Wednesday, October 28, 2020

Say 'NO' To Online Class

 Sekarang ni PKPB kat Area KL, Selangor dan Putrajaya. So, budak-budak tak dibenarkan pergi sekolah, tadika dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kanak-kanak, sebab kanak-kanak ialah golongan berisiko.

Macam Kakak FL, kalau hari biasa yang tiada PKPB, dia sanagt sibuk dengan kelas tambahan. Kitaorang suami isteri hantar dia pergi ke kelas-kelas enrichment selain dari Tadika, sebab kami nak berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Sebab aku percaya hanya pendidikan jer yang dapat mengubah hidup seseorang. 

Kitaorang punya prinsip, biar hidup tak mewah janji ada duit untuk pendidikan anak-anak. 

Antara kelas tambahan yang Kakak FL join ialah kelas art, kelas mental arithmetic dan kelas english. Nanti bila dah masuk sekolah rendah, ada lagi pertambahan kelas-kelas lain. Buat masa sekarang hanya 3 kelas sahaja, tapi setiap kelas 2 kali seminggu, so semuanya 6 sesi. Agak penat bagi mommy sebab mommy kena jadi driver hantar dia kesana-kemari. Tapi Kakak FL OK jer.. 

Dan kelas-kelas tu semuanya waktu siang, aku tak nak ambik kelas malam. Malam diperuntukan untuk family time. Hanya study dan buat homework kat rumah jer. 


Tapi disebabkan PKPB ni, semua kelas fizikal dihentikan buat sementara waktu. Jadinya, kelas-kelas tu digantikan dengan ONLINE - Belajar atas talian. 

Untuk kelas Kakak FL, sebabkan dia baru 6 tahun, so ada option untuk Parents ambik kelas ONLINE atau tak. 

Aku sangat kenal Kakak FL. Ye lah, anak sendiri kan, memang kenal sangat-sangatlah. Aku tahu character dia. Dia orang yang tak boleh kekalkan fokus lama-lama. Ini memang normal untuk kanak-kanak bawah 6 tahun - Paed yang cakap. Paling lama dia boleh fokus ialah 5 minit, pastu dia akan tengok sana-tengok sini, atau lompat sana-lompat sini, then dia akan kembali semula pada buku. 

Dan jugak, Kakak FL ni bila belajar dia sukakan engagement dengan cikgu. Dia suka tanya soalan dan dia suka bile cikgu-cikgu berinteraksi dengan dia. 

So, untuk Kakak FL belajar secara ONLINE adalah 'A Big NO'. Kakak FL tak boleh nak pay attention lama-lama kalau belajar Online ni. Dia cepat boring. Dan bila dia bercakap cikgu 'tak dengar' sebab kadang-kadang Cikgu 'mute' suara, so dia tak suka bila tak ada interaction dengan Cikgu. 

Aku dah pernah cuba online class untuk Kakak FL masa PKP dulu - kelas mandarin. Kelas tu 1 jam, tapi Kakak FL boleh duduk atas kerusi tu 10 minit jer, pastu dia lari 😅. Nasib baik kelas mandarin tu free trial jer. So, dari situ, aku tahu yang Kakak FL tak boleh fokus dengan kelas Online. 

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk Kakak FL belajar secara Online, Inshaallah the time will come later. Sekarang ialah masa untuk Kakak bermain puas-puas (nanti masuk Darjah 1, dah tak boleh nak nikmati waktu macam sekarang ni 😅). 


Walaupun Kakka FL tak join kelas Online, tapi dia tetap kena belajar juga kat rumah dengan Mommy😊. Kalau tak belajar lama-lama, nanti lupa. So, aktiviti pembelajaran tetap diteruskan macam biasa cumanya kat rumah sahajalah. 

Untuk you all, yang PKPB dan terpaksa menjadi cikgu di rumah, teruskan usaha murni tu. InshaAllah dengan berkat doa kita dan tenaga yang kita berikan, semoga anak-anak kita menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat. Aminn.


**************************************************************

Instagram LuvSusun - www.instagram.com/luvsusun

2 comments: