Weekend last week, aku sekeluarga Staycation at i-City Shah Alam , macam yang aku cerita kat entri-enti sebelum ni. 2 hari 1 malam jer. Check-in Hari Sabtu, balik Hari Ahad.
Nama apartment tu ialah - i-Soho, i-City. i-Soho ni iCity Properties yang punya. Tapi apartment tu kepunyaan individu persendirian. So, diaorang beli kondo tu dan buat jadi homestay / airbnb. Hari tu aku book apartment ni kat booking.com .Korang search jer - 'i-Soho i-City'. Nanti banyak pilihan yang keluar.
Kitaorang sewa 2 apartment dalam i-City tu sebab ramai - 16 orang semuanya. 1 apartment ada 2 bilik tidur, 2 bathrooms, 1 kitchenette, beserta peti ais, dapur dan mesin basuh.
Ada swimming pool, tapi pool tak boleh guna, sebab PKPB.
View dari apartment - menghadap iCity Theme Park.
Lepas check-in, kitaorang terus pergi i-City, main snow kat Snow Walk. Jalan kaki jer. Boleh baca kat entri sebelum ni - 'BESTNYA MAIN SALJI DI SNOW WALK ICITY'.
Kelaur jer dari Snow Walk, kitaorang main-main kat dalam i-City tu sampai malam. i-City tutup jam 11 malam. Makan dan Solat kat dalam iCity tu, bawak telekung siap-siap.
Esokkannya, pagi-pagi, kitaorang keluar beriadah kat Taman Tasik Shah Alam. Dah lama giler tak datang Taman Tasik Shah Alam ni. Last pergi masa belajar kat UiTM dulu-dulu. Lepad grad, langsung tak pernah jejak kaki lagi ke Taman Tasik Shah Alam. Kiranya, trip Shah Alam ni mengenang balik zaman belajar dulu-dulu lah.
Lepas balik beriadah, kitaorang breakfast kat apartment. Beli breakfast kat Seksyen 7.
Jam 12 tengahari, check-out, then kitaorang pergi jalan-jalan kat sekitar apartment i-Soho tu.
Best! Sebab tempat ni besar. Macam-macam attraction ada. Pastu ada banyak hall, so ramailah yang buat kenduri kahwin kat situ.
Ni salah satu attraction kat i-Soho - Dinousaur Park. Kat Tingkat 1.
Kat area Tingkat 1 ni ada banyak port nak OOTD. So, jalan-jalan dalam ni pun dah penat dan best sangat.
Pastu lepak kat Hollywood Cafe, kat Tingkat 1 tu jugak. Ni selfi dengan patung lilin Nelson Mandela.
Teruja budak-budak ni dapat 'jumpa' Mr. Bean. Terus ajak nak bergambar. hahahhaha.
With Bill Gates.
Ni kat sekitar i-Soho, Tingkat 1.
Seronok budak-budak ni.
Fefeeling rasa macam travel oversea pulak. Sebab dah lama sangat kan duduk rumah.
i-Soho ni terus bersambung ngan Shopping Mall ni. Shopping Mall ni besar sangat. Besar macam One Utama. Ada SOGO.
Ni kat dalam Shopping Mall tu.
Lepas dah puas ronda-ronda shopping mall dan i-Soho, kitaorang terus drive ke Subang untuk dinner kat Jibby & Co, kat Empire Subang. Boleh baca entri tu kat sini -
'DINNER AT JIBBY & CO, SUBANG'.
Lepas dinner, terus balik rumah, dan tidur sebab esokkannya Kakak FL kena pergi sekolah. Nasib baik baju sekolah semua dah siap iron hari Jumaat tu. So, bolehlah tidur dengan tenang malam tu 😊.
Sekian kisah percutian singkat 2 hari 1 malam kitaorang ke -City Shah Alam.
Terima kasih u all kerna sudi membaca sampai habis 😊😊.