Gatal Hidung, Gatal Mata - Allergic Rhinitis

in , by dorsett pink, November 30, 2020

 Minggu lepas Kakak FL mengalami gatal-gatal hidung yang sangat teruk. Kesian tengok dia duk garu-gari hidung tu, macam dah nak tercabut hidung dia duk garu. 

Biasanya malam-malam lah yang sangat gatal tu. Siang-siang gatal sikit jer. Kadang-kadang, gatal hidung tu berjangkit kat mata - mata dan hidung dua-dua gatal. Kesian dia. Dia cakap gatal kat dalam hidung.

Tak tahan tengok dia duk menggaru, mommy bawak dia jumpa Paed. Paed ni memang dah kenal Kakak FL dan Leeya. Setiap kali diaorang sakit, aku akan bawak dia jumpa Paed ni, sejak dari diaorang kecik sampai lah besar. Kalau ada sakit yang kena X-Ray atau kena admit jer, baru aku bawak diaorang jumpa Paed kat KPJ Ampang Puteri. Kalau tak ada kes-kes yang melibatkan hospital, just bawak je Klinik Paediatrician kat luar. 

Alhamdulillah, so far Kakak FL dan Leeya tak pernah kena admit hospital lagi.


Masa jumpa Paed tu,  Kakak FL di-diagnosed menghidap 'Allergic Rhinitis' . Kakak FL allergic pada sejuk. 

Kami anak-beranak memang semua allergic pada sejuk. Sebab tu kami tak boleh pasang air-cond kat rumah. Biasanya Kakak FL atau Leeya, kalau sejuk sangat diaorang akan demam atau selsema. 

Ni bila gatal hidung ni, kiranya simpton baru lah, tak pernah sebelum ni dia gatal hidung dan gatal mata. 

Doktor cakap, Kakak FL kena consume ubat ni selama 2 migggu (sekali sehari sahaja), kalau tak sembuh juga, datang balik jumpa Doktor dan Paed akan bagi dia ubat sembur dalam hidung. 

Harapnya, nanti sembuh la Kakak FL. Sekarang sejak consume ubat ni nampak dia dah OK sikit, tapi masih ada gatal-gatal jugak cumanya tak seteruk dari sebelum ni. 

PhD Talk : STUCK and The Power Of SYUKUR

in , by dorsett pink, November 24, 2020

 Assalamualaikum semua. 

Lately, ramai yang tanya aku pasal PhD TIPS. Thanks you all sebab sudi baca Blog Dorsett Pink ni. Walaupun aku share pasal TIPS-TIPS buat PhD, tapi student-student Master pun boleh jugak baca. Sama jer perjalanan buat Master dan PhD, cuma skop research jer yang berbeza. 

Aku faham sekarang ni ramai student Post Grad yang tertekan dek kerana PKP, PKPB dan yang sewaktu dengannya. Ye lah, bila PKPB banyak benda yang kita tak boleh buat - tak boleh pergi library, tak boleh collect data, tak boleh nak buat analisis kat LAB, tak boleh nak sambung buat eksperimen , dan macam-macam lagilah tak boleh buat masa tempoh PKPB ni, tapi yuran belajar tetap sama. Adil tak gitu?

Untuk orang yang ada scholarship atau dapat geran OK lah, tak tertekan dengan masalah kewangan, tapi yang guna duit sendiri, macam mana? Untuk penjawat awam OK lagi, sebab gaji tak kena potong, so boleh lagi bayar yuran pengajian macam biasa. Untuk orang yang tak ada kerja atau yang kena buang kerja atau yang kena potong gaji, macam mana nak membayar yuran tu?. Tambahan pulak, tak boleh nak teruskan kerja-kerja research. Tertekan Babe.. 😭.

Kenapalah pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tak bagi perhatian tentang isu ni. Bila student stress, macam mana diaorang nak buat tesis tu dengan gembira dan nak dapat G.O.T?? Kata nak suruh ramai student postgrad dapat G.O.T, tapi universiti tak tolong bila ada krisis macam ni. errm..

At least bagi lah pengurangan yuran pengajian untuk tahun ni, ataupun bagi student-student ni peluang untuk defer (maksudnya - senangkan proses untuk student minta defer). 

*****************************************************************


Ok, ketepikan isu itu. Nak buat macam mana, kita tetap kena hadap juga masalah ni. Aku faham ramai yang tengah stuck sekarang. Stuck berpunca sebab Krisis Covid19 ni. 

STUCK ni benda biasa masa buat PhD. Tapi kita tak boleh layan STUCK ni lama-lama, kita kena cepat-cepat cari solusi untuk keluar dari STUCK tu. Kalau kita layan lama-lama, kita jadi hilang mood nak tengok tesis / research kita tu, then at the end, kita malas nak teruskan penulisan tesis tu.

Salah satu cara nak keluar dari STUCK ialah BERSYUKUR . 

Bila kita banyak bersyukur, Allah akan bagi kita lagi banyak nikmat/rezeki. Salah satu nikmat masa buat PhD ialah IDEA. 

Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak IDEA yang akan mengalir dalam kepala otak kita. Sampai pada satu tahap, kita akan rasa tak cukup tangan nak buat semua idea-idea tu. 

Macam mana cara aku tunjukan kesyukran aku pada Allah swt:

- Aku buat solat tahajud at least sekali seminggu.

- Buat solat sunat sujud syukur.

- Selalu zikir 'Alhamdulillah' - aku selalu ucap zikir ni setiap masa, masa tengah masak, masa tengah susukan anak, masa tengah buat susu anak, masa tengah drive, masa tengah jogging, dan bila-bila je la.

Dan aku perasan, bila aku banyak buat ni, idea datang mencurah-curah, dan semangat tu pun sentiasa ada dan bersemangat nak tulis tesis sampai siap. 

My family

Last week, aku hantar iron steam aku ke Pusat Servis Philips - Philips Consumer Care yang terletak di Petaling Jaya. 


Iron aku rosak - dia berkelip-kelip pastu steam tak keluar, dan bunyi kuat. 

Sebelum ni pernah terjadi macam tu, bila terjadi macam tu aku on-off ataupun 'decalc' then dia OK.

Tapi kali ni aku dah tak OK-OK. On-Off banyak kali pun tetap jadi benda yang sama. Sebenarnya, sejak sebelum PKPB lagi jadi macam ni, tapi aku relaks je lah, tak rush nak baiki iron ni, sebab tak keluar rumah. Kakak FL pun tak pergi sekolah, so tak perlulah nak iron baju. 

Sekarang, aku relaks sikit, dah pindah rumah, badan pun dah OK, so bolehlah aku drive ke Petaling Jaya hantar iron ni. 



Aku walk-in je. Ikut waze. 

Harga yang baiki iron ni ialah RM 288.00 - depends pada apa yang rosak. Macam iron aku ni ada banyak spareparts yang nak kena tukar. 

Nanti next week baru siap, bila ambik iron baru bayar kos tu. 

Hopefully, lepas baiki ni OK lah iron ni. 

So, buat sementara waktu ni, aku guna iron biasa jer untuk gosok baju. Iron free yang en.suami dapat masa tournement golf. 

Belajar Pasal Urus Duit dan Urus Akaun

in , by dorsett pink, November 22, 2020

Weekend minggu ni aku belajar pasal BASIC ACOUNTING 3 hari sejak hari Jumaat hari tu. Fuhh! berasap kepala.

Baru tahu pasal macam mana nak manage akaun syarikat. Selama ni en.suami hari-hari duk membebel sebab tak belajar pasal akaun. Katanya, disebabkan tak tahu urus akaun boleh buat syarikat lingkup! So sebab tu masuk kelas akaun ni. Alhamdulillah! Banyak benda baru yang aku belajar.


Kalau SALE masuk kencang pun, tapi cashflow tunggang-langgang tak guna jugak. Business lingkup bukan sebab tak buat sale tapi sebab tak pandai urus akaun. So,urus duit,urus akaun dan urus cukai tu sangat-sangat penting.

Hari ni hari last kelas- Aku belajar pasal cukai dan P&L statement (Profit and Loss Statement). Kita memang wajib bayar cukai sebab itu ialah tanggungjawab kita. Biar kita cari LHDN ,jangan tunggu LHDN kejar kita - itulah yang en.suami duk tekankan selama ni. Beli kereta cash pun boleh kalau setiap tahun kita commit bayar cukai tanpa skip.

Aku belajar pasal akaun ni dengan Syarikat Richworks.

Sis buat business apa nak belajar itu ini??

Meh sis habaq, sis buat business susunatur rumah atau omputih cakap - home organization. Korang kan layan Netflix, mesti tahu cerita 'Get Organized with The Home Edit' kan? Macam tu la kerja sis - sis tolong organize rumah orang yang tak cukup masa nak buat sendiri. Dan sis jual barang-barang untuk susunatur rumah contohnya macam CLEAR BINS yang korang tengok dalam gambar ni
😊.

Korang follow je la sis kat instagram atau kat Facebook Page kalau nak tahu lebih lanjut atau untuk tengok idea-idea organizing rumah. Nama company sis ialah LuvSusun Global dengan jenama LuvSusun. Sis dah daftarkan syarikat ni dengan SSM Ogos yang lalu.


Ini gambar The Home Edit, sis pinjam.

Ini gambar The Home Edit jugak




Ini semua testimoni dari customer-customer LuvSusun yang dah membeli organizer dengan sis. Alhamdulillah! So far, sambutan yang menggalakkan sis terima dari follower sis. Terima kasih semua kerana support business Sis ni. InshaAllah satu hari nanticompany ni akan jadi besar macam IKEA 😆. You all doakan ya k.

My Lovely Sweater

in , by dorsett pink, November 22, 2020

 Inilah sweater kesayangan aku - sweater biru. 

Kalau travel masa musim sejuk atau Spring, aku akan bawak sweater ni. 

(Ni gambar masa kat Veitnam tahun 2012).

Sweater ni dah lama beli , sejak aku remaja lagi. My parents yang belikan kat London dulu-dulu. So, pertama kali aku pakai sweater ni ialah mas pergi London dulu. 

Since then, aku selalu pakai sweater ni kalau pergi travel oversea. Sebabnya aku tak ada banyak sweater dan sweater ni yang paling selesa, sebab tu selalu pakai yang ini.


Ni gambar kat Christchurch, New Zealand tahun 2017.


Ni gambar masa on the way balik KL dari Istanbul tahun 2014, naik Malaysia Airlines.


See, banyak tempat aku dah bawak sweater ni pergi berjalan. Boleh katakan bila aku travel masa musim sejuk atau spring aku akan bawak sweater ni sebab aku paling suka sweater ni -selesa. Even sweater ni dah berusia berpuluh tahun tapi tetap OK sampai la ke hari ini. Even warnanya pun tak pudar. Sis suka!.

Actually masa beli dulu, beli 2 colour. 1 warna merah dan 1 warna biru ni. Tapi yang warna merah tu dah hilang. Tak tahu hilang kemana. Maybe hilang masa pindah rumah kot. Dah banyak kali pindah rumah, so tak perasan terhilang. 

Tahun ni sebenarnya plan nak ke Australia dan Egypt. Tiket ke Egypt dah beli (sepatutnya fly April hari tu) tapi dah refund balik, hotel pun dah tempah kat Egypt tu, tapi hotel tak dapat refund sebab katanya bukan salah diaorang kena MCO 😢. Nasib baik tiket flight ke Australia tak beli lagi. 

Walaupun sweater ni dah lama usianya, tapi warnanya masih cantik lagi, tak pudar. 

P/S : Seluar jeans tu pun aku masih simpan sampai sekarang, pakai masa travel pergi oversea jer. Masih elok lagi jeans tu, beli tahun 2008 kot kalau tak silap. Jenama Guess. 

Basikal Pink Untuk Leeya

in , by dorsett pink, November 20, 2020

Leeya dah dapat basikal baru.. Yeaaayyyy!!..

Hari tu en.suami belikan. 

Sebab hari-hari Leeya duk berzikir nak basikal. Ye lah, hari-hari duk tengok kakak dan kawan-kawan kat neighbourhood ni bawak basikal even yang umur 1 tahun pun bawak basikal, so dia pun nak rasa la jugak bawak basikal sendiri.

Tanya kat Leeya dia nak basikal warna apa. Dia jawab warna PINK. 

Bila tanya lagi, jawapan sama jugak - PINK. Tanya lagi, jawapan tetap sama - PINK. 

So, maksudnya memang dia nak sangat-sangat basikal warna PINK.

