My Diaper Storage Idea - Susunatur Pampers.
Ini ialah cara aku simpan dan susun pampers Leeya.
My Diaper Storage Idea - Susunatur Pampers.
Ini ialah cara aku simpan dan susun pampers Leeya.
Tahun ni Kakak FL dapat telekung baru - warna pink. Mommy beli kat Butik Hari-Hari. Sebenarnya beli telekung tu untuk kegunaan kat sekolah nanti. Tapi Pihak Sekolah maklumkan yang murid-murid Tahap 1 tak perlu solat guna telekung lagi, cukup sekadar solat pakai uniform sekolah sebab dah tutup aurat dengan baik.
Gajet Kakak FL Untuk PdPR
So, sejak Januari 2021, tablet ni dah menjadi hakmilik Kakak FL. Walaupun dia dah dapat autoriti hakmilik tab ni, tapi dia tak guna untuk tujuan lain selain hanya belajar. Salute Kakak.
Dia buat jadual dan rules sendiri, dia cakap dia cuma akan tengok tab (main dan tengok YouTube) hari Ahad dan Selasa jer, hari-hari lain dia tak kan tengok. OK, mommy setuju.
Dan sehingga kini, dia masih patuh pada rules yang dia cipta sendiri, tapi cuma pegang tab siang hari je la. Malam-malam sama-sama tengok TV.
Adalah jugak kadang-kadang dia tengok video dan main game tapi dia cuma buat macam tu bila ada 'gap' antara kelas jer, kalau tak ada homework. Kalau ada homework, dia akan siapkan homework. Homework kan banyak. Priority dia ialah belajar.
Kelas online sekolah habis tengahari. So, dia cuma ada masa sebelah pagi jer untuk 'bersama' dengan tab ni. Lepas habis kelas, dia terus bagi mommy - itulah yang berlaku setiap hari.
'Checklist' Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak Darjah 1.
Tahun ni Kakak FL masuk Darjah 1.
Mommy yang excited sangat. Almaklumlah anak pertama masuk sekolah rendah kan.
Sejak Disember 2020 lagi, aku dah prepare semua barang-barang keperluan sekolah untuk Kakak FL. Walaupun akhirnya diumumkan PdPR, tapi aku tetap rasa happy dan lega sebab dah prepare awal. Takpe, prepare awal-awal, so tak adalah nanti aku kelam-kabut last minute.
Aku ni kalau kelam-kabut, macam-macam benda yang aku lupa, ini tak de, itu takde, so bila tak ada banyak benda, kesian kat Kakak FL lah. Sebab tu aku prepare awal-awal, untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.
1 Mac 2021 minggu depan sekolah secara bersemuka , so minggu ni aku fokus untuk iron baju sekolah dan labelkan semua buku-buku supaya senang nak kenal. Jadual kelas dah keluar, so kena print dan tampal. itulah benda yang aku kena buat minggu ni.
Kakak FL sekolah 1 sesi dari pagi sampai petang, so tak perlu tukar baju tengahari tu. Pakai baju yang sama jer 1 hari.
Antara keperluan persekolah anak-anak Darjah 1 yang aku sediakan ialah :
1. Uniform sekolah, - aku beli 4 pasang.
2. Pakaian sukan untuk PJK - 1 pasang.
3. Tudung sekolah - 5 helai. Better beli Jenama Tudung Si Comel. Ini link beli kat Shopee -
4. Stokin hitam - aku beli 5 pasang.
5. Anak tudung - aku beli 4 helai.
6. Singlet - aku beli 5 helai.
7. Kasut sekolah - 2 pasang warna hitam.
8. Botol air - 2 botol (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).
9. Lunch box (untuk bekal makanan) - 2 (senang kot-kot mommy terlupa basuh 😅).
10. Alat tulis - gam, gunting kanak-kanak, pencil box, pensil (beli sekotak terus), pemadam (beli banyak-banyak terus, senang pemadam selalu hilang), sharpener (beli banyak-banyak jugak sebab sharpener ni selalu hilang), pembaris.
11. Pensil warna - aku beli jenama Staedtler LUNA 24 pieces.
Pensel warna LUNA boleh beli kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clgz1ob
12. Barang-barang art & craft untuk subjek Pendidikan Seni (senang beli siap-siap, so tak perlu mommy nak pergi ke kedai alat tulis setiap minggu) - Antaranya ialah kertas kosong A4, kertas warna-warni, ribbon (beli 2-3 warna), pinggan plastik, cawan plastik, batang ais krim, tali (tali yang biasa orang guna buat buku skrap), water colour & berus, water colour palette, glitter.
Bahan-bahan Art untuk Subjek PSV, beli kat Shopee :
Kertas bewarna : https://invl.io/clgz1rk
Ribbon : https://invl.io/clgz1sg
Kertas putih A4 : https://invl.io/clgz1sz
Water colour, brand Buncho : https://invl.io/clgz1u4
Berus mewarna (Paint brush) : https://invl.io/clgz1vg
Water colour palette (Bekas warna) : https://invl.io/clgz1w9
Cawan kertas : https://invl.io/clgz1wq
Pinggan kertas : https://invl.io/clgz1x9
Glitter : https://invl.io/clgz1xs
Sketch pad : https://invl.io/clgz1ya
Drawing block (Kertas lukisan) : https://invl.io/clgz1yt
Gam UHU : https://invl.io/clgz1zc
13. Peralatan makan (sebab cikgu suruh bawak sendiri, tak boleh kongsi-kongsi) - sudu garfu plastik.
Boleh baca entri pasal beli beg sekolah, beli botol air dan sudu garfu kat "SINI".
14. Tag nama - untuk dijahit pada tudung sekolah (kalau lelaki kena jahit kat baju sekolah) - aku tempah banyak terus dalam 10 keping. 5 keping untuk tudung, 1 untuk sejadah, 2 untuk telekung, 1 untuk towel kecil, 1 untuk kain lap meja.
15. Lencana sekolah - beli jer kat Koperasi sekolah. Boleh tempah kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clgz1pl
16. Sejadah - Sejadah ni aku jahit tag nama sekali, takut tertukar. Tag nama yang aku guna ialah nama yang dijahit di tudung sekolah tu. Sejadah kanak-kanak beli kat Shopee, ini link Shopee : https://invl.io/clgz1qg
17. Selipar - untuk ambil wuduk.
18. Towel - untuk lap muka lepas ambik wuduk.
19. Wet tissue - untuk sanitize meja dan barang-barang sendiri.
Boleh baca juga : 'SILIBUS MATEMATIK KBAT SEKOLAH RENDAH SANGAT SUSAH'.
20. Buku tulis.
21. Buku teks (Kami tak ambil skim pinjaman buku teks, sebab nanti buku tu tak boleh nak conteng dan tulis).
22. Buku latihan - Cikgu bagi senarai buku.
23. Pembalut buku.
24. Beg sekolah.
25. Beg kecik untuk letak sejadang dan small towel.
26. Face mask. Link Shopee Face Mask Kanak-Kanak : https://invl.io/clgz20o
27. Hand sanitizer. Hand sanitizer holder cute-cute : https://invl.io/clgz21c
28. Sticker nama - Untuk nak labelkan nama pada barang-barangkan peribadi. Sebab nanti takut tertukar.
29. Cop nama (Stamp)- Untuk cop nama pada buku, sebab mommy malas nak tulis banyak-banyak.
Ni kenangan masa interview masuk sekolah September tahun lepas. Boleh baca kat entri ni -
Masa aku pindah ke rumah baru aku ni bulan November 2020 hari tu, aku tak kenal sesiapa pun kat sini. Hatta kat rumah lama dulu pun, aku tak kenal jiran-jiran jugak, ada la bertegur sapa sekejap-sekejap tu tapi tak kenal rapat la. Al-maklumlah, orang INTROVERT kan, so memang sangat-sangat pemalu. Gittttuuuuu 😅.
So, masa kat umah baru ni pun memang tak kenal dan tak tegur siapa-siapa lah, jiran-jiran pun semua busy, susah sangat nak jumpa orang.
Petang-petang aku bawak anak-anak pergi main kat playground. Kat situ ada ramai kids dan ada beberapa orang mak-mak yang temankan anak-anak diaorang. Aku cuma senyum-senyum jer, nak tegur malu.
Tiba-tiba ada satu hari tu (Ni masa Bulan November 2020 hari tu), aku disapa seseorang, wanita, muda lagi.......
'Saya macam kenal awak'.
Aku senyum jer, sebab dah selalu orang cakap macam ni. Ramai orang yang muka sama dengan aku kat luar sana. Dalam dunia ni kan ada 7 orang yang muka sama macam kita. So, itu normal.
Masa aku nak cakap 'pelanduk 2 serupa tu'.... tetiba dia terus cakap 'awak ni Dorsett Pink ke?'.
Terus aku terkejut beruk. Muka aku terus berubah. Memang tak sangka sangat-sangat ada orang kenal Dorsett Pink.
Aku cakap 'Ye betul...'. 'Macammana awak tahu?'
'Saya follow blog awak'.
Peeeerrrrggghhhh!!!! Terus rasa kepala aku berputar-putar.
'Saya siap bukak IG awak ni nak confirmkan betul tak ni Dorsett Pink, siap tengok muka anak-anak awak, so betul la ni Dorsett Pink' (sambil tunjuk handphone dia kat aku).
Aku senyum... speechless.... tak tahu nak cakap apa.. memang betul-betul terkejut.
Lalu dia pun bertanya 'eh! awak duduk sini ke?'.
Jawab aku - 'a'ah saya baru pindah sini, baru 2 minggu'.
'Oh, ye ke?' jawab si dia. 'Rumah no berapa?'.
Lepas jawab soalan dia, aku terus tanya 'awak baca blog saya ek?, dah lama ke follow saya?'
Jawab dia - 'a'ah saya dulu baca blog awak, selalulah baca, tapi sekarang dah malas dah nak baca blog, so tengok kat IG jer, tapi tu pun jarang dah bukak IG, sebab busy'..
Aku : 'ooooh, follow sebab apa? suka baca pasal apa?'.
Dia : ' sebab saya buat PhD, so saya baca blog awak untuk baca TIPS-TIPS pasal study'.
Kemudian, kami terus bebual mesra macam dah lama kenal.
Dia tanya 'nak panggil apa ek?'. Jawab aku , ' panggil Intan jer'.
Pastu dia cakap 'seronoknya, tak sangka saya dapat jumpa awak depan-depan'. 'So, bolehlah saya ambik no phone awak kan'. 😆
(Wah! terus aku rasa macam dibuai mimpi , macam terbang kat kayangan pulak, tetiba rasa macam retis. EH!).
Dia sekarang tengah struggle siapkan tesis PhD dia. Sejak tu, aku dah kenal ramai orang kat taman ni, dia yang kenalkan. Alhamdulillah! Aku dapat kawan baru. Rupanya kat taman perumahan ni ada ramai yang tengah buat PhD dan dah siapkan PhD, kiranya ramai 'Doktor' la kat sini, either Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah.
Anak-anak aku pun dah ada kawan, ada geng dah.
Kat taman perumahan aku ni, mostly Melayu, tapi ada juga bangsa lain macam Arab, Cambodian, Chinese. Kiranya MIX la. Budak-budak kat sini kebanyakkannya speaking english. So, Kakak FL akan speaking english bila main kat playground. Leeya? dia masih cakap bahasa Jerman 😅😅😅😅.
Tak sangka pulak rupanya ada yang kenal Dorsett Pink kat luar. Maksudnya, lepas ni kena behave je lah, sebab ada yang memerhati.. kot-kot ada yang kenal lagi. hahahhahaha.
Alhamdulillah! So sekarang Kakak FL boleh mandi dengan gembira pagi-pagi.
Sekolah semua dah dibuka pada 20hb Januari hari tu. Tapi segalanya berjalan secara atas talian atau PdPR.
MInggu ni masuk minggu ke-3 anak-anak kita semua bersekolah, termasuklah anak aku - Kakak FL.
Kelas Kakak FL dah start 20hb tu lagi. Boleh baca kat entri-entri yang lepas :
- PERSEDIAAN MASUK DARJAH 1 TAHUN 2021
- KAKAK FL MASUK DARJAH 1 - MOMMY DAH DOWNLOAD MICROSOFT TEAM
- HARI PERTAMA SEKOLAH DARJAH 1 TAHUN 2021
Ramai yang tanya - 'Macam mana Kakak FL belajar secara online ni? OK Tak?'
Ini jawapan aku :
Aku faham ramai parents yang rasa stress dan tertekan masa musim PdPR ni. Mana tak tertekannya, parents jugak yang kena jadi cikgu, parents jugak yang kena masak, nak kena susukan anak, nak kemas rumah, nak setel baju-baju nak basuh dan lipat, nak kena kerja lagi. Aihh! Bertambah la pulak kerja parents masa PKP ni.
Parents jugak nak kena monitor anak-anak buat homework (itu memang kerja hakiki parents), tapi sebelum buat homework tu nak kena ajar anak tu dulu.
Untuk parents yang eductaed maybe tak ada masalah untuk ajar anak-anak. Tapi parents yang tak educated? Kesian diaorang. Macam mana nak ajar anak Math, Sains, Kimia dan lain-lain. huhu.
Aku memahami parents-parents yang ada bagitau pasal masalah PdPR anak-anak ni.
Itu belum lagi parents stress sebab masalah gajet tak cukup. Yang ada anak ramai, nak kena share gajet dengan adik-beradik, susah juga tu. Ada yang lagi kesian, family langsung tak ada smart phone, hatta ibu ayah pun tak pakai smart phone. Kesian sangat. Macam mana diaorang nak belajar? Usaha Ustaz Ebit dan Ustazah Asma bagi bantuan Tab tu sangat-sangat mebantu anak-anak yang tak ada kemudahan tu. Semoga Allah merahmati mereka.
Itu semua adalah keluhan mak-ayah yang punya anak-anak bersekolah.
Sabar ya mak ayah semua. Ini ujian unutk kita semua, termasuk juga ujian untuk para GURU. So, kita bersabar dalam menumpuh ujian ni sebba Allah nak muliakan kita.
*********************************************
Berbalik pada cerita Kakak FL. OK Tak dia?
Bersyukur sangat aku dan en.suami memilih sekolah yang tepat untuk Kakak FL (dan adik-adik dia nanti). So far, tak ada pun parents yang komplen kat dalam Group Whatsapp sekolah. Semua OK.
Kakak FL bersekolah kat Sekolah Al-Amin.
Sebelum 20hb Januari, parents semua dah diberi taklimat panjang lebar oleh pihak sekolah.
Masa PdPR ni, anak-anak akan belajar 4 subjek setiap hari dan masa untuk setiap subjek antara 20-40 minit sahaja.
So far, aku tengok Kakak FL enjoy sangat belajar online ni kat sekolah tu. Semua aktiviti pembelajaran guna Microsoft Teams.
Minggu ni Cikgu dah start bagi homework. Dan homework tu semua diberi tempoh seminggu untuk submit.
Macam mana nak submit homework?
Ni gambar Kakak FL tengah buat homework.
Semua homework dibuat dalam buku tulis (yang dah beli awal-awal dulu), dan kita kena snap gambar dan send gambar dan Microsoft Teams tu. Senang!. Tak perlu nak print.
Kakak FL ni suka belajar. Sejak dari tadika lagi dia memang suka belajar, so mommy tak perlu nak monitor dia sangat. dia boleh berdikari. Dan homework yang diberi pun, dia boleh siapkan sendiri, tanpa mommy suruh dan paksa buat. Semuanya dia susun sendiri. Mommy cuma tanya - 'Kakak Dah Siap Homeowork?' itu je soalan mommy. hahahhaa.
Ini meja belajar dia sepanjang PdPR. Dia yang kemas sendiri ni. Mommy tengok - aik, dah kemas?
(Tanpa mommy suruh). Alhamdulillah Kakak. You have done a great job!.
Ini jadual kelas dia hari ni. Jadual ni akan sentiasa berubah setiap hari. So, setiap malam, aku akan update jadual dia untuk keesokkan harinya.
After all i can said, aku happy sangat dengan perkembangan Kakak FL so far dan aku happy dengan uasaha pihak sekolah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-didik mereka.
Syabas IKRAM MUSLEH!