Sunday, November 22, 2020

Belajar Pasal Urus Duit dan Urus Akaun

Weekend minggu ni aku belajar pasal BASIC ACOUNTING 3 hari sejak hari Jumaat hari tu. Fuhh! berasap kepala.

Baru tahu pasal macam mana nak manage akaun syarikat. Selama ni en.suami hari-hari duk membebel sebab tak belajar pasal akaun. Katanya, disebabkan tak tahu urus akaun boleh buat syarikat lingkup! So sebab tu masuk kelas akaun ni. Alhamdulillah! Banyak benda baru yang aku belajar.


Kalau SALE masuk kencang pun, tapi cashflow tunggang-langgang tak guna jugak. Business lingkup bukan sebab tak buat sale tapi sebab tak pandai urus akaun. So,urus duit,urus akaun dan urus cukai tu sangat-sangat penting.

Hari ni hari last kelas- Aku belajar pasal cukai dan P&L statement (Profit and Loss Statement). Kita memang wajib bayar cukai sebab itu ialah tanggungjawab kita. Biar kita cari LHDN ,jangan tunggu LHDN kejar kita - itulah yang en.suami duk tekankan selama ni. Beli kereta cash pun boleh kalau setiap tahun kita commit bayar cukai tanpa skip.

Aku belajar pasal akaun ni dengan Syarikat Richworks.

Sis buat business apa nak belajar itu ini??

Meh sis habaq, sis buat business susunatur rumah atau omputih cakap - home organization. Korang kan layan Netflix, mesti tahu cerita 'Get Organized with The Home Edit' kan? Macam tu la kerja sis - sis tolong organize rumah orang yang tak cukup masa nak buat sendiri. Dan sis jual barang-barang untuk susunatur rumah contohnya macam CLEAR BINS yang korang tengok dalam gambar ni
😊.

Korang follow je la sis kat instagram atau kat Facebook Page kalau nak tahu lebih lanjut atau untuk tengok idea-idea organizing rumah. Nama company sis ialah LuvSusun Global dengan jenama LuvSusun. Sis dah daftarkan syarikat ni dengan SSM Ogos yang lalu.


Ini gambar The Home Edit, sis pinjam.

Ini gambar The Home Edit jugak




Ini semua testimoni dari customer-customer LuvSusun yang dah membeli organizer dengan sis. Alhamdulillah! So far, sambutan yang menggalakkan sis terima dari follower sis. Terima kasih semua kerana support business Sis ni. InshaAllah satu hari nanticompany ni akan jadi besar macam IKEA 😆. You all doakan ya k.

2 comments:

  1. waah seronoknya belajar akaun..sy pun zero psl akaun nie..haha..good luck for ur business!

    ReplyDelete
  2. terima kasih Mas FVome. Jom la susunatur rumah dengan barang-barang dari LuvSusun

    ReplyDelete