Wednesday, October 07, 2020

Pekerjaan Pertama Selepas SPM

 Apa pekerjaan pertama korang? 

Ada yang mula bekerja lepas grad universiti. Ada yang mula bekerja lepas PMR, ada yang mula kerja lepas habis SPM, sementara tunggu result SPM keluar boleh kerja kejap. 

Ada orang kerja pertama dia buat ialah masa waktu cuti-semester kat universiti. Ada orang pulak dah mula bekerja sejak dari sekolah rendah lagi - tolong mak jual kat pasar malam contohnya. Korang pulak macam mana? Bila korang start bekerja?

Aku mula bekerja masa tengah tunggu result SPM. Lepas SPM tu, tak ada buat apa-apa, so pergi lah tolong coach pergi sana-sini ajar taekwondo.

Kalau korang nak tahu, aku dulu atlit taekwondo. Pernah wakil Negeri Terengganu sampai ke SUKMA. Dan pernah ditawarkan ke sesi pemilihan untuk ke Sukan Sea, tapi aku tolak tawaran tu sebab masa tu aku dah dapat tawaran masuk ke universiti, dan aku pilih untuk fokus dalam akademik. Aku tak nak menjadi atlit sampai bila-bila. Aku jugak pernah ke Seoul Korea - participate dalam Kejohanan Festival Taekwondo Dunia. Masa tu kalah, tapi aku dapat pengalaman yang sangat berharga sebab dapat pendedahan di peringkat antarabangsa. 

Masa jadi atlit taekwondo tu, aku ada pergi ke Coaching Course, either kat Terengganu atau kat KL. Kalau kat KL, biasanya kat Bukit Jalil. Pergi coaching course tu saja-saja je lah. Sebab seronok kan. So, bila balik dari course tu, my coach suruh aku jadi instructor. Mula-mula, aku ajar budak-budak kecil dulu - Taekwondo Kids Class. Best la ajar diaorang ni, sebab diaorang suka main-main kan. Fun jer semuanya. 

In fact, ada student yang aku ajar tu sekarang dah wakil Malaysia dah. Dah sekolah kat Sekolah Sukan Bukit Jalil. Baguslah, sebab diaorang ada passion dalam taekwondo, pastu pulak mak-ayah bagi full-support, so memang boleh berjaya. 

Masa aku mengajar taekwondo tu, tak dapat banyak pun gaji. Cuma dapat dalam RM 5 - RM 10 untuk satu sesi kelas. OK lah, untuk buat makan-makan. Pastu coach pulak selalu jer belanja makan. Alhamdulillah!

Masa aku jadi instructor tu ialah untuk suka-suka jer. Sebab aku suka dan minat taekwondo kan, so apa salahnya aku buat kerja tu untuk dapatkan duit poket. Tapi lama-lama aku realise yang aku tak boleh jadi instructor ni sampai bila-bila, aku boring!. Boring sebab ajar benda yang sama jer. Tapi bagus untuk senaman. Dari situ aku belajar banyak benda jugak - belajar cara untuk bercakap dengan parents, belajar cara untuk bercakap dengan kanak-kanak kecil, belajar cara mengajar - itonasi suara kena betul, belajar tentang psikologi budak-budak. Best la. 

Ada yang tanya ke - aku ni black belt ke? 

Jawapan - Ya aku pemegang tali pinggang hitam 2nd dulu. Aku dapat black belt masa umur aku 13 tahun. 

Sekarang aku dah retired sepenuhnya dari sukan taekwondo. Andai kata, kalau anak-anak aku nak masuk kelas taekwondo ni, aku akan hantar diaorang pergi kelas taekwondo dengan coach lain, bukan aku yang mengajar. In fact, aku boleh hantar diaorang belajar dengan kawan-kawan aku dulu, raai antara diaorang yang menjadi full-time taekwondo instructor sekarang. 

Sekarang bukan masa aku dah untuk aktif dalam sukan macam dulu-dulu. Maksud aku tak hardore macam dulu lah, but still masih lagi bersukan. Kenangan yang teramat indah untuk dikenang ketika aku aktif tyaekwondo dulu. Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang suatu ketika dulu untuk bergiat aktif sebagai seorang atlit. 


P/S : Sorry tak ada gambar taekwondo dulu-dulu, sebab dulu free-hair. So, malulah nak tampal gambar cegitu kat sini 😊.

Kalau korang tertanya, apa nama kelab taekwondo aku kat Terengganu tu. Jawapannya ialah - Kelab Taekwondo Gemilang. Coach aku ialah Sir Ramlan Farouk atau nama manjanya Aboy 😊.. 

4 comments:

  1. Moga ada yang mengikuti jejak langkah mommy.

    ReplyDelete
  2. Hebat
    Mungkin boleh tumpah kepada anak2 pula.

    ReplyDelete
  3. seni pertahankan diri mmg penting dipelajari..hebatnya ada black belt tu

    ReplyDelete
  4. Wow! tank sangka sangat! Seronoknya ada pengalaman sampai ke Korea masa zaman persekolahan. So proud of you! Semoga anak-anak kita juga nanti ada la sukan yang mereka minati. Kalau bukan sukan, aktiviti lain pun OK.

    ReplyDelete