Staycation 2D 1N at i-City Shah Alam

in , , , by dorsett pink, March 27, 2021

Weekend last week, aku sekeluarga Staycation at i-City Shah Alam , macam yang aku cerita kat entri-enti sebelum ni. 2 hari 1 malam jer. Check-in Hari Sabtu, balik Hari Ahad. 

Nama apartment tu ialah - i-Soho, i-City. i-Soho ni iCity Properties yang punya. Tapi apartment tu kepunyaan individu persendirian. So, diaorang beli kondo tu dan buat jadi homestay / airbnb. Hari tu aku book apartment ni kat booking.com .Korang search jer - 'i-Soho i-City'. Nanti banyak pilihan yang keluar. 

http://www.dorsettpink.com/2021/03/staycation-2d-1n-at-i-city-shah-alam.html

Kitaorang sewa 2 apartment dalam i-City tu sebab ramai - 16 orang semuanya. 1 apartment ada 2 bilik tidur, 2 bathrooms, 1 kitchenette, beserta peti ais, dapur dan mesin basuh. 

Ada swimming pool, tapi pool tak boleh guna, sebab PKPB.

View dari apartment - menghadap iCity Theme Park. 

Lepas check-in, kitaorang terus pergi i-City, main snow kat Snow Walk. Jalan kaki jer. Boleh baca kat entri sebelum ni - 'BESTNYA MAIN SALJI DI SNOW WALK ICITY'.


Kelaur jer dari Snow Walk, kitaorang main-main kat dalam i-City tu sampai malam. i-City tutup jam 11 malam. Makan dan Solat kat dalam iCity tu, bawak telekung siap-siap.

Esokkannya, pagi-pagi, kitaorang keluar beriadah kat Taman Tasik Shah Alam. Dah lama giler tak datang Taman Tasik Shah Alam ni. Last pergi masa belajar kat UiTM dulu-dulu. Lepad grad, langsung tak pernah jejak kaki lagi ke Taman Tasik Shah Alam. Kiranya, trip Shah Alam ni mengenang balik zaman belajar dulu-dulu lah. 



Lepas balik beriadah, kitaorang breakfast kat apartment. Beli breakfast kat Seksyen 7. 

Jam 12 tengahari, check-out, then kitaorang pergi jalan-jalan kat sekitar apartment i-Soho tu. 

Best! Sebab tempat ni besar. Macam-macam attraction ada. Pastu ada banyak hall, so ramailah yang buat kenduri kahwin kat situ. 


Ni salah satu attraction kat i-Soho - Dinousaur Park. Kat Tingkat 1.


Kat area Tingkat 1 ni ada banyak port nak OOTD. So, jalan-jalan dalam ni pun dah penat dan best sangat. 

Pastu lepak kat Hollywood Cafe, kat Tingkat 1 tu jugak. Ni selfi dengan patung lilin Nelson Mandela.

Teruja budak-budak ni dapat 'jumpa' Mr. Bean. Terus ajak nak bergambar. hahahhaha. 

With Bill Gates. 



Ni kat sekitar i-Soho, Tingkat 1. 
Seronok budak-budak ni. 



Fefeeling rasa macam travel oversea pulak. Sebab dah lama sangat kan duduk rumah. 

i-Soho ni terus bersambung ngan Shopping Mall ni. Shopping Mall ni besar sangat. Besar macam One Utama. Ada SOGO.

Ni kat dalam Shopping Mall tu.

Lepas dah puas ronda-ronda shopping mall dan i-Soho, kitaorang terus drive ke Subang untuk dinner kat Jibby & Co, kat Empire Subang. Boleh baca entri tu kat sini - 'DINNER AT JIBBY & CO, SUBANG'. 

Lepas dinner, terus balik rumah, dan tidur sebab esokkannya Kakak FL kena pergi sekolah. Nasib baik baju sekolah semua dah siap iron hari Jumaat tu. So, bolehlah tidur dengan tenang malam tu 😊.

Sekian kisah percutian singkat 2 hari 1 malam kitaorang ke -City Shah Alam. 

Terima kasih u all kerna sudi membaca sampai habis 😊😊. 
















Guys.. 

Aku nak recommend kat korang satu serunding ni. Sedap sangat. 
Nama dia ROYAL FLOSS SERUNDING.

Aku dah makan serunding ni dah bertahun-tahun. Aku dan en.suami kan suka travel, so setiap kali kitaorang travel, memang wajib lah bawak serunding. Korang pun kalau travel pergi oversea bawak serunding jugak kan? Ke tak bawak?? 

Dan aku prefer serunding ROYAL FLOSS ni. Sebab rasa dia sedap - tak manis, tak masam, tak masin. Cukup rasa lah orang kata. Dan rasa dia lembap-lembap, tak kering maca serunding-serunding lain. Sebabnya serunding ni dimasak menggunakan KAYU API. Kalau serunding masak guna dapur gas, dia akan kering sebab rempah-ratus tu diserap oleh minyak masak. 

