DP Si Penjual Susu

in , , by dorsett pink, October 02, 2020

Awal tahun 2020, aku berniaga jual Susu Farm Fresh menjadi agent home dealer. En.suami yang bagi suggestion suruh jual Susu Farm Fresh ni - untuk belajar cara 'buat duit'. Dan aku ikut saranan en.suami. Aku contact HQ Farm Fresh dan diaorang bagi no contact Stokis Farm Fresh di KL - Bapak Susu.

 Aku bagitau en.suami yang perniagaan Susu Farm Fresh ni aku buat suka-suka jer - hanya untuk mengisi masa lapang 😅- untuk belajar cara buat duit,untuk belajar cara buat marketing dan belajar macam mana nak deal dengan customer. Kalau produk orang pun kita tak boleh nak jual,apatah lagi nak buat duit jual produk sendiri. Produk orang lagi senang nak jual sebab dah ada marketing dan dah ada branding. Semua orang dah tahu brand - Farm Fresh.



Alhamdulillah! Tak sampai 24 jam aku advertise jual susu ni di media sosial aku dah terjual 1 katon Susu Farm Fresh Latte. Esokkannya, ada lagi orang beli dan beli. Seminggu jer stok habis, aku kena restock lagi. Ambik jer stok baru, terus ada orang nak beli.

 Even sampai skrang pun (minggu lepas) masih ada lagi orang call nak beli susu farm fresh dari aku, dan orang tu bukan kawan aku, aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku (stranger).


Best la masa jual susu tu. Masa PKP hari tu banyak sale, boleh kata hari-hari orang beli. 

Ada yang beli berkaton-katon. Sampai stok tak cukup. Kat HQ pun stok kurang juga.

 Kiranya bagusla jenama susu ni. Memang betul-betul aku belajar macam mana nak buat duit, dan macam mana nak buat marketing. Aku dapat bina confident diri sejak berniaga susu tu. Aku dulu malu nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Aku orang jenis introvert, susah nak bercakap dengan stranger. Tapi bila jual susu tu, aku berjaya beranikan diri bercakap dengan stranger. Aku dapat kenal dengan abang-abang rider. Diaorang semua baik-baik. Ada yang tolong aku tanpa ambik upah 😊.

 

ALHAMDULILLAH! Banyak benda aku belajar. Belajar pasal PR, belajar pasal manage duit, belajar cara buat marketing dan belajar berniaga.

Start PKP hari tu, en.suami tanya 'bila nak start with your own business?'. Jawab aku - 'NANTI'.

 Bulan kedua dia tanya lagi soalan yang sama dan aku jawab - 'nanti dulu,nak tunggu habis PKP'.


 


Pastu bulan seterusnya dia tanya lagi soalan yang sama. Maksudnya dia tanya tu ialah dia nak aku cepat-cepat start buat business sendiri dan stop jual susu. Dan jawapan aku tetap sama -'nak tunggu habis PKP'.

 

Then,dia jawab - 'what happen if the PKP is keep continuing till next year?' . Aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa.


 En.suami aku suka cakap pasal business dengan aku - sejak dari hari pertama kahwin lagi macam tu. Masa sebelum kahwin dia tak sembang pun pasal business. Lepas kahwin baru tahu dia sangat serious pasal 'duit'. Hari-hari dia akan bercakap pasal buat duit - pasal business. Sembang bukan pasal business dia tapi in general.


 Dia selalu cakap dengan aku - 'Kalau you buat business hanya untuk survive sahaja ,lebih baik you kerja makan gaji'. Sebab kerja makan gaji lagi banyak dapat duit dari buat business,apatah lagi kalau kerja makan gaji tu ialah menjadi seorang Pensyarah. Dengan tittle sebagai Dr. atau Professor Madya, banyak oooo gaji. Setakat nak beli Honda Civic boleh tutup mata jer lah. Kan? Betul tak?


Ataupun kalau kerja jadi kerani,banyak jugak gajinya dari berniaga. Berniaga ni ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.


 Pastu en.suami bercakap 'heart from heart' dengan aku pada satu malam tu, anak-anak pun turut sama diam masa tu.


 Dia cakap - 'Now is MCO, our economic is struggle. Many people out there yang tak ada gaji,yang hilang kerja. Kesian sangat especially kat peniaga kecil,yang berniaga kat tepi jalan, yang berniaga kat pasar malam. But you're fortunate because i'm still alive. And i'm still working and surprisingly i can opened two more companies during this MCO. Can you think for a while, what will happen if we have to face the MCO again next year or in the future and during that time i already passed away. What will happen to you and our children? You all nak makan apa? How you gonna pay our kids's education fee? ' . Aku terdiam . Anak-anak pun terdiam . Tak tahu nak jawab apa.


And he continue again - ' just think about it'. Because we do not know when we gonna die and we also do not know sampai bila kita masih hidup?'. The kids are keep growing, the cost of living is keep increasing. If you not start your business right now, there are people out there will start doing the same thing(same idea). The time is not waiting for you. Once it's gone, it will gone forever,it will never come back again'.


