Assalamualaikum semua.
Lately, ramai yang tanya aku pasal PhD TIPS. Thanks you all sebab sudi baca Blog Dorsett Pink ni. Walaupun aku share pasal TIPS-TIPS buat PhD, tapi student-student Master pun boleh jugak baca. Sama jer perjalanan buat Master dan PhD, cuma skop research jer yang berbeza.
Aku faham sekarang ni ramai student Post Grad yang tertekan dek kerana PKP, PKPB dan yang sewaktu dengannya. Ye lah, bila PKPB banyak benda yang kita tak boleh buat - tak boleh pergi library, tak boleh collect data, tak boleh nak buat analisis kat LAB, tak boleh nak sambung buat eksperimen , dan macam-macam lagilah tak boleh buat masa tempoh PKPB ni, tapi yuran belajar tetap sama. Adil tak gitu?
Untuk orang yang ada scholarship atau dapat geran OK lah, tak tertekan dengan masalah kewangan, tapi yang guna duit sendiri, macam mana? Untuk penjawat awam OK lagi, sebab gaji tak kena potong, so boleh lagi bayar yuran pengajian macam biasa. Untuk orang yang tak ada kerja atau yang kena buang kerja atau yang kena potong gaji, macam mana nak membayar yuran tu?. Tambahan pulak, tak boleh nak teruskan kerja-kerja research. Tertekan Babe.. ðŸ˜.
Kenapalah pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tak bagi perhatian tentang isu ni. Bila student stress, macam mana diaorang nak buat tesis tu dengan gembira dan nak dapat G.O.T?? Kata nak suruh ramai student postgrad dapat G.O.T, tapi universiti tak tolong bila ada krisis macam ni. errm..
At least bagi lah pengurangan yuran pengajian untuk tahun ni, ataupun bagi student-student ni peluang untuk defer (maksudnya - senangkan proses untuk student minta defer).
*****************************************************************
Ok, ketepikan isu itu. Nak buat macam mana, kita tetap kena hadap juga masalah ni. Aku faham ramai yang tengah stuck sekarang. Stuck berpunca sebab Krisis Covid19 ni.
STUCK ni benda biasa masa buat PhD. Tapi kita tak boleh layan STUCK ni lama-lama, kita kena cepat-cepat cari solusi untuk keluar dari STUCK tu. Kalau kita layan lama-lama, kita jadi hilang mood nak tengok tesis / research kita tu, then at the end, kita malas nak teruskan penulisan tesis tu.
Salah satu cara nak keluar dari STUCK ialah BERSYUKUR .
Bila kita banyak bersyukur, Allah akan bagi kita lagi banyak nikmat/rezeki. Salah satu nikmat masa buat PhD ialah IDEA.
Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak IDEA yang akan mengalir dalam kepala otak kita. Sampai pada satu tahap, kita akan rasa tak cukup tangan nak buat semua idea-idea tu.
Macam mana cara aku tunjukan kesyukran aku pada Allah swt:
- Aku buat solat tahajud at least sekali seminggu.
- Buat solat sunat sujud syukur.
- Selalu zikir 'Alhamdulillah' - aku selalu ucap zikir ni setiap masa, masa tengah masak, masa tengah susukan anak, masa tengah buat susu anak, masa tengah drive, masa tengah jogging, dan bila-bila je la.
Dan aku perasan, bila aku banyak buat ni, idea datang mencurah-curah, dan semangat tu pun sentiasa ada dan bersemangat nak tulis tesis sampai siap.
My family
tahniah berpeluang belajar tinggi2.
ReplyDeleteitu pun rezeki namanya.
ALHAMDULILLAH MAMPU MENCAPAI JAYA DGN IZIN-NYA
ReplyDeleteIn syaa Allah akan lebih bersyukur dn kurang mengeluh lepas ni.
ReplyDeletetahniah... kami ni dah stop lepas degree. hahah.. takde kekuatan nak sambung lagi.hahaha
ReplyDeleteTabik dengan dp.. Smpai ke master
ReplyDeletealhamdulillah :)
ReplyDelete