Aku baru jer balik bercuti dari Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Hari ni balik. Bercuti kat sana Hari Isnin - Rabu. En.suami book hotel sampai Khamis, tapi malam semalam kami dah balik rumah sebab pagi tadi en.suami ada hal pagi ni.
Ini first time kami stay kat Hotel Seri Pacific.
Bilik dia best. Makanan pun best. Cuma pool dia tak best sangat. Untuk kids pool agak dalam, kena ada supervision dari adults. Maksudnya adults pun kena masuk pool jga bersama anak-anak, tak boleh biarkan anak mandi sendirian dalam pool dan kita duduk berehat di tepi. Sebab kedalaman kids pool ialah 1 meter - dalam tu - paras dada aku.
Aspek lain semua OK, best! Nak makan dan shopping pun senang, pergi je Sunway Putra Mall kat depan tu.
Lobby
Ini favourite Kakak FL dan Leeya
My breakfast. Ini antara hidangan wajib aku bila breakfast kat hotel
Penat lepas swimming
Ini my favourite. Kalau breakfast kat hotel ada Dim Sum - aku wajib ambik.
Ada bathtub
Ada hidden iron space - ada disediakan iron board dan iron sekali. Coffee station pun tersorok (kat sebelah curtain tu).
Overall, aku suka hotel ni. Sebab betul-betul dalam KL. Senang nak shopping kat KL. Semalam kitaorang pergi Jalan TAR dan Sogo - setelah sekian lama tak pergi (rasanya sejak lahirkan Kakak FL dah tak pernah jejak SOGO kalau tak silap).
selalu je lalu lalang sini dulu kak ana kerja kat pwtc tu jer DP, tapi tak pernah stay sini hehe :)
ReplyDeleteoh ye ke.. saya pun selalu lalu depan hotel ni tapi tak pernah stay. ni baru ada peluang bercuti kat sini.
Deleteseronoknya cuti2! ada masa boleh try staycation kat sini. Nampak best tempatnya :)
ReplyDeletebest hotel ni syaz. dekat dengan shopping mall dan LRT, makanan pun sedap. bolehlah syaz datang sini nanti
DeleteHai sis breakfast dia byk pilihan x
Delete