My Diaper Storage Idea - Susunatur Pampers. 

Ini ialah cara aku simpan dan susun pampers Leeya. 


Aku guna Cart RASKOG, beli kat IKEA masa tahun 2018 - masa Leeya lahir. So dah lama lah aku simpan pampers guna cara ni. Biasanya aku beli pampers Leeya 1 jer setiap kali beli. Bila beli jer, terus aku keluarkan semua dari plastik bag tu dan letak kat sini. 

Bila pampers habis, baru akan beli lain. So, aku tak simpan stok pampers banyak-banyak sebab tak ada ruang khas untuk letak stok pampers. Lagipun kedai depan rumah jer, senang je nak beli pampers kalau habis. 


Wet Tissue dan oinment ada ruang khas sendiri. Beli kat IKEA juga, RM 2.90 je satu. 




Kat sebelah atas sekali tu, aku guna untuk letak keperluan minuman untuk Leeya. Ada air kosong, susu formula, ada air panas dan air minum. 

Senang guna cart ni sebab senang nak move kemana-mana. 

Nanti bila Leeya dah tak pakai pampers, boleh guna cart ni untuk letak barang-barang lain pulak. Kiranya Cart RASKOG ni memang banyak kegunaan - multifunction.

Telekung Anak-Anak

in , by dorsett pink, February 26, 2021

Tahun ni Kakak FL dapat telekung baru - warna pink. Mommy beli kat Butik Hari-Hari. Sebenarnya beli telekung tu untuk kegunaan kat sekolah nanti. Tapi Pihak Sekolah maklumkan yang murid-murid Tahap 1 tak perlu solat guna telekung lagi, cukup sekadar solat pakai uniform sekolah sebab dah tutup aurat dengan baik.


So, telekung ni kita guna kat rumah jer. Telekung Kakak FL sebelum ni bagi kat Leeya. 



Telekung pink tu mommy dah siap jahit nama lagi. Sebab nanti takut tertukar dengan kawan-kawan. Jahit nama pada telekung, kain dan sejadah. Tapi tak jadi guna kat sekolah, it's ok. Mana tahu nanti bila guna telekung ni untuk outing, so tak lah tertukar dengan orang lain pulak kan. 

Ingat nanti nak beli 1 lagi, untuk letak dalam kereta. 

Kakak FL cakap telekung ni selesa, kain dia sejuk , tak nipis dan tak tebal, lembut jer. 

Gajet Kakak FL Untuk PdPR

in , by dorsett pink, February 25, 2021

 Gajet Kakak FL Untuk PdPR



Ini tab Kakak FL. Dia guna tab ni untuk PdPR. Seebenarnya tablet ni mommy yang punya. My husband gave me 2 years ago duting my phd convocation. Kiranya ni hadiah dari en.suami sempena tamat PhD 😊.

Dia bagi  hadiah ni sebab dia cakap 'Senang sikit you nak blogging 😊'. Alahaiii... Thank you so much sayang. 

Memang aku selalu cakap kat diri aku (cakap dalam hati jer) 'bestnya kalau ada tab, boleh blogging kat mana-mana hatta dalam kereta pun, sebab nak bawak laptop pergi mana-mana berat'. Allah dengar permintaan aku dalam hati. Lalu Allah makbulkan melalui en.suami. Alhamdulillah! Thank you Allah!

Tapi hakikatnya, lepas dapat tab ni sangat jarang aku guna untuk blogging, aku lebih suka update blog guna laptop jer. Update blog kat handphone aku tak suka, tak best skrin kecik, sakit mata tengok. Maybe nak kena invest beli keypad cantik-catik kot baru ada mood nak blogging guna tab. hahhahha.

So, memandangkan Kakak FL terpaksa belajar secara online 'PdPR', jadi bagi dia je lah guna tablet ni - Tab Samsung. Dan mommy terus kekal guna laptop dan handphone.  

So, sejak Januari 2021, tablet ni dah menjadi hakmilik Kakak FL. Walaupun dia dah dapat autoriti hakmilik tab ni, tapi dia tak guna untuk tujuan lain selain hanya belajar. Salute Kakak. 

Dia buat jadual dan rules sendiri, dia cakap dia cuma akan tengok tab (main dan tengok YouTube) hari Ahad dan Selasa jer, hari-hari lain dia tak kan tengok. OK, mommy setuju. 

Dan sehingga kini, dia masih patuh pada rules yang dia cipta sendiri, tapi cuma pegang tab siang hari je la. Malam-malam sama-sama tengok TV. 

Adalah jugak kadang-kadang dia tengok video dan main game tapi dia cuma buat macam tu bila ada 'gap' antara kelas jer, kalau tak ada homework. Kalau ada homework, dia akan siapkan homework. Homework kan banyak. Priority dia ialah belajar. 

Kelas online sekolah habis tengahari. So, dia cuma ada masa sebelah pagi jer untuk 'bersama' dengan tab ni. Lepas habis kelas, dia terus bagi mommy - itulah yang berlaku setiap hari. 

Ini antara jadual kelas Kakak FL. 

So, masa gap antara kelas tu ada chance la tengok youtube jap, tapi dia terpaksa siapkan homework. Aku tak paksa, dia sendiri yang set rules untuk utamakan homework. Dia tahu, kalau dia tak buat homework hari tu jugak, esokkannya dia yang terbeban sebab homework makin banyak. 

Homework kan banyak. Boleh kata setiap kelas ada homework. So, habis je kelas kat Microsoft Team, dia terus buat dan siapkan homework tu, atau tak pun, sempat pun break pergi toilet dan makan. So, memang tak ada peluang pun nak main game kat tab. 

Kalau dia nak tengok youtube, dia akan tengok kat TV ramai-ramai ngan kitaorang. So, semua orang akan tonton rancangan yang dia tengok tu. Kiranya waktu tengok TV tu ialah waktu 'family time'. 


Ini TV kitaorang - smart TV. Beli TV ni masa nak PKP Januari 2021 hari tu. Beli ni pun sebab PKP , kalau tak ada PKP memang tak beli, sebab takut bosan pulak duduk rumah lama-lama. TV lama rosak, so dah lama kami semua tak tengok TV. 


Minggu ni minggu last PdPR, so aku nak ambik gambar banyak-banyak untuk buat kenangan untuk masukkan dalam photo album =))

 'Checklist' Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak Darjah 1. 

Tahun ni Kakak FL masuk Darjah 1.

Mommy yang excited sangat. Almaklumlah anak pertama masuk sekolah rendah kan. 

Sejak Disember 2020 lagi, aku dah prepare semua barang-barang keperluan sekolah untuk Kakak FL. Walaupun akhirnya diumumkan PdPR, tapi aku tetap rasa happy dan lega sebab dah prepare awal. Takpe, prepare awal-awal, so tak adalah nanti aku kelam-kabut last minute. 

Aku ni kalau kelam-kabut, macam-macam benda yang aku lupa, ini tak de, itu takde, so bila tak ada banyak benda, kesian kat Kakak FL lah. Sebab tu aku prepare awal-awal, untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. 

1 Mac 2021 minggu depan sekolah secara bersemuka , so minggu ni aku fokus untuk iron baju sekolah dan labelkan semua buku-buku supaya senang nak kenal. Jadual kelas dah keluar, so kena print dan tampal. itulah benda yang aku kena buat minggu ni.  

Kakak FL sekolah 1 sesi dari pagi sampai petang, so tak perlu tukar baju tengahari tu. Pakai baju yang sama jer 1 hari.

checklist senarai barang darjah 1

Antara keperluan persekolah anak-anak Darjah 1 yang aku sediakan ialah :

1. Uniform sekolah,  - aku beli 4 pasang.

2. Pakaian sukan untuk PJK - 1 pasang.

3. Tudung sekolah - 5 helai. Better beli Jenama Tudung Si Comel. Ini link beli kat Shopee - 

4. Stokin hitam - aku beli 5 pasang. 

5. Anak tudung - aku beli 4 helai.

6. Singlet - aku beli 5 helai.

7. Kasut sekolah - 2 pasang warna hitam.

8. Botol air - 2 botol (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).

9. Lunch box (untuk bekal makanan) - 2 (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).

10. Alat tulis - gam, gunting kanak-kanak, pencil box, pensil (beli sekotak terus), pemadam (beli banyak-banyak terus, senang pemadam selalu hilang), sharpener (beli banyak-banyak jugak sebab sharpener ni selalu hilang), pembaris. 

