Buku Untuk Belajar Jawi Dengan Senang

in , by dorsett pink, March 11, 2021

Buku Untuk Belajar Jawi Dengan Senang.

Masa Kakak FL Tadika tahun lepas, aku masukkan dia ke Tadika PASTI selepas keluar dari Tadika Little Caliph. Aku bersyukur sangat-sangat aku masukkan dia ke PASTI. Sebab nampak banyak sangat improvement kat Kakak FL. Baik dari sudut akademik mahupun dari sudut tarbiyah. 

Pastu yang aku impress tu, dia dah start belajar Bahasa Arab dan Jawi. Siap boleh tulis jawi lagi. 

AKu dah cukup kagum masa tu sebab dia baru umur 6 tahun. Aku dulu umur 6 tahun langsung tak pandai apa-apa kecuali pandai nyanyi ABC jer. hahahhaa. 

Tapi disebabkan last year kita lam duduk rumah sebab PKP, dan Kakak FL pun tak boleh pergi sekolah. So, banyak lesson yang dia dah lupa. Antaranya ialah Bahasa Arab dan JAWI. 

Tahun ni dia masuk sekolah islamik. Boleh kata 50% kena tulis dalam jawi dan lagi 50% tulis dalm rumi. 

Jawi Kakak FL pulak aku perasan sekarang dia tak lancar dah macam sebelum ni. Penangan lama sangat bercuti kan. hahhahaa..

Takpe. Kita catch up balik, masih belum terlambat. Sekarang pun baru Bulan Mac. Masih ada banyak lagi masa untuk belajar. 


So, baru-baru ni en.suami belikan buku-buku ni kat SHOPEE. Buku ni 1 set. Dalm 1 set dapat 2 buku ni, 1 buku cerita dan 1 lagi buku latihan. 

Ini buku latihan. Nampak kaedah yang digunakan dalam buku ni senang dan mudah. 


Ini pulak buku cerita. 

Buku cerita ni pendek jer. Ayat pun ayat mudah-mudah dan simple jer, senang bagi budak-budak minat nak baca. 

Bila aku suruh Kakak FL baca, laju jer dia baca buku tu sampai habis. Alhamdulillah!.

Cuma aku perasan bab tulisan tu dia masih lagi struggle. Takpe kakak, slowly kita akan belajar. Biasanya hari minggu jer ada masa untuk buat latihan jawi ni, sebab hari-hari biasa tak sempat dah nak tengok buku. Masa Kakak FL sangat pack dari pagi sampai malam. 

Dan aku jugak berterima kasih pada Pihak Sekolah sebab adakah subjek 'JAWI' dan jadual belajar, dan jugak sekarang ni setiap hari untuk subjek-subjek syariah Ustazah ajar tulis jawi. Sebab sekarag ni kan masih guna Modul Transisi, so belum guna buku teksa lagi. Jadinya cikgu-cikgu kini sedang giat mendidik anak-anak Darjah 1 untuk menulis dan membaca jawi. So, setiap hari Kakak FL kena belajar menulis dalam jawi kat sekolah. Great Job Sekolah (thumbs - up).

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Memang mudah tengok.Nad pun ada jual buku belajar jawi..Sikit-sikit belikan untuk anak.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE