Dinner at Jibby & Co, Empire Subang, Subang Jaya
Assalamualaikum semua.
Lama tak update kan. Sorry, kekangan masa. Ada benda lain yang perlu diutamakan. So, blog ni sedikit terabai. Sorry guys. But Thank You so much pada korang yang tak jemu-jemu jejak kaki ke Blog Dorsett Pink ni setiap hari walaupun tak ada update terbaru. Thank you sangat-sangat.
Hari ni aku nak share 1 tempat makan yang best. Best giler. Ni honest review tau. Bukan dibayar.
Tak ada maknanya pemilik restoren nak bayar blogger picisan macam aku, kenal aku pun tak, apatah lagi nak bagi keuntungan kat dia. Sebab aku bukan retis. Korang faham kan. Kalau retis tu, emmang berebut orang nak bayar untuk buat review.
Tapi takpe, aku dengan seikhlas hati share tempat-tempat best yang aku pergi. So, korang pun ada idea jugak nak makan kat mana, nak jalan-jalan kat mana, kan?
Weekend baru-baru ni aku dan my big family seramai 16 orang bercuti kat iCity, Shah Alam. Dekat je u olls. Al-maklumlah Selangor kan PKPB lagi, so paling jauh kitaorang boleh pergi pun ialah daerah sebelah 😅. Kitaorang staycation kat dalam iCIty Shah Alam. Best! Nanti aku cerita lanjut.
Hari ni aku up cerita pasal makan-makan kat Restoren Jibby & Co dulu, yang terletak kat Empire Subang. Korang parking je kereta kat dalam Shopping Mall Empire Subang tu (Subang Jaya), pastu cari Jibby & Co ni. Restoren ni kat luar, betul-betul depan Starbucks.
Ni first time aku makan kat situ. Sebelum ni pernah makan kat Jibby East kat Taman Melati, KL. Boleh baca kat entri ni - 'MAKAN MALAM EKSLUSIF DI JIBBY EAST CAFE'.
Bagi aku, makanan kat Jibby & Co ni lagi best la dari kat Jibby East Taman Melati tu.
So, inilah antara menu-menu yang kami order.
Bagi aku, makanan dia semua sedap-sedap. Dan customer service diaorang pun terbaik (thumbs-up).
Harga makanan kat sini , dalam lingkungan RM 50-RM 60 seorang, termasuk air.
So, kalau korang nak makan untuk buka puasa nanti, aku cadang book awal-awal, sebab tempat ni selalu penuh.
Can't wait to read about the i-City staycation sbb tengah planning to go there :)
ReplyDeleteOwwhw.. Thank you for reading my blog. InshaAllah akan disiapkan entri iCity tu dalam masa terdekat ni
DeleteAkak suka makan kat sini sebab suka Aglio Olio dia...sedap!!!
ReplyDeleteoh ye ke.. errmm, ok, after this i will try their Aglio Olio. Thanks for sharing your experience kat SA
Deletekak ret pun suka makan sini..
ReplyDeletegigih nak bkfs kat sini..
awal2 pagi dah terpacak sbb rasa cam jauh nak smp subang ni hahaha...
foods mmg sedap gila...
kan. sedap giler. environment kat situ pun best. thank you dear for drop your comment here
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletenampak sedap2 belaka
terima kasih Wak sudi baca
Deletetersangat sedap semuanya
ReplyDeletekak azni suka makan kat jibby ni..kalau lepak dengan kawan kawan pun best. cuma kadang2 if tengahari panas lah sikit kan
ReplyDeletea'ah tengahari panas kat azni sebab restoren ni kat luar kan. best lepak -lepak kat sini
Deletewow sangat menu-menu kat sini DP :)
ReplyDeletea'ah tapi sedap
DeleteNampak sedap semua menu,mujurla kita dah lunch kalau idok.... jilat screen hp hahahha
ReplyDeletehahahhaa.. thank you sudi baca my entri dana
DeleteAduh sedap betul semua makanan dekat sini. Boleh tahan harag RM50-60 seorang
ReplyDeletea'ah sedap Nad. harga tu sama dengan kualiti makanan kat situ. Hospitality kat situ pun tip-top
DeleteAi fav betul seafood pasta kat sini. Latest tersuka air avocado. Sedap!
ReplyDeleteCantik tempat dia. Menu dia best2
ReplyDelete