So, sebab tu aku suka sangat dengan serunding ni dan dah menjadi pilihan kitaorang sekeluarga setiap tahun masa Hari Raya. 

Korang boleh baca entri aku yang ni - 'BELI SERUNDING PUN ONLINE JER SEKARANG'

Nak beli ROYAL FLOSS SERUNDING ni senang jer - beli je online kat www.serundingdelivery.com



Disebakan aku ni loyal customer serunding ni, so aku decide lebih baik aku menjadi agen jer untuk serunding ni. Selain aku main sendiri anak-beranak, boleh lah jugak aku cari side income jugak. 





 Ni feedback dari kawan aku yang beli serunding ni dengan aku (walaupun kawan, tetap juga kena beli, nothing FREE in this world.hahahhahahaha) :



So, kalau korang nak beli serunding ROYAL FLOSS ni, korang contact jer aku 😊. Boleh emel kat dorsett.pink14@gmail.com , atau whatsapp aku : 011-6225 3899 . Number ni hanya untuk beli serunding je tau. Pertanyaan lain tidak akan dilayan. 

Korang cuba la dulu rasa ROYAL FLOSS Serunding ni. Kalau sedap, bolehlah repeat order lagi 😊. Biasanya bila orang dah rasa, dia suka dan automatik repeat order banyak kali especially si kaki travel. 

Korang boleh tengok testimoni lain lagi kat website ROYAL FLOSS ni - www.serundingdelivery.com .   

Bestnya Main Salji di Snow Walk iCity

in , , , by dorsett pink, March 26, 2021

Weeknd minggu lepas, kiaorang sekeluarga (dengan my big family - 16 orang) ber-holiday kat i-City, Shah Alam - 2 hari 1 malam. Kitaorang stay apartment dalam iCity tu. Ambik 2 apartment sebab 1 apartment ada 2 bilik jer, so tak cukup nak sumbat 16 orang sekali. 

i-City Shah Alam sekarang dah pesat membangun. Macam-macam ada, shopping mall sebesar One Utama pun ada. So, jalan kaki jer pusing-pusing dalam iCity ni. 

Idea nak holiday kat i-City ni datang dari salah seorang family member kitaorang - ajak pergi main snow. Dan kitaorang semua setuju sebab dah lama sangat tak travel . Rindu sangat nak main snow, rindu nak pakai winter coat. So, sebab tu kitaorang ramai-ramai pergi main salji kat Snow Walk ni walaupun hanya salji fake 😅. 

Takpelah, janji dapat berjalan juga. Dah lama sangat tak bercuti, kaki pun dah gatal nak berjalan 😆.



Hari pertama, kitaorang check-in apartment jam 3 petang. Lepas check-in, terus pergi ke Snow Walk ni. Snow Walk dibuka jam 3 petang sampai malam. 


Buat gloves 1 beg, sebab ramai kan 😆. Dinasihatkan better korang bawak glove main ski yang tebal macam ni, sebab kalau gloves yang nipis jer, tangan jadi sejuk beku. Sebab dalam Snow Walk ni , salji dia betul-betul sejuk macam salji real. 

Diaorang ni memang excited giler nak main snow. First time experince untuk diaorang rasa snow 😊.

Beratur panjang tau. So, silalah bersabar menunggu giliran. Sebab kemasukan pengunjung dalam Snow Walk ni limited . SOP kan. Dan setiap orang masuk sini hanya untuk 30 minit jer. Cukup 30 minit silalah keluar 😆. Better pergi petang sebab tak ramai orang. 

Sesi pilih boot. Boot dan winter coat diberi secara percuma. Cuma kena bawak stokin dan gloves sendiri. 

Leeya mampu duduk dalam ni 15 minit jer, sebab tak tahan sejuk 😅.








P/S : En.suami masuk sekali dalam Snow Walk ni, tapi tak nak tunjuk gambar dia kat dalam blog ni sebab tak mendapat izin, i kan isteri mithali 😊😅.



Keluar dari Snow Walk ni terus Leeya selsema. Memang jenis allergik sejuk.

Dia suk berzikir 1000 kali - 'sejuk, sejuk, sejuk, sejuk 😅'. So, confirm tak boleh belajar kat oversea nanti. hahhahha.



Kat luar Snow Walk. 

Harga Tiket :

Harga tiket masuk sini RM 55 seorang (kids), untuk dewasa RM 65 seorang - hanya untuk masuk Snow Walk jer. 

So, better korang beli 'All - Day Pass' - hanya RM 65 seorang (dewasa dan kids sama harga). 

Kalau beli 'All-Day Pass' boleh main semua game / tempat boleh masuk termasuklah  Waterpark (kecuali Red Carpet). 

So, ini salah satu game yang boleh main. Ni kat depan Snow Walk. Seronok lah budak-budak sebab semua benda diaorang boleh main. 



© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE