Kakak FL Buat Apa Dengan Duit Belanja Sekolah?
Ni ialah entri sambungan dari entri semalam. Korang kena baca entri sebelum ni dulu, baru akan faham cerita ni. So, bolehlah baca kat sini - "DUIT BELANJA SEKOLAH ANAK DARJAH 1".
Dalam entri tu, aku bagitau yang Kakak FL ada RM 4 masa hari Jumaat. Sebab dari Hari Selasa hingga Hari Hari Khamis dia tak beli apa-apa pun. So, bila tiba Hari Jumaat, dapat lagi 1 Ringgit mommy bagi. Bila campur-campur duit tu dari Selasa sampai Jumaat jadilah 4 Ringgit.
Dia buat apa dengan duit RM 4 tu???
Hari Isnin minggu ni dia dapat lagi RM 1 (tak termasuk dengan duit tabung RM 1 sehari). So, kesemuanya ada RM 5. Dia decide nak bawak ke sekolah RM 4 jer, another RM 1 tu masuk tabung lagi. So, hari Isnin tu dia dapat masuk tabung RM 2. Alhamdulillah! Pandai anak mommy menyimpan.
Hari Isnin minggu ni masa aku ambik dia kat sekolah, dia cakap dia nak beli air. Mesin air kat dalam pagar sekolah rosak (biasalah rosak, ramai pembeli kan). Kakak FL tak kan keluar pagar sekolah selagi Mommy tak jemput. Bahaya!.
So, aku pesan kat dia, tunggu mommy atau abah panggil nama, baru keluar pagar. Dan dia setia tunggu sampai mommy datang.
Tiba-tiba dia ternampak ada orang jual air kat luar pagar tu. Cuaca memang panas terik. Kesian aku tengok budak-budak ni. Harapnya semuanya OK.
Bila ternampak orang jual air tu, Kakak FL cakap 'nak beli air milo tu mommy'.
"OK", aku balas. Then terus pergi ke sana. Tanya orang jual berapa harga secawan air milo tu. Dia jawab "RM 2".
Aku pun cakaplah kat Kakak FL, OK, bolehlah beli 2 cawan sebab adik (Leeya) pun nak jugak. Hari panas kan, semua dahaga. Masa tu jam kul 4 pm. Lit-lit panas nya.
Pastu Kakak FL jawab, "tak cukup duit nak beli 2 cawan mommy. Kakak ada 2 ringgit jer".
Mommy : "Arrrr????" Mommy terkejut. "Mana lagi 2 ringgit?" tanya aku lembut.
Kakak FL : "Kakak bagi kat kawan kakak"
Mommy : " Bagi kat siapa?"
Kakak FL : " Kakak bagi 1 ringgit kat xxxxx, 1 ringgit lagi kat xxxx".
Mommy : "Kenapa kakak bagi kat diaorang duit tu?"
Kakak FL : "Sedekah. Kan kalau kita banyak bersedekah kita dapat banyak pahala kan"
Mommy : Terus tercenggang, tak tahu nak jawab apa.. Gelak je la dalam hati.
So, terpaksalah beli 1 cawan milo tu jer, dan terpaksa share dengan adik. Terpaksa, sebab mommy tak bawak duit. Purse mommy tinggal dalam kereta, mommy berlenggang sehelai sepinggan je jalan kaki ke pagar sekolah ambik Kakak.
😅😅. Anak oooh anak... Mulia sungguh hatimu nak bersedekah.. tapi bukan cara macam tu nak ooo. hahahhahaha.
Masuk dalam kereta, mommy un explain lah bagi takzirah panjang lebar. Lepas tu baru dia faham. hahahahhaa.
Niat tu dah ada. Bagus-bagus.
ReplyDeletetakpe la kakak...niat dah ada..bangga aunty ngan kakak..good girl lepas ni kena bersedekah ke arah yang sebetulnya...
ReplyDeleteBagus bersedekah dik, tapi jangan selalu..takut kawan tu asyik mintak je kan..hehee..
ReplyDelete