Sekarang kan Musim Banjir kat Pantai Timur dan Johor.
Kesian tengok mangsa-mangsa banjir ni. Rumah aku pernah kena banjir tahun lepas. (Boleh baca entri Julai 2020), so aku tahu macam mana perasan dia bila banjir ni. huhuhuhu.. Penat ooo!. Penat nak mencuci rumah yang disaluti lumpur. Bila penat emosi kita pun terganggu, tidur tak lena, makan tak kenyang, sebab stress tengok rumah tak sempurna. huhu.
So, untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ni. Aku sumbangkan makanan dan keperluan untuk mereka melalui pihak Farm Fresh KL dan Selangor - Team Bapak Susu.
Sebenarnya aku nak belikan barang-brang keperluan tu bagi pihak aku sendiri. astu terfikir, dah alang-alang pergi kedai beli barang sumbangan, belikan sekali lah sesiapa yang nak minta tolong belikan sumbangan especially kawan-kawan. Then aku pun mesej la kawan-kawan tanyakan kot-kot diaorang nak sumbangkan apa-apa untuk mangsa banjir ni. Senang aku belikan semua sekali harung jer, pastu terus aku hantar ke Team Bapak Susu untuk diagihkan ke mangsa-mangsa banjir.
Bila aku blast whatsapp ke kawan-kawan dan group-group whatsapp yang aku aku join., ramai juga kawan-kawan yang respond dan berikan sumbangan. Antaranya ialah Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih BEN Ashaari dan ahli-ahli Kelab KBBA atas sumbangan yang diberikan.
So, hari Jumaat hari tu, aku ke kedai, belikan semua barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir dan terus aku hantar ke warehouse Farm Fresh Selangor.
Alhamdulillah! Aku happy dapat tolong kawan-kawan yang tak sempat nak belikan barang-barang. Dan aku pasti mangsa-mangsa banjir turut happy sama.
Add your comment