Sorry lama tak update blog. Busy dengan urusan pemindahan rumah. Pindah rumah kan penat. Bila penat, mood blogging tu kelaut. Hanya mampu duk bersilat dengan hal-hal rumah jer. Ahad minggu lepas secara rasminya kami anak-beranak berpindah ke rumah baru.
Walaupun dah seminggu berpindah, tapi rumah masih belum berkemas sepenuhnya lagi. Ni pun masih sakit-sakit badan lagi dek kerna duk angkat-angkat barang. huhu. Kiranya sepanjang PKPB ni, kitaorang habiskan masa untuk urusan pemindahan jer. Dari start mencuci rumah baru sampailah dah kemas-kemas rumah ni.
My new living canvas.
Alhamdulillah hampir setahun menunggu, akhirnya dapat juga kunci masuk ke rumah baru ni. Ni rumah sendiri. En.suami belikan tanpa hutang - pembayaran tunai. Walaupun beli cash, tapi banyak drama nya. Nanti aku cerita kat entri lain.
Ni masa mencuci rumah baru. Kitaorang cuci sendiri anak-beranak, tak hire cleaner.
Ni kat rumah baru, masa hari pindah.
Kitaorang sewa lori, sekali pakej dengan pekerja 3 orang. Pekerja tolong angkat barang.
Ni kenangan kat rumah lama. Lori 3 tan. Tak ada furniture.
Penatnya nak repack. huhu. Entah bilalah boleh siap kemas ni.
Kotak-kotak ni kitaorang beli. 1 kotak RM 4.
Ni di rumah baru. Masa ni tak ada barang-barang lagi. Rumah ni rumah sub-sale tapi masih elok dan cantik, sebab hanya ada 1 keluarga jer pernah duduk sini - menyewa. Owner rumah tak duduk sini, dia memang beli untuk investment. Rumah ni ada 5 bilik tidur + 4 bilik air.
Adik menangis sebab tak nak ambik gambar 😅.
After all, Alhamdulillah!. Thanks Allah for this rezqi. Rezeki selepas banjir besar.
P/S : Sewa lori dengan senangpindah.com - 010-657 1156. Kerja diaorang sangat bagus dan sangat careful handling barang-barang. Highly recommended!
Alhamdulillah tahniah rumah baru yg besar n selrsa
ReplyDeletealhamdulillah. Allah bagi rezeki selepas banjir
DeleteSelamat berpindah!
ReplyDeleteBesar rumahnya, 5 bilik :) Alhamdulillah rezeki DP sekeluarga. Tahniah.
alhamdulillah. memang nak rumah yang ada at least 5 bilik sebab banyak barang. hihi
Deleteuish besar juga tu rumah 5 bilik! penat kan nak mengemas 😂 kita tengok pun rasa penat
ReplyDeleteA'AH penat, penat masa pindah ni jer. lepas dah semua dah kemas dah tak penat dah sebab dah ada sistem. tapi takpelah, penat sekali seuumur hidup, lepas ni dah tak nak pindah dah InshaAllah.
Deletealalala cute adik..hehe
ReplyDeletealhamdulillah, selamat deco2 :)
Alhamdulillah
ReplyDeleteLumayan rezekinya
Alhamdulillah! Allah bagi rezeki selepas banjir besar. Ini semua pinjaman sementara dari Allah
DeleteALhamdulillah..tumpang happy :)
ReplyDeleteterima kasih nany
DeleteAlhamdulillah, seronoknya da ada rumah sendiri
ReplyDeletealhamdulillah. terima kasih IQ baca blog saya
DeleteAlhamdulillah.. Rezeki sanhat dpt beli rumah takde hutang.. Bestnya la
ReplyDeleteALhamdulillah, Allah bagi pinjam sekejap nikmat dunia. Terima kasih Nad sudi baca
DeleteAlhamdulillah rezeki.. rumah besar bayar cash.. wow..
ReplyDeleteaLhamdulillah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebetul sangat penat. tu lah, saya buat slow and steady. buat mana yang termampu, bila dah penat saya rehat jer. hihi
DeleteAlhamdulillah. Hebat nya boleh beli rumah cash. Hari tu baru borak dengan husband pasal boleh ke beli rumah secara cash.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ni rezeki dari Allah. Tak de la hebat mana pun, tapi lega kepala sebab tak ada hutang.
Deletealhamdulillah rezeki.. mmg penat nak pack n unpack untuk pindah..
ReplyDeletenak susun2 barang semua..
betul, penat sangat. huhu. nak upah orang unpack kita tak suka, sebab last skali saya jugak yang nak kena susun-sun barang tu semua
Deletebeli rumah secara tunai? wow!
ReplyDeletebyk nyer savings. kagum and tahniah :)
aida berpindah ke rumah baru ni setahun yg lepas.
pindah badan. dpt kunci 5 tahun lepas :) ha ha ha...
so tak le terasa bila pindah badan.
seolah-olah cuci kaki je. selama 4 thn sebelum tu, dah isi sedikit demi sedikit.
tapi! sampai sekarang dok kemas, dok ubah sana sini ha ha ha ha :)
ntah bila mau abis lah.
thanks aida sudi baca entri ni.
Deletesaving tu ada lah sikit-sikit untuk beli rumah. selama ni kami menyewa, simpan duit untuk beli rumah tunai. Ramai kawan-kawan tanya 'apsal ko duk menyewa, belilah rumah sendiri', saya senyum jer bila ada yang tanya macam tu. sebenarnya kami ambik masa untuk beli rumah sebab tengah simpan duit untuk beli rumah yang diidamkan, tak nak lah hanya sekadar membeli jer.
best boleh deco rumah sendiri lepas ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteWah menarik, memang penat kalau pindah sendiri. kena ada bantuan dari pakar
ReplyDelete