Taddaaaaa... Inilah basikal untuk LEEYA 😃😃.

Masa beli basikal ni mommy dan Kakak FL tak ikut sebab Kakak FL ada kelas online kat rumah. So, Leeya pergi dengan ayah dia jer ke kedai. Dia pilih yang ini. Harga basikal ni RM 110. 


Orang yang paling happy dapat basikal ni ialah en.suami. Aku tengok muka en.suami aku ceria jer hari tu, senyum memanjang sampai ke malam. Nampak sangat dia happy dapat belikan anak kecik ni hadiah yang sangat diidamkan. Walaupun hanya sebuah basikal, tapi ini pun dah mampu buat dia dan aku happy. 
Leeya tak yah cakap la, hari-hari duk main basikal ni sekarang walaupun tak pandai kayuh lagi. So, mommy la yang kena jadi tukang tolak sekarang 😅. Takpelah, mommy pun dapat exercise jugak 😅.

Hari-Hari Main Basikal

in , by dorsett pink, November 16, 2020

 Sekarang ni boleh kata hari-hari Kakak FL dan Leeya main basikal. 

Seronok betul Kakak FL bilamana basikal dia tu dah di pam. Best la bawak ke sana ke sini.


Leeya setia membonceng basikal bersama Kakak nya. Seronok dua beradik tu, walaupun penat si kakak nak mengayuh basikal sebab Leeya ni boleh tahan jugak berat nya. Mommy dukung dia sekejap pun dah kejung tangan 😅.



Adik pun nak merasa jugak bawak basikal sendiri. So, inilah dia basikal nya. Setia 'mengayuh' basikal tu dari rumah ke playground 😆.


Ni 'basikal' pertama Kakak FL masa kecik-kecik dulu, so sekarang dah jadi adik punya.


Hari-hari Leeya mintak kat ayahnya nak basikal macam kakak 😅. (Sekarang Leeya dah ada big bicycle macam Kakak, nanti aku share kat entri lain). 


😊 Kenangan manis untuk mommy abadikan kat sini. Nanti bila semua dah besar, bolehlah mommy impau balik zaman childhood diaorang 😆.


PAM TAYAR BASIKAL

in , by dorsett pink, November 15, 2020

Disebabkan PKPB ni, kami pun dah jarang keluar rumh pergi ke taman. So, maksudnya Kakak FL pun tak bermainlah dengan basikal kesayangan dia tu. Jadinya, basikal tu terperam je kat rumah.

Bila dah lama terperam, angin basikal pun kelaut - dah tak ada angin tayar depan dan tayar belakang.  

Masa duduk kat rumah baru ni, bolehlah hari-hari main basikal taman dalam neighbourhood ni. Boleh dikatakan semua budak-budak kat sini ada basikal. So, kiranya tak 'IN' lah kalau ada yang tak ada basikal 😅. 

Kakak FL memang suka main basikal FROZEN ni. Boleh baca kat entri ni (entri pertama pasal basikal ungu) - 'SELAMAT DATANG BASIKAL FROZEN' . 

So, hari tu terpaksalah bawak basikal ni ke stesen minyak untuk pam angin. Mulanya ingat nak beli pam basikal, tapi tanya kawan dia ada beli tak pam angin untuk basikal anak-anak dia, dia cakap tak, bawak jer basikal tu ke kedai basikal isi angin. So, tak jadi aku membeli pam basikal. Kita bawak je pergi stesen minyak. 








En.suami yang pam kan, mommy ambik gambar jer 😅.

So, sekarang Kakak FL dapatlah main semula basikal dia ni dengan gembira. Hari-hari dia wajib kayuh basikal ni sekarang.
 

Katil Anak-Anak - Katil FROZEN

in , , by dorsett pink, November 13, 2020

Susah betul nak update blog sekaraang. Sebab penat mengemas rumah ngan penat menjadi bibik a.k.a tukang masak a.k.a cikgu a.k.a babysitter sebab PKPB ni 😭.

Katil dan almari untuk anak-anak dah sampai. Yeayy! Alhamdulillah! 1 bilik siap!. Tinggal lagi 4 bilik nak kemas ni. 

Inilah katil yang diidam-idamkam oleh Kakak FL. Katl FROZEN. Tema FROZEN. 


Sejak dari duduk rumah lama lagi Kakak FL bagitau dia nak katil bunk bed yang ada gambar FROZEN. Nanti bilik dia, dia nak bilik Frozen (Tema Frozen), hari-hari duk tengok gambar-gmbar kat PINTEREST tu bilik girl Frozen. Memang betul-betul angau dengan ELsa dan Anna anak sorang ni. Si adik ikut jer kakak, dia belum pandai nak minta-minta. 


Selepas 2 minggu menanti akhirnya sampailah perabot yang diidamkan. Datang loose item macam ni, kat bilik tu baru diaorang pasang. Kerja pemasangan pun sangat kemas, teliti dan bersih. I LIKE!




Katil ni customized dari kilang. Pergi kat kedai perabot, terus jer kami cakap - ada tak katil bunk bed untuk budak-budak katil FROZEN - terus tanya straight to the point sebab nak jimatkan masa. Banyak jugak kedai perabot yang kami pergi - keluar masuk, keluar masuk. Ambik masa 2 hari juga mencari kedai ni. Tak banyak kedai yang ada buat customization ni. Last-last terjumpa juga dengan harga yang sangat reasonable. 

Almari biasa jer, bukan almari FROZEN sebab tak ada. Kalau ada dah beli. So, beli jer la almari yang available kat kedai tu. Katil tu kami beli sekali ngan tilam dan percuma pillow. 

Lepas dah beli tu, terus en.suami terus beli bedsheet FROZEN. Sekarang tengah usha kedai yang boleh buat curtain FROZEN. Ikutkan nak pergi NILAI 3, tapi sebabkan CMCO, jadi kita hold dulu niat nak ke Nilai 3 tu. Ada macam-macam benda nak shopping kat Nilai 3 tu 😅. 

Tapi bagus jugak CMCO ni, kalau tak nanti duit mengalir macam air terjun, macam -macam benda nak kena beli untu rumah ni. 
 

Pindah Rumah Baru

in , by dorsett pink, November 07, 2020

Sorry lama tak update blog. Busy dengan urusan pemindahan rumah. Pindah rumah kan penat. Bila penat, mood blogging tu kelaut. Hanya mampu duk bersilat dengan hal-hal rumah jer. Ahad minggu lepas secara rasminya kami anak-beranak berpindah ke rumah baru. 

Walaupun dah seminggu berpindah, tapi rumah masih belum berkemas sepenuhnya lagi. Ni pun masih sakit-sakit badan lagi dek kerna duk angkat-angkat barang. huhu. Kiranya sepanjang PKPB ni, kitaorang habiskan masa untuk urusan pemindahan jer. Dari start mencuci rumah baru sampailah dah kemas-kemas rumah ni. 

My new living canvas. 
Alhamdulillah hampir setahun menunggu, akhirnya dapat juga kunci masuk ke rumah baru ni. Ni rumah sendiri. En.suami belikan tanpa hutang - pembayaran tunai. Walaupun beli cash, tapi banyak drama nya. Nanti aku cerita kat entri lain. 



Ni masa mencuci rumah baru. Kitaorang cuci sendiri anak-beranak, tak hire cleaner.


Ni kat rumah baru, masa hari pindah. 

Kitaorang sewa lori, sekali pakej dengan pekerja 3 orang. Pekerja tolong angkat barang. 

Ni kenangan kat rumah lama. Lori 3 tan. Tak ada furniture. 


Penatnya nak repack. huhu. Entah bilalah boleh siap kemas ni.

Kotak-kotak ni kitaorang beli. 1 kotak RM 4.



Ni di rumah baru. Masa ni tak ada barang-barang lagi. Rumah ni rumah sub-sale tapi masih elok dan cantik, sebab hanya ada 1 keluarga jer pernah duduk sini - menyewa. Owner rumah tak duduk sini, dia memang beli untuk investment. Rumah ni ada 5 bilik tidur + 4 bilik air. 

Adik menangis sebab tak nak ambik gambar 😅.


After all, Alhamdulillah!. Thanks Allah for this rezqi. Rezeki selepas banjir besar.  


P/S : Sewa lori dengan senangpindah.com - 010-657 1156. Kerja diaorang sangat bagus dan sangat careful handling barang-barang. Highly recommended!

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE