit jer. Driver bas tu bawak agak laju. 

Sampai di Genting - kat GPO, terus tunggu en.suami kat Lobby GPO. Dan kitaorang terus ke Hotel.

Ni gambar kat GPO, baru turun bas. Wajib ambik gambar sebagai kenangan terindah - menandakan kitaorang berjaya kembara dengan public transport dari KL ke Genting Highland 😂. 

Tengok rambut masing-masing pun dah serabai 😂. 

Tengok face mask mommy dah senget-benget dah. Bahu pun senget sakit dah masa tu 😂. Jenuh nak melayan toddler seorang. Kalau kena bawak anak kembar tak tahulah macam mana 😂. 


En.suami habis kerja di Genting tu hari Jumaat. So, kitaorang sambung cuti ke Terengganu sampai hari Ahad 😊.

Well, ini langkah pertama untuk mengajar anak-anak kembara backpacking 😊. Tapi aku rasa belum mampu untuk aku backpacking bawak Leeya keluar negara. Dalam negara ni pun dah semput 😂. Tunggu diaorang semua dah besar dulu baru boleh Travel Backpacking 😊.


Sambutan Hari Budaya Emas 916 di PG Mall

in , by dorsett pink, September 10, 2020

Sambutan Hari Budaya Emas 916 di PG Mall - PG Mall ialah merupakan platform E-Commerce Nombor 1 di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. PG Mall merupakan satu-satunya platform E-Commerce yang dimiliki oleh Rakyat Malaysia. Ianya telah tersenarai sebagai Top 3 E-Commerce Site di Malaysia di dalam Report Iprice Insight. 


PG MALL Meraikan Hari Budaya Emas 9.16


Kalau korang nak tahu, 16 September setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Budaya Emas 9.16 / 9.16 Gold Cultural Day oleh Malaysian Gold Association (MGA). Tarikh 16 September (16.9) diambil sempena dengan angka 916. Kalau sebut 916 ni mesti orang tahu atau orang ingat EMAS.

Angka 916 ni sangat bermakna dalam Industri EMAS. 916 bermaksud 22 karat emas - historically the most popularly used fineness for gold jewellery in countries such as Malaysia and Singapore. 


Objektif Hari Budaya Emas 9.16 ialah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya menyimpan emas. Di dalam budaya Malaysia, emas ni dianggap sebagai barang perhiasan. Namun begitu, bagi siapa yang tak suka pakai emas, boleh beli emas ni untuk simpan dan ia merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. 



Emas ini adalah simbol ikatan perpaduan di kalangan Rakyat Malaysia. Sebab menyimpan dan memakai emas bukan hanya terikat pada Bangsa Melayu jer, tapi semua bangsa dan agama boleh memnyimpan dan pakai emas. Bila ramai yang membeli emas, secara tak langsung, ia mampu merangsang ekonomi EMAS tempatan.

Beli emas sekarang kat PG Mall dengan  dengan harga terendah - RM 24x/g.

 Bersempena Hari Budaya Emas 9.16 ni, PG Mall buat Kempen 916 Gold Jewellery dari 15 September hingga 17 September 2020. So, korang boleh beli emas dengan harga kilang dan free shipping cost , hanya dengan klik Link ni - https://pgmall.my/Jewellery-1  .

Korang boleh guna coupon code ni untuk dapat diskaun shopping emas atau barang kemas kat PG Mall. Berbaloi-baloi 👍. 

"Please spread the love to claim all PG Mall's coupon".
   
Retailer atau penjual emas atau pemborong emas pun dialu-alukan join kempen Hari Budaya Emas di PG Mall ni. Klik jer link kat atas tu. 


PG Mall Health & Beauty Essential Week


Bukan setakat fiesta emas jer, PG Mall jugak ada buat Kempen Minggu Kesihatan dan Kecantikan kat PG Mall, pada 15 - 30 September 2020. So, korang bolehlah shopping sakan barangan kecantikan dan kesihatan kat PG Mall sepanjang minggu tu - dapat diskaun babe! Best tu. Bolehlah shopping makeup ker, shopping skincare ke, nak shopping vitamin ke, shampoo ke atau apa-apa produk sekalipun.

Diskaun yang diberikan ialah sebanyak RM 25 kalau spend at least RM 100 atau diskaun sebanyak RM 30 kalau spend at least RM 150.

Guna kod ni kalau spend RM 100 : LOVEPGHB25
Guna kod ni kalau spend RM 150 : LOVEPGHB30
  


Best kan? Best kan? Siapalah yang tak suka diskaun.


Shopping di PG Mall dengan E-Wallet dan 'Boost'

Kalau nak shopping kat PG Mall boleh guna E-Wallet dan juga semua jenis payment gateway method diterima di PG Mall. So, tak perlu susah-susah nak fikir cara nak bayar. Senang jer sekarang. Semuanya di hujung jari jer 😊.


Korang boleh bayar guna apps BOOST. Kalau guna apps "Boost" dari  5 September 2020 hingga - 4 October 2020, korang boleh dapat cashback sebanyak RM 3 dengan minimum spend RM 15.


Dan kalau korang tak pernah lagi shopping kat PG Mall sebelum ni, korang boleh guna Touch 'N' Go. Sebabnya nanti korang boleh dapat cashback RM 3 dalam eWallet, dengan minimum spend sebanyak RM 15. Tapi hanya ekslusif untuk new shopper PG Mall jer dari tarikh 1 September 2020 hingga 30 September 2020. Best kan? Best kan? 



So, apa tunggu lagi gais.. Jom lah kita shopping online sekarang kat PG Mall.

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation #Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek

Temuduga Kemasukan Tahun 1 ke Sekolah Rendah Islam AL-Amin | Hari sabtu hari tu , 5 September 2020, Kakak FL dah pergi menghadiri temuduga untuk masuk ke Darjah 1 Sekolah Rendah Islam AL-Amin tahun depan. 


Anak yang nak duduki assessment, mommy pulak yang nervous. Seolah-olah macam nak seated for UPSR jer. Emo sungguh la mommy 😂. AL-maklumlah anak sulung la katakan. First time ever in my life, rasai pengalaman anak nak 'exam' macam ni. 


Aku dan en.suami nak sangat dia dapat masuk belajar kat sekolah ni. Tapi tak tahulah keputusan penilaian nanti macam mana. Ada rezeki adalah, kalau tak dapat masuk, kita redho jer lah, maksudnya itu bukan rezeki kita. Takpe, janji kita dah berusaha dengan sehabis baik. 

Disebabkan sekarang ni masih lagi dalam Fasa PKPP, so proses temuduga tu dibuat berperingkat. Setiap Hari Sabtu sepanjang Bulan September ni ada temuduga kemasukan Darjah 1. Kebetulan Kakak FL dapat first session. Awal pagi jam 9 pagi - 10 pagi. 


Tengah menanti giliran untuk ke dewan peperiksaan


Mak ayah tak dapat tengok langsung macam mana proses 'penilaian' dibuat. Masa anak-anak jawab 'exam' , parents diberi taklimat oleh Guru Al-Amin tentang proses pembelajaran di situ.

Parents kena tunggu kat sini jer sepanjang anak-anak menduduki 'exam'.

Bila aku tanya Kakak FL, dia jawab - 'OK Mommy'. Errrmmm semua OK jer, entah betul entah tidak apa dijawabnya. Dia cakap interview lisan dalam bahasa inggeris. Cikgu tanya soalan dalam english, pastu dia kena jawab atas kertas soalan yang ditanya dan ada juga kena jawab secara lisan. Tapi dia kata ada juga sikit-sikit dalam bahasa melayu.

Antara soalannya ialah :
- Sains
- Matematik
- Bahasa Arab
- Jawi
- Bahasa Melayu

Hafazan? Entahlah dia kena baca surah apa. Bila mommy tanya dia tak nak jawab. errmm..

Masa dah habis 'exam'


Tahun ni tak ada interview parents. So, 100% keputusan penilaian kemasukan ke tahun 1 bergantung pada markah pelajar. Tu yang lagi buatkan aku lagi takut. Sebab tak tahu Kakak FL jawab betul atau tidak. 

Cikgu bagitau kemasukan pelajar ke SRI AL-Amin tahun hadapan akan dikurangkan separuh dari jumlah pelajar tahun 1 ketika ini disebabkan oleh SOP Penjarakan Sosial di dalam kelas. Dek kerana ruang kelas yang kecil, maka terpaksa dikurangkan jumlah pelajar untuk patuhi SOP yang ditetapkan oleh Pihak KPM. 

Huhu. Aku dan en.suami hanya mampu beroda dan tawakal je lah kat Tuhan agar Kakak FL diterima masuk ke sini. Kalau tak diterima, kami akur dan akan tukar ke Plan B. 




© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE