Minggu lepas Kakak FL mengalami gatal-gatal hidung yang sangat teruk. Kesian tengok dia duk garu-gari hidung tu, macam dah nak tercabut hidung dia duk garu.
Biasanya malam-malam lah yang sangat gatal tu. Siang-siang gatal sikit jer. Kadang-kadang, gatal hidung tu berjangkit kat mata - mata dan hidung dua-dua gatal. Kesian dia. Dia cakap gatal kat dalam hidung.
Tak tahan tengok dia duk menggaru, mommy bawak dia jumpa Paed. Paed ni memang dah kenal Kakak FL dan Leeya. Setiap kali diaorang sakit, aku akan bawak dia jumpa Paed ni, sejak dari diaorang kecik sampai lah besar. Kalau ada sakit yang kena X-Ray atau kena admit jer, baru aku bawak diaorang jumpa Paed kat KPJ Ampang Puteri. Kalau tak ada kes-kes yang melibatkan hospital, just bawak je Klinik Paediatrician kat luar.
Alhamdulillah, so far Kakak FL dan Leeya tak pernah kena admit hospital lagi.
Masa jumpa Paed tu, Kakak FL di-diagnosed menghidap 'Allergic Rhinitis' . Kakak FL allergic pada sejuk.
Kami anak-beranak memang semua allergic pada sejuk. Sebab tu kami tak boleh pasang air-cond kat rumah. Biasanya Kakak FL atau Leeya, kalau sejuk sangat diaorang akan demam atau selsema.
Ni bila gatal hidung ni, kiranya simpton baru lah, tak pernah sebelum ni dia gatal hidung dan gatal mata.
Doktor cakap, Kakak FL kena consume ubat ni selama 2 migggu (sekali sehari sahaja), kalau tak sembuh juga, datang balik jumpa Doktor dan Paed akan bagi dia ubat sembur dalam hidung.
Harapnya, nanti sembuh la Kakak FL. Sekarang sejak consume ubat ni nampak dia dah OK sikit, tapi masih ada gatal-gatal jugak cumanya tak seteruk dari sebelum ni.
semoga lekas sembuh ya FL :)
ReplyDeleteAlahaii kesiannya.. Semoga kakak sembuhbye
ReplyDelete