Sejak dari tu, kepala aku duk fikir yang en.suami cakap tu. Memang betul apa yang dia cakap tu. Sedikit pun tak salah. Cuma aku jer tak berani nak start dengan business sendiri.

 

So,sejak dari tu, aku cuba membina kenyakinan untuk buat business sendiri. Aku banyak tengok Youtube. My favourite channel - Silicon Valley Girl'. That girl suka bagi motivasi pasal business. Sebab dia muda umur kurang dari 30 tahun tapi dah ada 500 orang staff bawah dia dan skrang dia jadi jutawan,travel ke seluruh dunia.

 


Aku mulakan dengan buat akaun instagram dahulu,start buat IG hujung bulan Jun 2020. Aku bina follower di IG. Selepas seminggu aku pun start menjual - jual kat IG Story. Tak sampai 24 jam ada orang membeli - dia tengok kat IG Story. Dan orang yang beli tu ialah stranger - aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku. Aku happy sangat sebab dia boleh trust aku dan tanpa ragu-ragu masukkan duit dia dalam akaun aku. Hari ni dia dah menjadi kawan aku. InshaAllah one day we will meet kalau ada rezeki.

 

Makin lama makin bertambah follower di IG. Engagement makin tinggi. Even ada orang dari US,dari Australia dari Europe hantar DM nak beli barang dari aku. Secara tak langsung aku dapat ramai kawan baru dari dalam dan luar negara.

 

Bila dah ramai yang DM (maksudnya orang dah makin kenal), aku pergi SSM daftar syarikat dan buka akaun Syarikat. Banyak juga drama nak buka akaun syarikat. Tapi akhirnya berjaya juga.

 

Alhamdulillah! My husband happy. Aku pun happy sebab dapat buat husband happy. Dan en.suami banyak support aku. Banyak benda dia belikan untuk aku untuk aku buat business ni - beli handphone, beli tab, masukkan internet kat rumah dan macam-macam lagi.

 

Banyak guidance dia bagi kat aku. Dan dia masih selalu cakap kat aku - 'kalau nak buat business ni hanya untuk survive jer, baik tak payah buat. So you have to think big and think to grow throughout the world - barulah dapat bantu naikkan ekonomi Umat Islam, barulah dapat bantu naikkan kegemilangan agama Islam,sebab kita buat business ni bukan untuk diri kita jer,tapi untuk agama Islam. Kalau nak buat business hanya untuk keluarga sendiri, lebih baik kerja makan gaji,lebih baik jadi lecturer'.

 

Aku invest duit buat short course pergi belajar tentang Entrepreneurship. Sebab belajar ialah Kunci Kejayaan. Dan itu juga adalah condition yang en.suami tetapkan masa nak bagi permission untuk buat business dulu-dulu.

 

Sebab dia cakap - orang buat business tanpa ilmu atau tak upgrade kan ilmu ibaratnya ada rumah tapi tak ada keharmonian. Maksudnya rumah tu kosong - akan ada banyak masalah dalam rumah tu bila rumah 'kosong' ,suami isteri selalu bergaduh ,anak-anak pun ada banyak masalah, ada masalah kewangan, masalah rumahtangga,masalah kekeluargaan dan banyaj lagi masalah lain. Sebab tu Islam suruh kita sama-sama 'hidupkan' rumah dengan solat berjemaah sama-sama, selalu baca al-quran, zikir dan selalu mencari ilmu agama sama-sama. Sama juga macam business. Business hidup dengan ILMU.

 

Dan InshaAllah aku akan terus membina business aku ini berserta dengan doa dan support dari en.suami sehingga satu hari nanti semua orang di Malaysia tahu tentang brand tu. Terima kasih en.suami ku.

 

Kalau korang tertanya apa business aku buat sekarang - aku buat business tentang SUSUN ATUR RUMAH / home organization. Kalau korang tak tahu macam mana nak organize rumah cantik-cantik dan tersusun rapi macam korang tengok kat Pinterst tu, meh follow aku kat telegram : t.me/luvsusun





SHARE 13 comments

Add your comment

  1. sebagai peminat susu, saya faham sangat kenapa ramai orang beli susu hari2 haha..all the best, semoga terus sukses ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Suami support. Suami redha. InsyaAllah Allah berkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat suami yang supportive

      Delete
    2. Kalau suami tak bagi permission, tak boleh teruskan cita-cita. nanti tak berkat. huhu

      Delete
  3. Semoga bisnes yang diceburi berkembang maju.

    ReplyDelete
  4. Sedap susu ini puas hati minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka susu farm fresh, sebab tu saya jual

      Delete
  5. SEMOGA TERUS MELANGKAH MELAKAR JAYA DGN YAKIN

    ReplyDelete
  6. Susu tu memg ramai org suka. Bgus dp.. Nad pun suka business.. Tapi belum ade keyakinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila Nad ada kenyakinan, Nad buatlah bisness. InshaAllah boleh berjaya

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE