Semalam (Jumaat, 29 Januari 2021), aku dan en.suami pergi buat full medical check-up atau dipanggil sebagai Full Body Health Screening kat KPJ Ampang Puteri. Aku buat dalam 200++ ujian termasuk ujian untuk cancer screening dan HIV screening (dah ada dalam pakej sekali).
Appointment di set minggu lepas, semalam je en.suami free, so sebab tu buat semalam.
Actually en.suami aku memang buat screening ni setiap tahun. Kalau tak silap aku, dah 6-7 tahun dah lah dia buat full body screening kat KPJ Ampang Puteri ni. Aku pulak ni baru first time pergi buat, sebab rasa macam sakit-sakit dada hari tu.
Sebelum buat check -up ni, KPJ ada post botol kecik untuk letak najis dalam tu. Pastu kami kena puasa 8 jam (tak boleh makan dan minum manis), cuma boleh minum air kosong jer. Dan kami diarahkan untuk pakai pakaian sukan sebab kena berlari atas treadmill untuk buat stress test.
Kami sampai di KPJ jam 8.30 pagi. Kakak FL terpaksa ponteng PdPR semalam, so dia dan Leeya dijaga oleh babysitter semalam.
Sampai hospital jer, register dan terus kena ambik darah dan urine untuk blood test.
Peralatan dah ready untuk buat ujian pap smear
Lepas ambik urine dan blood, kena jumpa doktor untuk doktor check breast dan buat pap smear. Ni dah kali ke-4 aku buat pap smear. Last buat masa lepas bersalin Leeya 3 tahun lepas kat hospital yang sama. Buat pap smear ni kena tukar gown hospital.
Lepas buat pap smear, kena pergi ke bilik X-Ray untuk buat :
- Bone Densitometry Test - ' A Bone density test to diagnose osteopenia and osteoporosis'.
- Chest X-Ray - nak tengok dada dan struktur yang berdekatan dengan dada.
- Ultrasound - ultrasound ni untuk check breast (for breast cancer detection), kidney, pundi kencing dan perut.
Ini gown hospital yang kena pakai masa buat X-Ray
Inilah gown hospital yang aku pakai. Nasib baik ada cermin, bolehlah tangkap gambar sendiri. Sebab masa buat check-up ni, aku dan en.suami berpisah - kena buat asing-asing.
Ini ialah katil untuk bone densitometry - nak tengok ketumpatan tulang belakang.
Duduk atas katil ni, kaki kena ikat, pastu katil ni bergerak ke kiri dan kanan. Fun jugak 😆.
Lepas buat X-Ray, kena breakfast ringan dulu kat lounge Wellness Unit.
Ini lounge Wellness Unit kat KPJ Ampang Puteri.
Lepas breakfast, kena pergi ke Unit ni - Unit Diagnostik Khas
Kat sini kena buat test - hearing test, stress test dan buat ECG (untuk check jantung).
Ini Bilik Audio - untuk buat hearing test.
Ini hearing test - kena pakai headphone ketat-ketat.
Lepas tu kena buat ECG dan buat stress test - kena berlari atas treadmil ni.
Walaupun aku selalu jogging, tapi kali ni kena berlari tak macam biasa - sebab kena berlari macam mendaki bukit. Ada katil kat sebelah treadmil ni. So, kalau sesiap pengsan atau pitam masa/lepas berlari ni, terus diaorang angkat atas katil.
Ni gambar semalam, wajiblah selfi satu kan =))
Lepas habis buat stress test kat Unit Diagnostik tu, aku kena jumpa Doktor Pakar Jantung - Dr. Ika dan Doktor ENT - Dr. Amin. Then lepas tu terus balik. Tapi sebelum balik dapatlah makan minum dulu kat Gloria Coffeekat dalam hospital - KPJ bagi voucher makan.
dapat goodie bag
ini cenderahati dalam goodie bag
Check up semalam habis dalam jam 1 petang. Hampir-hampir jam 1 pm. Lama jugak kan?
Next week kena datang untuk follow-up result.
In case ada yang tanya berapa harga kalau nak buat check-up kat KPJ Ampang Puteri, ini harga terbaru yang available. Pakej yang ambik tak ada dalam senarai ni, sebab aku guna ambik pakej under membership en.suami aku - Premium membership.
Bagi aku OK buat check-up kat sini, aku suka.
Another option untuk full body medical check-up yang murah sikit, korang boleh check-out ialah kat IJN - Institut Jantung Negara.
Keputusan Medical Check-Up ni, boleh baca kat entri ni - "THE RESULT OF MY FULL MEDICAL CHECK UP".
**********************************************************************
Jom follow aku kat Facebook.
Kat Facebook aku selalu buat LIVE dan ada upload video-video.
Klik jer link ni dan tekan butag "FOLLOW" 😊 - https://www.facebook.com/eyleentravel
Mudah2an sihat2 aje hendaknya
ReplyDeleteAlhamdulillah, sihat
Deletekite pun baru buat haritu sebab beli insurans hehe
ReplyDeleteoh ye ke. good. good. bagus
DeleteDEMI MENJAGA KESIHATAN DPRI
ReplyDeleteye betul akak
DeleteBagus cek semua sekali..
ReplyDeletebetul,
Deletewah bagus ni..at least tahu sejauh mana thaap kesihatan kita kan :)
ReplyDeletebetul. untuk detect awal-awal tahap kesihatan kita
DeleteBlh ke bawa org teman
ReplyDeleteBoleh sis
Deleteperkongsian yg menarik...cuma nk tnya musim covid ni ada kne buat swab test dlu ke kalau nk buat medical checkup?
ReplyDeleteperkongsian yg menarik.cuma nk tanya musim covid ni kne buat swab test dlu ke untuk buat medical checkup?
ReplyDeleteTerima kasih sis sebab sudi baca entry saya ni. Swab Test tu tak perlu buat sis. Hanya perlu call pihak hospital untuk set appoiment dan datang ke hospital masa tarikh appoinment. Sebelum tarikh appoinment, Pihak hospital akan pos pada kita surat kebenaran pergi ke hospital (kot-kot kalau kena tahan polis) dan bekas untuk isi urine dan najis kita.
Delete
ReplyDeleteJazakillah khairan kathira ats info dari puan. sngat mmbantu
Terima kasih cikdin kerna sudi baca entri saya ni =))
DeleteSis lepas test result dpt brp lama? Dia sekali dgn consultation ke?
ReplyDeleteSeminggu sis dapat result. A'ah charge tu sekali dengan consultation fee dengan beberapa orang pakar, antaranya ialah pakar jantung dan pakar ENT
Delete