Saturday, January 30, 2021
Buat Medical Check-Up 1 Badan di KPJ Ampang Puteri
Tuesday, January 26, 2021
Throwback - Osaka Kyoto
P/S : Sekarang Kakak FL dah besar , dah 7 tahun tahun 2021 ni =)).
Friday, January 22, 2021
Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021
Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021.
Tahun ni Kakak FL masuk Darjah 1 macam yang aku selalu update kat entri-entri sebelum ni.
Memang excited mommy anak masuk Darjah 1. Dah berangan-angan hari first day nak antar kakak FL pergi sekolah , pastu nak tunggu sampai petang.
Last-last terpaksa menghadap TAB sebab sekolah online jer.
Takpelah, inilah dugaan. Apa yang dirancang tak selalu menjadi sebab perancangan Tuhan lagi Maha Hebat.
So, inilah gambar hari pertama Kakak FL masuk sekolah hari tu (20 januari 2021).
Ni kelas tambahan matematik sebelah petang. Kakak FL masuk kelas Mental Arithmetik sejak awal tahun 2020. Sekarang kelas semua ONLINE.
Tuesday, January 19, 2021
Kakak FL Masuk Darjah 1 - Mommy Dah Download Microsoft Teams
Kakak FL Masuk Darjah 1 - Mommy Dah Download Microsoft Teams. Yeeeeaaaayy!!
Tahun ni Kakak FL masuk sekolah rendah Darjah 1.
Isnin hari tu, semua parents Darjah 1 dah ada briefing dari pihak sekolah secara online.
So, persekolahan akan bermula pada esok (20 hb Januari 2021) secara online.
Senarai nama kelas dah keluar dan Kakak FL pun dah tahu dia kelas mana. Kami pun dah berkenalan dengan guru kelas. 1 kelas ada 2 orang guru kelas. Kat Sekolah Kakak FL ni, guru kelas dipanggil sebagai mentor.
Jadual kelas ONLINE pun dah keluar. Secara tentatifnya, kelas online ni hanya sehingga 26 Januari 2021 ni saja. Tapi kalau PKP extend lagi, so maksudnya extend lagilah belajar online ni.
So, minggu pertama persekolahan ni, akan bermula dengan Minggu Orientasi dulu. Orientasi secara online sehingga Hari Jumaat ni. So, start minggu depan baru belajar betul-betul untuk setiap subjek.
Pembelajaran Online Sekolah KAKAK FL akan guna software Mictosoft Teams.
Kakak FL nanti akan guna Samsung Tablet untuk belajar online, so, mommy dah download siap-siap Apps Microsoft Teams dalam Tab ni.
Pihak sekolah pun dah antar emel dan password untuk setiap pelajar guna Teams ni.
So, esoklah bermula episod baru dalam hidup Kakak FL dan MOMMY 💗. All the best anakku.
Esok pulak nanti Mommy update - Hari pertama Kakak FL masuk sekolah 😊.
Monday, January 18, 2021
Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!
Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!
Kakak FL dah umur 6 tahun . Tahun ni genaplah dia berusia 7 tahun Jun nanti. Dah besar kan?
Kejap jer rasa , macam baru semalam mengandungkan dia. Tup-tup dah masuk darjah 1.
Tahun-tahun lepas, aku geram dengan Kakak FL ni.
Kalau mommy suruh apa-apa, lambat betul nak buat, atau tak buat langsung. Ayat dia - 'Kejap mommy, jap-jap'. Jap-jap tu last-last tak buat. Last-last mommy yang kena buat. HUH!.
Bila tak ada maid, memang kita mak-mak kena buat banyak kerja rumah kan. Kalau anak-anak tolong rasa ringan sikit. En.suami aku selalu tolong , Alhamdulillah!. Tapi kalau dia sibuk, jam 12 malam baru balik rumah. So, tak kan nak suruh dia tolong jugak kan? Kesian la dia penat-penat cari rezeki, balik rumah mestilah nak rehat.
Pastu Kakak FL ni, kekadang melawan juga. Bila mommy cakap apa-apa, ada lah jawapan dia 'itu-ini'.
Aku boleh bersabar, tapi kadang-kadang tak boleh bersabar juga. Tapi tak kan nak biarkan peranagi dia tu macam tu sampai dia besar. Tak Boleh!. Dari sekaranglah kena didik dia betul-betul, contohi akhlas Rasulullah saw.
Itulah benda yang merisaukan aku pasal Kakak FL ni - pasal akhlak dan adab.
Tahun lepas ALLAH makbulkan doa aku -dengan cara Allah gerakkan hati aku untuk follow Ustazah Asma Harun kat sosial media.
Dan salah satu petua Ustazah Asma share kan untuk anak-anak kita menjadi anak soleh dan anak solehah ialah dengan - 'Amalkan baca Surah Al-Saffat, Ayat 100". Jadikan Ayat itu sebagai zikir harian kita dan bacakan pada anak-anak.
Selepas beberapa bulan aku amalkan baca doa tu, Alhamdulillah! Kakak FL sekarang sangat-sangat ikut cakap mommy. Dah tak melawan, dan terus je buat apa yang mommy suruh. Memang miracle!
Baca post ni nak tahu doa tu - 'DOA SUPAYA ANAK-ANAK MENJADI SOLEH SOLEHAH'.
Saturday, January 16, 2021
Declutter - Nak Buat Rumah Cantik dan Tersusun Indah
Declutter - Nak Buat Rumah Cantik dan Tersusun Indah.
Decluttering atau Spring Cleaning - projek ni dah menjadi annual project untuk rumah aku. Biasanya kalau bulan November atau Disember, aku akan buat spring cleaning kat rumah. Aku akan sisihkan barang-barang yang dah tak guna, yang dah tak muat atau yang dah rosak ketepi dan buang! Opppsss! Buang atau donate.
Mana yang asih elok tu, aku akan donate ke mana-mana tempat yang memerlukan especially tudung dan baju-baju.
Biasanya baju anak-anak lah yang banyak untuk let go sebab diaorang ni cepat sangat membesar. Baju pakai pun cukup-cukup setahun jer, lepas tu dah kena tukar baju lain. Tak kan nak simpan baju diaorang tu banyak-banyak (nanti boleh simpan untuk adik).
Adiknya entah bila lah nak dapat. So, sementara nak tunggu dapat adik baru, lebih baik sedekahkan baju-baju diaorang tu semua, sebab semuanya masih elok lagi. Tak kan nak bagi kat orang baju yang dah buruk kan.
Bila kita let go, barang-barang atau baju-baju yang kita dah tak guna, rumah kita pun makin kemas dan bertambah kurang lah barang-barang. kalau tak 'buang', nanti, barang-barang kat rumah bertambah banyak pulak, pastu rumah jadi semak dan serabut sebab dipenuhi dengan barang-barang yang dah tak berfungsi.
(Boleh tengok entri-entri aku yang lepas pasal spring cleaning ni - Get Organized ).
Tapi sekarang ni, aku dah tak buat acara 'DECLUTTERING' ni secara tahunan . Sebab azam tahun 2021 ni aku nak menjadi Lebih Organized dan Lebih Kemas, so, decluttering ni aku buat selalu - setakat ni setiap minggu / weekly . So, decluttering ni dah menjadi weekly routine kat rumah aku.
Aku pun dapat educate en.suami - suruh dia buang jer barang-barang yang dah tak guna, tak perlu nak simpan. Kalau sayang nak buang, sedekah kan. Bila kita sedekah, kita akan lagi happy dan tenang.
Persediaan Masuk Darjah 1 Tahun 2021
Ni ready-made pembalut buku. Senang ! Terus lekat je kat buku, dah tak perlu nak guna gunting untuk potong plastik, potong saletape macam zaman mommy dulu-dulu. Ni beli sekali kat Pustaka Rakyat tu.