Dah lama tak menulis. Hari ni rasa nak menulis. Rindu kat blog ni, tak terupdate. Kakak Fl tak sihat, so mommy kena bagi attention kat dia.
Hari ni aku nak cerita pasal 'Boyfriend Kedekut'.
Ternampak ada orang post kat FB pasal Lelaki a.k.a suami kedekut.
Sebelum aku kahwin dulu, aku ada lah beberapa orang boyfriend. Satu BF dalam 1 masa. Bila bercinta , pastu putus. Pastu bercinta dengan orang lain pulak, pastu putus. Pastu dengan orang lain pulak, pastu putus sampailah aku berjumpa dengan soulmate aku iaitu jodoh aku yang sebetulnya. Penat sebenarnya perjalanan nak mencari pasangan hidup yang betul-betul serasi dengan kita dan sanggup menerima kita seadanya.
Back to main topic.
Aku pernah bercinta dengan lelaki kedekut. Kedekut tahi hidung masin. Kedekut sampai dia ni boleh dikategorikan sebagai 'pisau cukur'. Mula-mula berkawan tu dah nampak perangai dia, tapi aku bersabar, kot-kot satu hari nanti dia akan berubah. Tapi last-last tetap sama jugak dan buatkan aku ambik keputusan untuk break-up. Tapi sebenarnya break-up tu sebab ada masalah yang lagi besar iaitu - si dia ni tak percaya kat ALLAH. Dia ni kira macam FREE THINKER. Dia orang Islam atas IC, tapi dia tak solat dan tak percaya Allah. Dia siap cakap lagi yang dia kata - 'nanti i mati i masuk neraka, so i tak kisah'. Fuhh! BERANI GILER pengakuan dia tu.
Hold dulu cerita pasal soal akidah tu. Nanti aku cerita kat entri lain kalau aku rajin. hahahhaa.
Sekarang aku nak cerita pasal sifat kedekut dia .
Dia ni kedekut, tapi lifestyle dia mewah. Boleh kata hampir setiap hari dia makan yang mahal-mahal. Sebab bagi dia - dia anak orang kaya. So dah terbiasa dengan lifestyle 'have-have' ni - acah-acah jer. (Tapi, sebenarnya, tak lah kaya sangat pun).
Makan-makan tu, Siapa yang bayar? Kebanyakkannya, aku la yang jadi mangsa kena bayar. Hari-hari makan Sushi King, hari-hari pergi The Curve (kitaorang suka lepak kat area Damansara, sebab aku duk situ dulu), hari-hari makan Dunkin Donut, Big Apple, dan segala yang seangkatan.
Dia punya trick ialah - ajak aku pergi makan kat restoren tu, pastu dia order je apa yang dia nak makan. Aku ingatkan dia yang belanja. Lepas makan, dia suruh aku pergi bayar. Mati-mati aku ingatkan dia yang belanja.
Bukan sekali dua tapi banyak kali jadi macam tu. Siapa yang bodoh? Aku la yang bodoh. Sebab kerana sayang, aku ikut.
Pastu dia minta aku belikan apa-apa (through phone call), aku pun belikanlah. Then, lepas dah bagi pada dia, dengan selamber nya dia buat dek jer tanpa bayar apa-apa.
Ada hari aku minta dia bayar balik kat aku - end up, kitaorang akan bergaduh.
Lepas tu dia kata, 'OK, esok I bayar'. Tapi nan-hado.
Pernah juga dia kata 'I ganti balik duit you nanti, tapi nan-hado'. Last-last sampai dah break-up pun, dia masih ada hutang berbaki dengan aku lebih kurang dalam RM 2k. Sampai sekarang tak bayar-bayar.
Dn paling teruk, dia suruh aku tukar kereta - pakai Cambry. Masa tu aku pakai Myvi. Aku selesa dengan Myvi aku, kecik molek jer tapi sangat berjasa Myvi tu kat aku. Setiap bulan aku bayar MyVi tu dalam RM 550.
Dia suruh tukar dia kata duit ansuran MyVi yang aku bayar tu 'MAHAL' sangat, patutnya kereta Malaysia, bayar murah jer la. Sebenarnya sebab dia nak bawak Cambry, sebab adik dia teringin nak paka Cambry. Tapi kenapa tak beli sendiri???
Last-last aku break-up, so tak sempat beli Cambry. Nanti kalau andaikata terbeli Cambry tu, confirm Cambry tu jadi macam hakmilik dia.
So, siapa yang bodoh?? Akulah yang bodoh!. Sebab percaya kat dia bulat-bulat.
Dia pernh cakap, nanti bila kami kahwin, dia nak kitaorang pergi honeymoon kat Tahiti Island. Tahiti Island tu kat U.S. Aku dah boleh agak, andai kata kalau kitaorang jadi ebrkahwin, aku lah yang kena belanja duit semua untuk pergi honeymoon tu. (Nasib baik tak jadi kahwin!).
Kalau ikutkan bergaduh, banyak kali lah aku bergaduh ngan dia sebab duit. Duit aku hujung bulan tak cukup. Habis! Last-last aku kena ikat perut makan maggi.
Aku fikir, sebelum kahwin pun bergaduh bagai bab duit, nanti kalau lepas kahwin, lagilah bergaduh.
Dia sampai nak tahu dalam akaun aku ada berapa duit. Punyalah sayang dan percaya aku pun tunjuk lah duit dalam akaun aku. Sejak tu, dia banyak lah nak 'paw' aku macam-macam.
Contohnya, macam kitaorang pernah bergaduh sebab dia suruh aku belikan Laptop 'VAIO' untuk adik dia. Masa tu Laptop SONY VAIO sangat-sangat famous. Sebab dia kata adik dia nak sangat Vaio tu, so sebagai abang yang sangat bertanggungjawab, dia nak lah belikan untuk adik dia. Then, aku cakap 'kalau nak beli, belilah guna duit sendiri'. Masa tu kat kedai Sony, kat PJ. Pastu terus kitaorang bergaduh, dia tak puas hati. Since then, dia tak cakap lagi pasal VAIO.
Sejak itu, aku pun percaya yang kata orang tua-tua, kalau kita berkahwin, kena ada 'secret account', dan jangan bagitau pada suami tentang secret accoun kita tu, sebab secret account tu akan menjadi penyelamat kita jika berlaku apa-apa.
Ada sorang kawan aku (dah berusia, anak dah besar -wanita), dia nasihatkan aku:
- kalau orang tu kedekut sebelum berkahwin, lepas kahwin dia jadi lagi kedekut.
-kalau sebelum kahwin, dia panas baran, selepas kahwin dia lagi panas baran.
- kalau sebelum kahwin pemalas, nanti lepas kahwin dia lagi pemalas.
Sebab sebelum kahwin kita cuma kenal orang tu 10% jer, lagi 90% kita tak tahu perangai dia, bila dah berkahwin baru akan kenal 200%.
Sekarang bila teringat balik, Nasib baik aku tak kahwin dengan dia. Kalau tak, sekarang mungkin aku dah naik-turun mahkamah sebab kes bercerai 😆. Syukur sekarang aku dapat suami yang sangat bertanggungjawab dan pemurah.
SO, moral of the story untuk orang-orang bujang yang masih mencari pasangan hidup, masa first date tu tengok, siapa yang bayarkan makan/minum. Kalau wanita kena bayar, tinggalkan jer. Ramai lagi orang yang lebih baik diluar sana.
*peace
kalau kawen dgn org kedekut, memang stress. cari yang cermat ok lagi, cermat2 ada hasil untuk kita berdua. biasa kedekut, mmg untuk dia je
ReplyDeleteBahaya orang kedekut ni. Lebih bahaya bila dah berkahwin dan dah ada anak. Kesian pada isteri. Dan lebih kesian pada anak-anak.
ReplyDeleteKedekut2 ni elok duk membujang je kan.. haha
ReplyDeletekedekut tapi nak pakai duit orang ish tak faham org macam ni
ReplyDelete