Alhamdulillah! Dapat jugak aku publish entri hari ni kat blog.
Ada masalah kat gajet aku - tak dapat nak upload gambar kat blog ni. Since 2-3 hari ni macam tu, ada masalah. huh!.
Aku nak cerita pasal Bekal Makanan untuk Kakak FL.
Sebenarnya, aku tak nak bekalkan Kakak FL bekal makanan sebab kat sekolah dia dah disediakan makanan - beakfast dan lunch. Pakej makanan ni wajib diambil oleh semua student. So, kita kena bayar pakej makanan untuk sebulan terus.
Rugilah kalau tak makan kat sekolah tu sebab dah bayar kan.
Tapi ada juga student yang tak ambik pakej makan tu sebab ada alergik, so diaorang dikecualikan dengan syarat kena bawak bekal makanan sendiri setiap hari. Kantin sekolah tutup waktu sekarang.
Pastu Kakak FL bagitau makanan pedas, dia tak dapat makan sangat. Kakak FL ni memang tak makan pedas, langsung tak makan pedas. Sama dengan mommy dia. hihi.
So, minggu ni dia intend untuk bawak bekal.
Jadi, ini bekal untuk Hari Isnin hari tu. Awal sikitlah mommy kena masuk dapur hari tu sebab nak prepare lunch box ni. Pizza tu aku beli yang siap-siap frozen. So, just re-heat je guna oven.
So, aku pun buatlah meal plan untuk Lunch Box Kakak FL , untuk seminggu. Sebab kalau tak buat ni, aku akan lupa. Bila lupa mesti kelam-kabut nanti.
Ni bekal Hari Selasa hari tu. Tukar menu. hahhaa.
Ni lunch box beli awal tahun hari tu, beli kat LAZADA.
Masa hari selasa tu, dia balik sekolah dia cakap - 'Mommy, esok tak nak lah bawak bekal dah. Sebab dah bayar kan, nanti membazir pulak'. hihihihi.. legaa mommy dengar. So, tak perlulah mommy nak kena masuk dapur awal sangat. Kalau tak bawak bekal, bolehlah mommy turun ke dapur jam 6 pagi. Tapi kalau kena buat bekal, sebelum Jam 6 dah kena masuk dapur.
So, sekarang , Kakak FL cuma bawak roti je pergi sekolah untuk makan bila waktu balik sekolah. OK lah, simple 😊.
Bagus kakak FL, aunty oun dh start bawak bekal dh...esok pun bawak bekal pergi kerja..
ReplyDeletewahh! bagusnya SA.. Good job! kipidap k
DeleteWak dulu masa sekolah rendah, hari2 bawak bekal nasik
ReplyDeleteBungkus pakai upih pinang. Upih tu bawak balik semula sebab boleh pakai banyak kali.
waahh! legend ni wak. saya tak pernah guna upih pinang tu
DeleteBagusnya sekolah kakak FL dah sesiap pakej makanan. Terharu nya rasa bila kakak FL kata nak makan jer food kat sekolah sebab dah bayar. Dia memahami situasi kannn... So touching
ReplyDeletebetul akak. touching sangat bila dia memahami
DeleteBila anak cakap takyah masak, rasa lega,..hahaha..Kadang bukan senang nak maska awal pagi
ReplyDeletebetul Nad. Lega sangat. Hanya mak-mak yang kuat jer boleh masak awal-awal pagi
Delete