11. Pensil warna - aku beli jenama Staedtler LUNA 24 pieces. 

Pensel warna LUNA boleh beli kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clgz1ob


12. Barang-barang art & craft untuk subjek Pendidikan Seni (senang beli siap-siap, so tak perlu mommy nak pergi ke kedai alat tulis setiap minggu)  - Antaranya ialah kertas kosong A4, kertas warna-warni, ribbon (beli 2-3 warna), pinggan plastik, cawan plastik, batang ais krim, tali (tali yang biasa orang guna buat buku skrap), water colour & berus, water colour palette, glitter. 

Bahan-bahan Art untuk Subjek PSV, beli kat Shopee :

Kertas bewarna : https://invl.io/clgz1rk

Ribbon : https://invl.io/clgz1sg

Kertas putih A4 : https://invl.io/clgz1sz

Water colour, brand Buncho : https://invl.io/clgz1u4

Berus mewarna (Paint brush) : https://invl.io/clgz1vg

Water colour palette (Bekas warna) : https://invl.io/clgz1w9

Cawan kertas : https://invl.io/clgz1wq

Pinggan kertas : https://invl.io/clgz1x9

Glitter : https://invl.io/clgz1xs

Sketch pad : https://invl.io/clgz1ya

Drawing block (Kertas lukisan) : https://invl.io/clgz1yt

Gam UHU : https://invl.io/clgz1zc


13. Peralatan makan (sebab cikgu suruh bawak sendiri, tak boleh kongsi-kongsi) - sudu garfu plastik. 

Boleh baca entri pasal beli beg sekolah, beli botol air dan sudu garfu kat "SINI".


14. Tag nama - untuk dijahit pada tudung sekolah (kalau lelaki kena jahit kat baju sekolah) - aku tempah banyak terus dalam 10 keping. 5 keping untuk tudung, 1 untuk sejadah, 2 untuk telekung, 1 untuk towel kecil, 1 untuk kain lap meja.

15. Lencana sekolah - beli jer kat Koperasi sekolah. Boleh tempah kat Shopee, ini linknyahttps://invl.io/clgz1pl

16. Sejadah - Sejadah ni aku jahit tag nama sekali, takut tertukar. Tag nama yang aku guna ialah nama yang dijahit di tudung sekolah tu. Sejadah kanak-kanak beli kat Shopee, ini link Shopeehttps://invl.io/clgz1qg


17. Selipar - untuk ambil wuduk.

18. Towel - untuk lap muka lepas ambik wuduk.

19. Wet tissue - untuk sanitize meja dan barang-barang sendiri. 


Boleh baca juga : 'SILIBUS MATEMATIK KBAT SEKOLAH RENDAH SANGAT SUSAH'.


20. Buku tulis.

21. Buku teks (Kami tak ambil skim pinjaman buku teks, sebab nanti buku tu tak boleh nak conteng dan tulis). 

22. Buku latihan - Cikgu bagi senarai buku.

23. Pembalut buku. 

24. Beg sekolah. 

25. Beg kecik untuk letak sejadang dan small towel.

26. Face mask. Link Shopee Face Mask Kanak-Kanak : https://invl.io/clgz20o

27. Hand sanitizer. Hand sanitizer holder cute-cute : https://invl.io/clgz21c

28. Sticker nama - Untuk nak labelkan nama pada barang-barangkan peribadi. Sebab nanti takut tertukar.

29. Cop nama (Stamp)- Untuk cop nama pada buku, sebab mommy malas nak tulis banyak-banyak. 


Ni kenangan masa interview masuk sekolah September tahun lepas. Boleh baca kat entri ni - 

"TEMUDUGA KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN"



Antara entri-entri lain yang berkaitan dengan kemasukan Darjah 1 ni ialah : 



Nak anak-anak jadi anak soleh dan solehah? Meh baca entri ni - 


Semoga anak-anak kita semua dilindungi dari bahaya virus Covid19. Semoga semua anak-anak yang bersekolah ni kekal sihat dan ceria seprti kebiasaan. Amin.

Buku Cerita Uruskan EMOSI Siri AWAL

in , by dorsett pink, February 24, 2021
Kakak FL suka membaca. Sangat suka. Dari kecik lagi dia memang suka baca buku, malah bukan saja buku, tpi sekarag dah berjinak-jinak baca newspaper. So, aku belikan suratkhabar The Sun - sebab dalam The Sun ada section khas untuk budak-budak. Jadinya dia cuma baca seksyen tu je lah. 

Tahun lepas Kakak FL habiskan baca buku cerita pendek Siri Awie dan Sasha. Boleh baca entri tu kat sini - 'LATIHAN MEMBACA CERITA PENDEK BAHASA MELAYU UNTUK KAKAK FL'. 

 Dia dah habis khatam buku Awie Sasha tiga-tiga siri. Tahun ni dia berminat dengan buku cerita siri AWAL pulak - Buku Cerita Uruskan EMOSI. Buku ni diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holding, syarikat dibawah NGO IKRAM. 

Minggu lepas aku beli buku ni kat Shopee. 6 biji buku aku beli. Sebelum tu dah beli 2 biji. 


Dapat je buku-buku ni, Kakak FL terus pulun baca. Hari pertama habiskan 4 buku, esokkannya habiskan 2 biji buku lagi. Habis dah!. 


Kakak FL suka buku AWAL ni sebab ayat dia pendek-pendek jer, pastu ayat dia senang nak faham. Sebab tu dia suka sangat. OK lah untuk budak-budak Darjah 1 praktis membaca. At the same time, dapat pupuk budaya membaca. 

So, sekarang mommy tengah pening nak beli buku apa pulak. Macam nak pinjam kat library jer, senang. Tapi PKP ni banyak library yang tutup. 

Any suggestion buku apa yang punya ayat pendek-pendek macam buku AWAL ni? Sebarang cadangan amatlah dialukan =)). 


Susunatur 'Tools'

in , , by dorsett pink, February 23, 2021

Susunatur Semula 'Tools' atau Reorganizing my toolbox. 

Baru-baru ni masa PKP aku reorganize balik toolbox aku kat rumah ni. Sebabnya 
1) Tools dah makin bertambah, lagi banyak, so perlukan toolbox baru. 
2) Toolbox yang sediaada dah uzur, dah lebih 10 tahun aku guna sejak dari zaman universiti lagi. 

Jadinya, aku pun reoranize balik lah toolbox aku ni. Aku beli toolbbox baru. 

Tools yang kecik-kecik aku letak kat dalam box ni, siap ada compartment.

Aku beli 3 box ni kat Mr.DIY. Yang paling besar yang bawah sekali tu gunanya untuk letak DRILL machine. Yang no 2 tengah-tengah tu untuk letak spannar jaya , segala jjenis spannar dan sewaktu dengannya letak kat dalam box tu. Dan yang atas sekali untuk letak small tools.


Bila dah oragnize dan kemas balikk, macam ni la rupanya. 


Inilah toolbox aku yang legen tu. Aku guna ni sejak dari UiTM Seri Iskandar. Dah uzur sangat dah. Tu yang seluk-seluk tu sebab masuk dalam banjir tahun lepas, tak larat aku nak cuci sebersih-bersihnya. 


Lepas dah reorganize ni, aku rasa happy sangat-sangat. Organizing / susunatur ni ialah 1 terapi buat aku.


Kalau korang nak kan inspirasi dan motivasi dan nak tengok gambar atau video untuk susunatur rumah, bolehlah follow Instagram - @LuvSusun. www.instagram.com/luvsusun
 

EH! Ada Orang Kenal DP?

in , by dorsett pink, February 23, 2021

Masa aku pindah ke rumah baru aku ni bulan November 2020 hari tu, aku tak kenal sesiapa pun kat sini. Hatta kat rumah lama dulu pun, aku tak kenal jiran-jiran jugak, ada la bertegur sapa sekejap-sekejap tu tapi tak kenal rapat la. Al-maklumlah, orang INTROVERT kan, so memang sangat-sangat pemalu. Gittttuuuuu 😅.

So, masa kat umah baru ni pun memang tak kenal dan tak tegur siapa-siapa lah, jiran-jiran pun semua busy, susah sangat nak jumpa orang. 

Petang-petang aku bawak anak-anak pergi main kat playground. Kat situ ada ramai kids dan ada beberapa orang mak-mak yang temankan anak-anak diaorang. Aku cuma senyum-senyum jer, nak tegur malu.

Tiba-tiba ada satu hari tu  (Ni masa Bulan November 2020 hari tu), aku disapa seseorang, wanita, muda lagi....... 

'Saya macam kenal awak'. 

Aku senyum jer, sebab dah selalu orang cakap macam ni. Ramai orang yang muka sama dengan aku kat luar sana. Dalam dunia ni kan ada 7 orang yang muka sama macam kita. So, itu normal.

Masa aku nak cakap 'pelanduk 2 serupa tu'.... tetiba dia terus cakap 'awak ni Dorsett Pink ke?'.

Terus aku terkejut beruk. Muka aku terus berubah. Memang tak sangka sangat-sangat ada orang kenal Dorsett Pink. 

Aku cakap 'Ye betul...'. 'Macammana awak tahu?'

'Saya follow blog awak'. 

Peeeerrrrggghhhh!!!! Terus rasa kepala aku berputar-putar. 

'Saya siap bukak IG awak ni nak confirmkan betul tak ni Dorsett Pink, siap tengok muka anak-anak awak, so betul la ni Dorsett Pink' (sambil tunjuk handphone dia kat aku). 


Aku senyum... speechless.... tak tahu nak cakap apa.. memang betul-betul terkejut.

Lalu dia pun bertanya 'eh! awak duduk sini ke?'.

Jawab aku - 'a'ah saya baru pindah sini, baru 2 minggu'. 

'Oh, ye ke?'  jawab si dia. 'Rumah no berapa?'. 

Lepas jawab soalan dia, aku terus tanya 'awak baca blog saya ek?, dah lama ke follow saya?'

Jawab dia - 'a'ah saya dulu baca blog awak, selalulah baca, tapi sekarang dah malas dah nak baca blog, so tengok kat IG jer, tapi tu pun jarang dah bukak IG, sebab busy'.. 

Aku : 'ooooh, follow sebab apa? suka baca pasal apa?'. 

Dia : ' sebab saya buat PhD, so saya baca blog awak untuk baca TIPS-TIPS pasal study'. 

Kemudian, kami terus bebual mesra macam dah lama kenal. 

Dia tanya 'nak panggil apa ek?'. Jawab aku , ' panggil Intan jer'. 

Pastu dia cakap 'seronoknya, tak sangka saya dapat jumpa awak depan-depan'. 'So, bolehlah saya ambik no phone awak kan'. 😆

(Wah! terus aku rasa macam dibuai mimpi , macam terbang kat kayangan pulak, tetiba rasa macam retis. EH!). 

Dia sekarang tengah struggle siapkan tesis PhD dia. Sejak tu, aku dah kenal ramai orang kat taman ni, dia yang kenalkan. Alhamdulillah! Aku dapat kawan baru. Rupanya kat taman perumahan ni ada ramai yang tengah buat PhD dan dah siapkan PhD, kiranya ramai 'Doktor' la kat sini, either Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah.

Anak-anak aku pun dah ada kawan, ada geng dah. 

Kat taman perumahan aku ni, mostly Melayu, tapi ada juga bangsa lain macam Arab, Cambodian, Chinese. Kiranya MIX la. Budak-budak kat sini kebanyakkannya speaking english. So, Kakak FL akan speaking english bila main kat playground. Leeya? dia masih cakap bahasa Jerman 😅😅😅😅. 

Tak sangka pulak rupanya ada yang kenal Dorsett Pink kat luar. Maksudnya, lepas ni kena behave je lah, sebab ada yang memerhati.. kot-kot ada yang kenal lagi. hahahhahaha.



Baru Beli 'Water Heater'

in , by dorsett pink, February 17, 2021

Aku kan baru pindah rumah baru. Nak kata baru sangat pun, rasanya dah 3 bulan duduk sini. 

Rumah baru kan - totally empty, so memakan masa la sikit nak penuhkan rumah ni. Apa yang penting, kami beli dulu. Mana yang boleh tangguh, kami tangguh dulu. Baru tak terasa sangat duit tu keluar.Kalau tak sekejap jer poket licin. 

So, baru-baru ni en.suami baru je beli 'water heater'. 

Water heater ni bukan priority untuk kami sekeluarga. Sebab aku dan en.suami boleh je mandi air sejuk pagi-pagi, air tu tak sejuk mana pun. Duduk kat bandar kan, kalau duduk kat kampung, rasa air bukit...Fuhh! memang terus rasa FROZEN kot bila kena air sejuk pagi-pagi. 

Cumanya, Kakak FL perlu mandi air panas pagi-pagi sejak-sejak dari start sekolah ni kan. Kalau sebelum ni cuti sekolah, adalah chance bangun lewat. Sekarang dah start PdPR, memang hari-hari nak kena bangun awal dan mandi. 

So, dia tak tahan mandi air sejuk. Dek kerana itu, kami belilah water heater ni.

En.suami pasang sendiri. Dia suka DIY. Tapi bukan hardcore DIY-er la



Yeayy! Dah siap.


Alhamdulillah! So sekarang Kakak FL boleh mandi dengan gembira pagi-pagi.

 

Azam 2021 Kakak FL

in , by dorsett pink, February 09, 2021

Azam Tahun 2021 Kakak FL

Masuk je tahun baru, pasti semua orang pasang azam tersendiri kan -a apa yang nak dicapai pada tahun tersebut. Eventhough setiap azam tu belum tentu menjadi kenyataan (dan kebanyakkannya pun terkulai layu jer), but least ada juga plan dan target dari langsung tak ada letak apa-apa target kan? .

Sama jugak untuk kanak-kanak, ada jugak azam dalam diri seorang kanak-kanak - apa yang dia nak buat atau nak capai tahun tu.

Macam anak aku, Kakak FL ni - dia cakap -
 1) tahun ni dia nak pandai bawak basikal tanpa trainning wheel atau roda kecik. 
Dan jugak dia kata , 2) tahun ni dia nak tidur sendiri kat bilik dia dan tak lagi tidur bawah ketiak mommy. hahahhaha.

Azam No.1 tu dah berjaya capai semalam (to be exact - 8 Februari 2021). Tapi azam No 2 eerrrmmmm, belum lagi nampak sinarnya sampai sekarang. Takpe, ada lagi masa 10 bulan lagi untuk jayakan. hahahaha. 

Bulan Januari hari tu, Kakak FL dengan sendirinya suruh ayah dia buang trainning wheel tu. Aku ingatkan ayah dia cuma naikkan ke atas je , so that wheel tu tak pijak bumi. Tapi, dia buang terus. Gigih Kakak FL praktis petang-petang. Sebabkan tak konsisten praktis (kejap trainning, kejap tak) disebabkan hujan, so proses nak berjaya tu makan masa la. 

Semalam , 8 Februari 2021, dengan rasminya Kakak FL dah berjaya kayuh basikal tu sendiri tanpa bantuan mommy. Biasanya mommy la yang tolong dia praktis ni. So, kini tamatlah sudah kontrak mommy sebagai part-timer cycling coach 😅😅😅😅. 

Syabas Kakak!. 

Azam NO 1 dah tertunai. 

Tinggal azam no.2 pulak. 

Aku selalu ingatkan dia pasal azam no.2 tu. hahahha. Dia cakap, tunggu dia umur 7 tahun (masa birthday dia). Ok, takper, kita tunggu bulan Jun nanti tengok macam mana. Biasanya Kakak FL ni dia commit pada target dia. 

Contoh tahun lepas dia kata nak baca al-Quran besar masa sebelum dia masuk sekolah rendah, so berjaya buktikan yang dia dapat baca al-Quran sebelum masuk sekolah rendah. Syabas beta!. Dan banyak lagi lah target-target lain yang dia buat dan berjaya dicapai. Alhamdulillah!

Dari kecik lagi aku ajar dia suruh buat target - supaya kita menjadi orang yang dedicated dan lebih berjaya dari sebelum-sebelum ni, dan tak hanya berada di takuk yang sama jer. 

Bravo Kakak FL. Mommy look forward to see more achievement 😊. 
 

The Result of My Full Medical Check Up

in , by dorsett pink, February 05, 2021

Minggu lepas kan aku ada buat full body screening check-up kat KPJ Ampang Puteri. Kiranya full medical check-up secara komprehensif. Boleh baca post tu kat sini - 'BUAT MEDICAL CHECK-UP 1 BADAN DI KPJ AMPANG PUTERI'.


http://www.dorsettpink.com/2021/01/medical-checkup-kpj-ampang-puteri.html

Wajiblah ambik gambar kan? Kalau tak bergambar, bukan blogger la.. 😅😅😅.

Jubah ni dibeli kat Bandung tahun 2012. Masih elok dipakai sehingga hari ini 😊.



Medical Check-up aku under pakej Platinum. Ada lebih dari 200++ pemeriksaan yang dibuat termasuk cancer detection.

Dari result yang aku dapat hari ini. Semua ujian menunjukkan result OK. Jantung OK, liver OK, Perut OK , Usus OK, semuaya OK lah. 

Kecuali 1 jer tak OK .

Errrmm.... Aku ada cyst. Ya Cyst. Aku ada cyst kat kidney dan kat Ovari sebelah kanan. 

Nasib baik buat check-up, kalau tak buat sampai kesudah tak tahu ada cyst.
So, next week aku kena jumpa Gynae. Jumpa Gynae mana-mana pun tak kisah. Tapi aku lebih prefer untuk jumpa Dr Zalina kat hospital yang sama, sebab selesa dengan dia. Dulu kan bersalin Leeya dengan Dr Zalina ni. 

Aku tak risau, sebab semua orang ada cyst, cuma cyst tu bahaya atau tidak. So, nanti Gynae boleh confirmkan samada bahaya atau tidak. 😊😊.

By the way, jom follow aku kat Facebook.
Kat Facebook aku selalu buat LIVE dan ada upload video-video. 
Klik jer link ni dan tekan butag "FOLLOW" 😊 - https://www.facebook.com/eyleentravel
 

Sekolah Online (PdPR) OK Tak?

in , by dorsett pink, February 02, 2021

Sekolah semua dah dibuka pada 20hb Januari hari tu. Tapi segalanya berjalan secara atas talian atau PdPR. 

MInggu ni masuk minggu ke-3 anak-anak kita semua bersekolah, termasuklah anak aku - Kakak FL. 


Kelas Kakak FL dah start 20hb tu lagi. Boleh baca kat entri-entri yang lepas : 

- PERSEDIAAN MASUK DARJAH 1 TAHUN 2021

KAKAK FL MASUK DARJAH 1 - MOMMY DAH DOWNLOAD MICROSOFT TEAM

- HARI PERTAMA SEKOLAH DARJAH 1 TAHUN 2021

Ramai yang tanya - 'Macam mana Kakak FL belajar secara online ni? OK Tak?'

Ini jawapan aku :

Aku faham ramai parents yang rasa stress dan tertekan masa musim PdPR ni. Mana tak tertekannya, parents jugak yang kena jadi cikgu, parents jugak yang kena masak, nak kena susukan anak, nak kemas rumah, nak setel baju-baju nak basuh dan lipat, nak kena kerja lagi. Aihh! Bertambah la pulak kerja parents masa PKP ni. 

Parents jugak nak kena monitor anak-anak buat homework (itu memang kerja hakiki parents), tapi sebelum buat homework tu nak kena ajar anak tu dulu. 

Untuk parents yang eductaed maybe tak ada masalah untuk ajar anak-anak. Tapi parents yang tak educated? Kesian diaorang. Macam mana nak ajar anak Math, Sains, Kimia dan lain-lain. huhu.

Aku memahami parents-parents yang ada bagitau pasal masalah PdPR anak-anak ni. 

Itu belum lagi parents stress sebab masalah gajet tak cukup. Yang ada anak ramai, nak kena share gajet dengan adik-beradik, susah juga tu. Ada yang lagi kesian, family langsung tak ada smart phone, hatta ibu ayah pun tak pakai smart phone. Kesian sangat. Macam mana diaorang nak belajar? Usaha Ustaz Ebit dan Ustazah Asma bagi bantuan Tab tu sangat-sangat mebantu anak-anak yang tak ada kemudahan tu. Semoga Allah merahmati mereka. 

Itu semua adalah keluhan mak-ayah yang punya anak-anak bersekolah.

Sabar ya mak ayah semua. Ini ujian unutk kita semua, termasuk juga ujian untuk para GURU. So, kita bersabar dalam menumpuh ujian ni sebba Allah nak muliakan kita. 

*********************************************

Berbalik pada cerita Kakak FL. OK Tak dia?


Aku bersyukur sekolah Kakak FL sangat-sangat OK. Cikgu-cikgu semua memainkan peranan yang sangat bagus dan berdedikasi dalam mendidik anak-anak, hatta masa PdPR. 

Bersyukur sangat aku dan en.suami memilih sekolah yang tepat untuk Kakak FL (dan adik-adik dia nanti). So far, tak ada pun parents yang komplen kat dalam Group Whatsapp sekolah. Semua OK.

Kakak FL bersekolah kat Sekolah Al-Amin. 

Sebelum 20hb Januari, parents semua dah diberi taklimat panjang lebar oleh pihak sekolah. 

Masa PdPR ni, anak-anak akan belajar 4 subjek setiap hari dan masa untuk setiap subjek antara 20-40 minit sahaja. 

So far, aku tengok Kakak FL enjoy sangat belajar online ni kat sekolah tu. Semua aktiviti pembelajaran guna Microsoft Teams. 

Minggu ni Cikgu dah start bagi homework. Dan homework tu semua diberi tempoh seminggu untuk submit. 

Macam mana nak submit homework? 

Ni gambar Kakak FL tengah buat homework.

Semua homework dibuat dalam buku tulis (yang dah beli awal-awal dulu), dan kita kena snap gambar dan send gambar dan Microsoft Teams tu. Senang!. Tak perlu nak print. 

Kakak FL ni suka belajar. Sejak dari tadika lagi dia memang suka belajar, so mommy tak perlu nak monitor dia sangat. dia boleh berdikari. Dan homework yang diberi pun, dia boleh siapkan sendiri, tanpa mommy suruh dan paksa buat. Semuanya dia susun sendiri. Mommy cuma tanya - 'Kakak Dah Siap Homeowork?' itu je soalan mommy. hahahhaa.

Ini meja belajar dia sepanjang PdPR. Dia yang kemas sendiri ni. Mommy tengok - aik, dah kemas? 

(Tanpa mommy suruh). Alhamdulillah Kakak. You have done a great job!.


Ini jadual kelas dia hari ni. Jadual ni akan sentiasa berubah setiap hari. So, setiap malam, aku akan update jadual dia untuk keesokkan harinya. 


After all i can said, aku happy sangat dengan perkembangan Kakak FL so far dan aku happy dengan uasaha pihak sekolah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-didik mereka. 


Syabas IKRAM MUSLEH!

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE