Saturday, November 07, 2020

Pindah Rumah Baru

Sorry lama tak update blog. Busy dengan urusan pemindahan rumah. Pindah rumah kan penat. Bila penat, mood blogging tu kelaut. Hanya mampu duk bersilat dengan hal-hal rumah jer. Ahad minggu lepas secara rasminya kami anak-beranak berpindah ke rumah baru. 

Walaupun dah seminggu berpindah, tapi rumah masih belum berkemas sepenuhnya lagi. Ni pun masih sakit-sakit badan lagi dek kerna duk angkat-angkat barang. huhu. Kiranya sepanjang PKPB ni, kitaorang habiskan masa untuk urusan pemindahan jer. Dari start mencuci rumah baru sampailah dah kemas-kemas rumah ni. 

My new living canvas. 
Alhamdulillah hampir setahun menunggu, akhirnya dapat juga kunci masuk ke rumah baru ni. Ni rumah sendiri. En.suami belikan tanpa hutang - pembayaran tunai. Walaupun beli cash, tapi banyak drama nya. Nanti aku cerita kat entri lain. 



Ni masa mencuci rumah baru. Kitaorang cuci sendiri anak-beranak, tak hire cleaner.


Ni kat rumah baru, masa hari pindah. 

Kitaorang sewa lori, sekali pakej dengan pekerja 3 orang. Pekerja tolong angkat barang. 

Ni kenangan kat rumah lama. Lori 3 tan. Tak ada furniture. 


Penatnya nak repack. huhu. Entah bilalah boleh siap kemas ni.

Kotak-kotak ni kitaorang beli. 1 kotak RM 4.



Ni di rumah baru. Masa ni tak ada barang-barang lagi. Rumah ni rumah sub-sale tapi masih elok dan cantik, sebab hanya ada 1 keluarga jer pernah duduk sini - menyewa. Owner rumah tak duduk sini, dia memang beli untuk investment. Rumah ni ada 5 bilik tidur + 4 bilik air. 

Adik menangis sebab tak nak ambik gambar 😅.


After all, Alhamdulillah!. Thanks Allah for this rezqi. Rezeki selepas banjir besar.  


P/S : Sewa lori dengan senangpindah.com - 010-657 1156. Kerja diaorang sangat bagus dan sangat careful handling barang-barang. Highly recommended!

28 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah rumah baru yg besar n selrsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Allah bagi rezeki selepas banjir

      Delete
  2. Selamat berpindah!
    Besar rumahnya, 5 bilik :) Alhamdulillah rezeki DP sekeluarga. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. memang nak rumah yang ada at least 5 bilik sebab banyak barang. hihi

      Delete
  3. uish besar juga tu rumah 5 bilik! penat kan nak mengemas 😂 kita tengok pun rasa penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'AH penat, penat masa pindah ni jer. lepas dah semua dah kemas dah tak penat dah sebab dah ada sistem. tapi takpelah, penat sekali seuumur hidup, lepas ni dah tak nak pindah dah InshaAllah.

      Delete
  4. alalala cute adik..hehe
    alhamdulillah, selamat deco2 :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah! Allah bagi rezeki selepas banjir besar. Ini semua pinjaman sementara dari Allah

      Delete
  6. ALhamdulillah..tumpang happy :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, seronoknya da ada rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih IQ baca blog saya

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Rezeki sanhat dpt beli rumah takde hutang.. Bestnya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah, Allah bagi pinjam sekejap nikmat dunia. Terima kasih Nad sudi baca

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki.. rumah besar bayar cash.. wow..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat penat. tu lah, saya buat slow and steady. buat mana yang termampu, bila dah penat saya rehat jer. hihi

      Delete
  11. Alhamdulillah. Hebat nya boleh beli rumah cash. Hari tu baru borak dengan husband pasal boleh ke beli rumah secara cash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ni rezeki dari Allah. Tak de la hebat mana pun, tapi lega kepala sebab tak ada hutang.

      Delete
  12. alhamdulillah rezeki.. mmg penat nak pack n unpack untuk pindah..
    nak susun2 barang semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, penat sangat. huhu. nak upah orang unpack kita tak suka, sebab last skali saya jugak yang nak kena susun-sun barang tu semua

      Delete
  13. beli rumah secara tunai? wow!
    byk nyer savings. kagum and tahniah :)

    aida berpindah ke rumah baru ni setahun yg lepas.
    pindah badan. dpt kunci 5 tahun lepas :) ha ha ha...
    so tak le terasa bila pindah badan.
    seolah-olah cuci kaki je. selama 4 thn sebelum tu, dah isi sedikit demi sedikit.

    tapi! sampai sekarang dok kemas, dok ubah sana sini ha ha ha ha :)
    ntah bila mau abis lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aida sudi baca entri ni.

      saving tu ada lah sikit-sikit untuk beli rumah. selama ni kami menyewa, simpan duit untuk beli rumah tunai. Ramai kawan-kawan tanya 'apsal ko duk menyewa, belilah rumah sendiri', saya senyum jer bila ada yang tanya macam tu. sebenarnya kami ambik masa untuk beli rumah sebab tengah simpan duit untuk beli rumah yang diidamkan, tak nak lah hanya sekadar membeli jer.

      Delete
  14. best boleh deco rumah sendiri lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  15. Wah menarik, memang penat kalau pindah sendiri. kena ada bantuan dari pakar

    ReplyDelete